Sunday, March 27, 2011

Kualiti air dan kesihatan kita


Salam hari bahagia!
-
tiap hari juga adalah hari bahagia..kan?...owh!

Apa halnya saya bubuh gambar penapis air di atas?

Entri kali ini bukan untuk mempromosi penapis air ye. Tetapi saya ingin berkongsi tentang kepentingan kesedaran pengambilan air yang bersih dan selamat demi kesihatan kehidupan kita.

Sejak 2 minggu kebelakangan ini, indeks kualiti air di kawasan perumahan kami sangatlah tidak menggembirakan. Agaknya disebabkan oleh aktiviti pembinaan perumahan di kawasan yang berhampiran. Bila la nak siap agaknya. Tak tahan rasanya dengan air yang berkeladak dan berbau itu..habis gatal-gatal badan den bila mandi...

Kot tak mandi lak... lagila gatal...haih! -

Tiap hari, tugas hakiki saya ialah membersihkan penapis air. Pagi kena basuh, balik dari opis petang pun kena basuh sekali lagi. Kalau tidak, penapis akan tersumbat.

Sebabnya?

Ia sangat berkeladak dengan kotoran dan memang hari-hari kena sental!


Melihat penapis yang kotor ini, tak sanggup pula saya bayangkan air yang tidak ditapis digunakan untuk minum, masak nasi, masak bubur Aisyah, bancuh teh-kopi-milo-bagai...eiwwww!


'Wajah' penapis setelah disental.


sejak 2 minggu ini juga, saya mandikan Aisyah dengan air yang ditapis sebab risaukan kebersihan air tu. Maklum saja Aisyah sangat sensitif kulitnya, kebersihan air yang diragui akan menyebabkan kulitnya gatal-gatal dan menimbulkan ruam...sigh...

Huh!

Menyeramkan!

Jika berbincang dari sudut kesihatan, bekalan air yang selamat dan sanitasi amat penting bagi pemuliharaan alam sekitar, dan meningkatkan tahap kesihatan. Bekalan air bersih dan selamat amat penting kepada semua aktiviti kehidupan kita.

"Dan Kami jadikan padanya gunung-gunung yang tinggi, dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar." (Surah al Mursalaat : 27)

Sedarkah kita bahawa dianggarkan 80 peratus dari semua penyakit dan lebih dari satu pertiga kematian di dunia ini disebabkan oleh pengambilan air tercemar? Tetapi bila diselidiki,kualiti air zaman kini memang sungguh berbeza dari zaman saya kecik-kecik dulu.

Saya membesar di kampung...telaga adalah sumber air utama. ila mandi dengan air telaga, sungguh sejuk dan bersih. Kalau kulit kurap, berkudis dan sebagainya, ramai yang sarankan mandi dengan air telaga, sebabnya diceritakan bahawa air telaga yang datangnya dari sumber akar kayu itu boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.


Sekarang? mandi air paip pun belum tentu lagi bersih. Silap-silap, itulah yang menyebabkan kulit gatal-gatal atau lebih teruk lagi ruam, merah-merah dan berkudis...Na'uzubillah...

Atas kesedaran tentang kemerosotan kualiti air zaman kini, saya sangat merasakan bahawa penapis air sangat penting demi kesihatan kami sekeluarga. Mungkin ada yang memandang remeh - saya hormati setiap pandangan. Namun, apa yang penting, semoga kita semua sedar bahawa air yang bersih itu amat penting untuk kesihatan tubuh badan - ginjal nak pakai lama, hati nak pakai lama..kalau asyik minum air kotor, macam mana nak kekalkan kebersihan hati, ginjal serta mana-mana organ dalaman daripada diselaputi bendasing yang tidak menyihatkan?

Fikirkan....

salam sayang - MommyAQ

Friday, March 25, 2011

Persediaan penyusuan ekslusif - rahsia stok susu banyak

Salam mommies,

Menjelang minggu-minggu kritikal kehamilan ini, saya sering menghabiskan masa terluang untuk mengumpul sebanyak mungkin info berkaitan penyusuan ekslusif.

Saya kongsikan di sini tips yang dicatatkan oleh Farah di dalam blog beliau. Catatan tersebut bagi saya sangat lengkap dan saya merasakan tidak perlu untuk di rephrase.

Sharing is caring, kan?

jom!

Mari kita teliti dan fahami sama-sama...semoga ia memberi kesedaran, keinsafan dan pemahaman tentang dunia penyusuan...

ini catatan dari Farah. Boleh juga di baca di sini:

************************************************************************************

Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:

1) Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.

2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.

3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.

4) Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.

Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.

Antara contoh Let Down Reflex.

1-2 oz boleh dapat. Sayangnya kalau kita biarkan ianya basah di baju begitu saja. 1 oz kalau di kumpul 3 kali, bukankah dah lengkap utk sekali penyusuan untuk anak?

Ini sewaktu kami keluar bersiar2. Saya susukan adik adrian di sebelah kiri dan di sebelah kanan, saya menakung susu semasa Let Down reflex. Indah betul ciptaan Allah, mmg tak boleh nak cerita! Dan bila saya menyusukan anak, saya takkan sampai hati nak buang begitu saja. Saya akan simpan.

Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya .

5) Displin dalam penyusuan.

Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).

Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.

6) Pengurusan EBM yang betul

Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.

Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.

Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.

Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:

Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.

Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan

2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!

Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.

Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.

Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini

** Kdangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.

Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun.

7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).

Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.

9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.

10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita
************************************************************************************

TAMAT!


SUNGGUH!

saya sangat teruja dan bersemangat bila membaca catatan ini...

Saya mahu kali ini saya benar-benar bersedia dari segi ilmu, mental dan fizikal. Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t...Amin Ya Rabb..

salam sayang - MommyAQ

Thursday, March 24, 2011

Cempedak ke Nangka?

Salam Jumaat!

Hari ini, baru terasa nak transfer gambar2 dalam folder yang berkurun tak berusik. huhuhu...

Cuba teka, gambar di atas adalah gambar buah nangka ke cempedak?

Sekali imbas, mungkin ada yang menyangka ia buah nangka, kan? sebab? tengok saja ulasnya mommies...besar ya amat..tak seperti buah cempedak biasa!

Lihat? besarkan ulas buahnya?

Nak sama besar dengan genggam si Aisyah, kan?

Teruja kah?

Ya!

Saya sangat suka buah cempedak, baik di makan begitu saja, apatah lagi digoreng...nyammm...

Hehehe..Aisyah juga sangat gemar makan cempedak..oh! Durian juga....Sangat!

Asal nampak je mommy pegang pinggan berisi cempedak, bukan setakat senyum meleret..air liur pun boleh meleleh...hihihi...alahai...anak mommy ni...

boleh ke amik ni? mommy kasi pegang tak? lalalala...

Boleh ke bagi budak makan cempedak?

Buah tu kan susah nak kunyah? Apatah lagi nak telan?

Hehehe..saya?

Kasi tak Aisyah makan?

Boleh jer, tapi saya tak kasi aisyah telan or kunyah-kumal buah tu (eh betul ke perkataan tu), sebaliknya saya hanya 'ijinkan' aisyah menikmati manis dan rasa lemak berkrim buah tu sajork.


Caranya, saya pegang bahagian hujung ulas cempedak tu, dan biarkan Aisyah mengulum buah as if ia adalah lollypop.

Aisyah pula macam tau-tau jer mommy tak kasi telan ulas cempedak tu, elok je lunyai ulas buah tu dia kemam dan hisap, Aisyah terus stop kendian merengek nak yang lain..of course la ulas yang baru kan...hehehe...picky!

Musim durian juga bakal menjengah tiba..sekarang ada jugak belek durian yang dijual di tepi jalan..tapi harganya...humang aih....berpeluh dahi dibuatnya..mahal!

sampai di sini dahulu...

salam sayang - MommyAQ

Tuesday, March 22, 2011

Saya mahu menyusukan!

Salam mommies!

Lama betul saya 'membiarkan' blog ini bersawang.

Huhuhu...Kalau boleh, macam-macam saya nak cerita... tetapi ekangan tugas dan tuntutan kerja membantutkan niat (suci) saya untuk mengapdet blog ini setiap masa.

Entri kali inipun, saya cuba siapkan dalam masa 15 minit sambil makan tengahari...

wah! konon-kononnya sibuk ya amat! hahaha ayat propa!

Baiklah!

Entri kali ini berkaitan dengan persediaan menyusukan anak kedua nanti (hehehe ini kes teruja ke apa? abaikan...)

sebenarnya, saya mahu lebih bersedia kali ini. Pengalaman melahir dan menyusukan Aisyah menginsafkan saya bahata betapa pentingnya ilmu dan kesungguhan dalam memperjuangkan penyusuan ekslusif. Saya tidak mahu mengulangi kejahilan yang mana akan menyebabkan kekesalan bermastautin di dalam sanubari saya sehingga bila-bila. Sungguh! Kejahilan saya terhadap penyusuan ekslusif masa lalu sangat memberi kesan yang mendalam..sungguh saya amat emo tiap kali ingatan itu menerjah di minda...

saya copy paste info yang saya perolehi dari mommyluna untuk panduan bersama. saya tak sempat mengarang ikut ayat saya, jadi boleh la ye..copy-paste ye..kali ni..heheh!

Boleh refer sini ye:

Membuat stok EBM semasa dalam pantang

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
- (Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
- (Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)
Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

2. Bila harus mengepam?
- Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
- Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
- Case 1 – 15 minit sebelah breast
- Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
- Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
- Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
- Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
- Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan bayi mengalami kekeliruan puting. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta ...

okeh. tamat!

Copy & paste berhenti di sini.

Saya mahu, dan saya bertekad untuk mengamalkan tips ini semasa berpantang nanti. InsyaAllah..

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu Ya Rabb...Amin....

MommyAQ