Tuesday, April 26, 2011

Ya Allah, limpahkan RahmatMU...

Salam,

Nota ini saya tulis untuk anak-anak saya...saya post kan di sini sekadar ingin berkongsi perasaan.

Doakan semoga saya dan daddy tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.

***************************************************************************************

Salam sayang anak mommy yang comel, solehah,baik, menawan, berjaya dan bahagia;

Hujan di luar sana menggambarkan jiwa dan hati mommy waktu ini. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan mommy saat mommy menaip tika ini. Untuk waktu ini, mommy hanya mampu coretkan catatan yang ringkas cuma. Mommy yakin, mommy dan daddy orang yang tabah, yang terpilih dan Allah uji kerana Allah sayangkan mommy dan daddy, begitu juga dengan Aisyah dan adik yang sedang berada dalam rahim mommy sekarang. Kita doa ya, semoga adik pulih dan sihat, serta lahir cergas dan sempurna. mommy sayang Aisyah, sebagaimana juga mommy menyayangi Adik dan daddy. Semoga mommy dan daddy tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.

Dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 286:


Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Makanya, dugaaan hidup, hanya DIA yang Maha mengetahui rahsia dan hikmah disebaliknya...

mampukah mommy, sayang?

mampukah mommy menahan emosi ini?

tabahkah mommy?

owh, mommy mahu menangis!

menangislah...

menangislah dan merataplah di depan Allah...

Mommy tidak mampu meneruskan penulisan ini buat masa ini, bimbang emosi semakin menguasai...

Maaf sayang, mommy berhenti setakat ini dahulu...

salam penuh perasaan yang bercampur baur - Mommy

***Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan, dan tabahkanlah hati hambaMU ini...AMIN YA RABB. ***Mommy