Thursday, March 24, 2011

Cempedak ke Nangka?

Salam Jumaat!

Hari ini, baru terasa nak transfer gambar2 dalam folder yang berkurun tak berusik. huhuhu...

Cuba teka, gambar di atas adalah gambar buah nangka ke cempedak?

Sekali imbas, mungkin ada yang menyangka ia buah nangka, kan? sebab? tengok saja ulasnya mommies...besar ya amat..tak seperti buah cempedak biasa!

Lihat? besarkan ulas buahnya?

Nak sama besar dengan genggam si Aisyah, kan?

Teruja kah?

Ya!

Saya sangat suka buah cempedak, baik di makan begitu saja, apatah lagi digoreng...nyammm...

Hehehe..Aisyah juga sangat gemar makan cempedak..oh! Durian juga....Sangat!

Asal nampak je mommy pegang pinggan berisi cempedak, bukan setakat senyum meleret..air liur pun boleh meleleh...hihihi...alahai...anak mommy ni...

boleh ke amik ni? mommy kasi pegang tak? lalalala...

Boleh ke bagi budak makan cempedak?

Buah tu kan susah nak kunyah? Apatah lagi nak telan?

Hehehe..saya?

Kasi tak Aisyah makan?

Boleh jer, tapi saya tak kasi aisyah telan or kunyah-kumal buah tu (eh betul ke perkataan tu), sebaliknya saya hanya 'ijinkan' aisyah menikmati manis dan rasa lemak berkrim buah tu sajork.


Caranya, saya pegang bahagian hujung ulas cempedak tu, dan biarkan Aisyah mengulum buah as if ia adalah lollypop.

Aisyah pula macam tau-tau jer mommy tak kasi telan ulas cempedak tu, elok je lunyai ulas buah tu dia kemam dan hisap, Aisyah terus stop kendian merengek nak yang lain..of course la ulas yang baru kan...hehehe...picky!

Musim durian juga bakal menjengah tiba..sekarang ada jugak belek durian yang dijual di tepi jalan..tapi harganya...humang aih....berpeluh dahi dibuatnya..mahal!

sampai di sini dahulu...

salam sayang - MommyAQ

No comments:

Post a Comment