salam sayang - Mommy Aisyah
Jangan berhenti tersenyum kerana senyuman penawar segala kedukaan... Jangan berhenti bermimpi kerana mimpi inspirasi segala harapan...Jangan berhenti menyayangi kerana kasih-sayang pengukuh ikatan...Maka...Senyumlah...kerana hidup ini amat singkat untuk berdukacita...
Wednesday, August 1, 2012
salam sayang - Mommy Aisyah
Selamat Hari Lahir Sayang...!
***********************************************************************************
Selamat Hari Lahir Sayang - Mommy Aisyah
Tuesday, July 10, 2012
Persediaan Penyusuan: Doa untuk menambahkan Susu
Beberapa hari ini, saya lebih kerap meluangkan masa mencari info bagi persediaan bersalin. Saat ini juga mula menjelajah ke blog-blog kegemaran yang begitu infomatif dan berinspirasi.
Saya kongsikan di sini salah satu info dari Momma Mia yang membuatkan saya sangat teruja.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
- Surah al-Hujurat
- al-Kauthar
- Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
- Surah Yasin ayat 72-73
- Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam
Semangat saya untuk menyusukan bayi secara ekslusif kembali berkobar-kobar. Semoga perancangan saya untuk menyusukan bayi yang bakal lahir mendapat rahmat Allah s.w.t. Amin - Mommy Aisyah
Sunday, July 8, 2012
Tik-tok! tik-tok! tik-tok!
Minggu sibuk baru saja berlalu...yippie! eh? ye ke dah? hehehe..sibuk lagi sebenarnya, tetapi saya mahu meluangkan sedikit masa untuk mencoret sesuatu di sini. Sudah agak lama saya tidak meninggalkan jejak dalam blog ini. Kalau nak diikutkan, hari-hari nak update blog, tapi masa saya sangat terhad. Last-last angan-angan untuk menulis terkubur bergitu sahaja...
Tahun ini, masa berlalu sangat cepat! tup-tup dah bulan Julai! sasaran saya untuk menghasilkan 2 artikel masih lagi belum nampak bayang. haiyooh! apa sudah jadi? Nampak gaya kena pulun lagi sebab dah dekat dengan EDD dah ni. kena siapkan semua sebelum bercuti panjang...hmmm...harap2 target ini tercapai la hendaknya. kalau tidak, murung dibuatnya...huhuhuhu...
Minggu ini masuk minggu ke 31 kehamilan saya. Gerakan semakin aktif dan tiap kali bayi bergerak ke sisi kiri, kanan, depan dan sebagainya, ia kerap kali membuat saya ketawa kecil. Subhanallah! indahnya perasaan itu. Syukur dan terima kasih Ya Rahman, kerana mengurniakan hamba-Mu ini kesempatan untuk merasai kembali kemanisan ini sekali lagi.
Sunday, May 13, 2012
Mengapa pendidikan awal penting?
Nota Mommy: saya mahu ukiran yang mengikut sunnnah, yang indah, bahagia dan menyenangkan....hm...AMIN YA RABB.
Monday, May 7, 2012
Entri yang tertunggak
Tuesday, April 24, 2012
PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
By: Islam Iman Ihsan
Friday, April 13, 2012
jom UNDI AISYAH!
Monday, January 9, 2012
Breastfeeding feelings!
Hehehe..propa sungguh mukadimah kali ini.
Semenjak menerima khabar gembira yang kami sekelaurga terima, saya terus memulakan gerak gempur bercerai susu dengan Aisyah. Projek yang sangat dramatik, penuh drama airmata, tangisan hiba, tak lupa juga aksi sedih yang meruntun jiwa raga saya.
Hari pertama, Aisyah mengamuk sakan. bermacam cara saya buat. Mula-mula dia OK, tapi bila dah malam, dia dah mula mengantuk, itulah waktu yang paling kritikal. tertonggeng-tonggeng budak comel tu try nak dapatkan cik B. Nangis jangan cakaplah.
Tapi kan, Aisyah ni, satu hal kalau dia menangis, tak tau la...tapi saya rasa dia sangat comel bila nangis. Ye, shomel sesangat! comel jer bila dia pandang kita dan buat muka sedih time nangis tu...Tapi tidakla sampai dok biar dia nangis tak reti-reti nak pujuk...( kihkihkih apa kerja mommy cakap anak sendiri comel bila nangis, suka dera anak ka?).
dah penat pujuk dan tukar-tukar strategi, saya kalah juga pada keinginan Aisyah yang tidak terbendung. Sapa tahan woooo..dengan renungan syahdunya yang meruntun kalbu...Pandangan mata bening bulat Aisyah jer dah buat saya lemah longlai...haih!
Harus! Saya menangis sama bila Aisyah seolah-olah meratap hiba bila saya terus-terusan mengelak takmo bagi dia menyusu. Saya menangis sama sebab saya dapat rasa apa yang Aisyah rasa. Saya akui bonding itu sangat kuat! MasyaAllah...
Hari-hari seterusnya, saya keringkan hati saya untuk berusaha memendekkan masa penyusuan tiap kali menyusukan Aisyah. Tiap kali itulah juga saya bisikkan di telinga Aisyah bahasa-bahasa pujukan dengan harapan Aisyah faham kenapa dia perlu bercerai susu. Terkebil-kebil matanya merenung saya tiap kali saya berinteraksi dengannya. Dan seperti biasa, renungan sang kenit comel itu meruntun naluri keibuan saya seperti selalu!
Namun jauh di sudut hati, saya yakin bahawa Aisyah sesungguhnya memahami dan menghayati bait kata yang saya ungkapkan padanya. Walaupun masih kecil, tetapi saya sangat yakin Aisyah bijak mencerap apa yang saya sampaikan. Doa saya tidak pernah putus mohon agar Allah mempermudahkan proses perceraian susu dengan Aisyah...dan juga doa agar Aisyah tetap sedar serta pasti bahawa kasih sayang saya padanya tetap sama, malah semakin menebal walaupun dia sudah tidak menyusu badan lagi.
Masuk hari ketiga, Aisyah mengejutkan saya dan daddy dengan sesuatu yang diluar jangkaan. Pagi itu, Aisyah bangun ketika saya masih di tingkat bawah menyediakan kelengkapan nurserynya. Selepas proses wee-wee (Aisyah masih kene train bawa pergi toi-toi pagi2 selepas bangun tidur untuk buang air kecil sebab saya masih pakaikannya CD waktu malam). Elok jer lepas wee-wee....
"Nenen?" macam biasala...muka menten kiut dan renungan tahap first class!
Kali ini saya tidak membalas permintaannya. Sebaliknya saya hanya pandang Aisyah, senyum dan tanpa kata...tetapi pandangan saya penuh makna tersirat...
"Aisyah dah besar...adek la nenen mommy..." Aisyah sambung balik kata-katanya...
Subhanallah!
saya tersentak!
Ayat itu adalah ayat-ayat yang saya ungkapkan pada Aisyah berulang-kali; tiap kali menyusu; waima waktu Aisyah dah nak tidur-tidur ayam!
Malah, dia boleh ulang dan ungkapkan balik kata-kata saya itu!
Saya betul tersentak, gembira dan bersyukur!
Saya peluk Aisyah kuat-kuat, cium pipinya, cium dahinya macam tak pernah puas...heheheheh...saya syukur sangat-sangat!
Alhamdulillah...Syukur pada-Mu ya Allah...
Doa saya diperkenankan oleh Allah s.w.t.
sehingga hari ini, Aisyah dah jarang sebut kata keramat "nenen" itu lagi. Ada la juga kadang-kadang dia tersasul (lebih-lebih lagi kalau terjaga waktu tidur malam) tapi dia boleh pujuk diri sendiri. Bijak sungguh kan? kadang-kadang saya rasa Aisyah sungguh dewasa dalam usianya yang baru mencecah 2 tahun 6 bulan pada Januari ini. tetapi tingkah lakunya, kata-katanya, pengertiannya, membuatkan saya sedar bahawa Aisyah adalah rahmat Allah yang tidak ternilai buat saya. Barakallah...
Ada waktu-waktunya, Aisyah meminta saya berbaring bersamanya. saya agak-agak, Aisyah rindukan saat-saat penyusuan bersama...huhuhu...kalaulah Aisyah tahu betapa saya juga merindukan saat-saat itu..ahhh!
Sama juga tiap kali saya jemput dia di Nursery. Satu blok detached tu boleh dengar suara Aisyah menjerit happy. Sambil berlari2 dan kemudian mendakap saya erat, mulutnya bising asyik sebut mommy! mommy! mommy! hahahaha! Sampaikan budak-budak lain kat nursery tu pun ikut lari-lari sama dan turut mengerumuni saya. ada juga yang sebut mommy! mommy juga! kahkahkah! popular saya jadinya..ekekekekekekek!
Aisyah dakap erat dan peluk cium saya seolah-olah dah 1 tahun terpisah dari saya. Aduhai sayang, mommy juga saayaaaangggggggggggg bangeettttttt sama kamu.
Tapi Aisyah perlu belajar bercerai susu ya? Putus susu bukan bermakna mommy tak sayang Aisyah lagi tau sayang...
Mommy sentiasa sayang Aisyah, lebih daripada nyawa mommy sendiri.
I love you, my sweetheart Aisyah.
Mommy Aisyah
Wednesday, January 4, 2012
Bercerai Susu, bila nak ready?
Semalam, saya dan suami mendapat berita yang sangat menggembirakan, dan pastinya akan mengubah haluan penyusuan Aisyah selepas ini. (hahahahha ayat ini sangat berbaur provokasi sehingga Aisyah terlibat sama...apakah?).
Setelah menyelesaikan beberapa tugas pejabat, saya meluangkan sedikit masa untuk mencari info berkaitan petua bercerai susu (ada juga yang sebut putus susu).
Keputusan saya untuk melaksanan penceraian (betul ke perkataan ni) susu dengan Aisyah adalah sebagai persediaan awal terhadap berita yang kami suami isteri terima malam tadi.
Yes!
It's confirm that I am pregnant again!
Alhamdulillah...Syukur ya Allah, Engkau telah memperkenan doa kami selama ini. Gembira tidak terkata, tetapi saya tidak menafikan bahawa tetap terselit perasaan risau dan gelisah di hati saya selagi saya tidak berjumpa dengan Gynae. Ya..saya perlu berjumpa dengannya!
Beberapa info berkaitan tips bercerai susu yang saya perolehi hasil daripada penyelidikan tidak rasmi dan telah saya ubah sikit-sikit agar sesuai dengan entri ini:
Sudahkah Diriku Mendidik Anakku?
Salam Hari Rabu!
Coretan di bawah adalah sebagai renungan kita bersama di hari yang indah ini!
__________________________________________________________________
Soalan yang ringkas tetapi mungkin sukar dijawab oleh ibu bapa : Sudahkah kita mendidik anak-anak kita dengan baik?
Mendidik anak bukan sekadar proses spontan yang berlaku secara semula jadi, namun ia adalah satu amanah yang amat didorong oleh syarak. Tak dinafikan bahawa manusia secara semula jadinya mahukan anak mereka menjadi orang 'baik'. Walau jahat sekali pun seorang bapa atau ibu, hati kecilnya tetap mahukan si anak menjadi orang yang berguna dan taat.
Naluri semula jadi manusia akan menggerakkan dirinya untuk mengasuh dan mendisiplinkan anak-anak. Hanya manusia yang hilang nilai kemanusiaan dan diserap nafsu serakah kebinatangan sahaja yang mahu melihat anaknya rosak dan jahat.
Namun keadaan ini amat jarang berlaku. Kebanyakan manusia termasuk yang kurang beragama, bahkan yang terlibat dengan jenayah sekalipun biasanya berhasrat untuk memperolehi anak yang berjaya dan menjadi penyejuk hati.
Dalam Islam, keinginan untuk mendidik, dan mendisiplin anak-anak bukan sekadar terbit dari kemahuan naluri, bahkan ia terpancar dari pedoman agama dan berpaksikan perintah Allah dan Rasulnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya : "Dan hendaklah engkau menyuruh ahli keluargamu mengerjakan solat, dan bersabarlah terhadap perintah itu." (Thaha:132)
Solat yang dinyatakan dalam ayat di atas menjadi simbol kepada tema pendidikan anak yang dikehendaki oleh agama. Solat menjadi tapak kukuh kepada pembangunan kecemerlangan individu. Dalam solat terkandung ketaatan, disiplin, kesabaran, kawalan perlakuan, penyucian jiwa, ketajaman tumpuan akal serta kepatuhan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Jika bapa berjaya melatih anaknya solat dengan tekun, bersegera, khusuk dan sempurna, maka secara kasarnya, bapa itu sudah berjaya mendidik anaknya menjejak ke arah kecemerlangan.
Selain dari suruhan agar ibu bapa mendidik anak, terdapat juga ancaman keras ke atas mereka yang gagal mendidik anak. Secara tegas dan jelas, Allah meminta agar ibu bapa mendidik anak dengan sempurna, kerana kegagalan mendidik mereka bermakna menghantar mereka ke neraka. Firman Allah:
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka..." (Al-Tahrim:6)
Ayat di atas meletakkan tanggungjawab mendidik anak sebagai tanggungjawab yang paling hampir bagi setiap individu. Maksudnya, sebelum seseorang itu sibuk dengan urusan mengajar dan mendidik orang lain, dia terlebih dahulu perlu memastikan bahawa anggota kelurganya terdidik dan selamat dari ancaman api neraka.
Jika orang di bawah amanahnya rosak, bukan di anak sahaja yang akan tercampak ke neraka, bahkan si bapa atau ibu yang cuai dan gagal mendidik juga mungkin turut sama terhumban ke sana. Dalam hadis Nabi riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: "Seorang lelaki itu bertanggungjawab terhadap isterinya, dan dia akan dipersoal tentang tanggungjawabnya. Dan seorang wanita itu bertanggungjawab terhadap rumah suaminya, dan dia akan dipersoal tentang tanggungjawabnya."
Moga catatan ringkas ini dapat membuat kita terus berfikir... dan bermuhasabah.
_________________________________________________________________
Coretan itu memberikan inspirasi kepada saya. Ia ditulis oleh Ustaz Fathi Yusuf & Ustazah Ros Izanuri, yang saya petik dari iluvislam.com
Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dan pendedahan melalui coretan ini. Wallahu'alam - Mommy Aisyah
Monday, January 2, 2012
Selamat Tahun Baru !
Selamat tahun baru!
apa azam baru kalian?
mungkin ada yang mahu dengan kemunculan tahun baru ini, maka semakin bertambah ilmu di dada. Mungkin ada pula yang berazam untuk menjadi semakin bijak dalam urusan perbelanjaan harian supaya dapat membuat tabungan yang lebih banyak demi masa hadapan. Maklumlah, dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu, adalah lebih baik kita menyediakan payung sebelum hujan, kan?
Mungkin juga ada yang sedang merancang untuk berjinak-jinak dalam perniagaa. Mana ada tahu, rezeki untuk menambah pendapatan keluarga ada di situ. Rasulullah S.A.W bahawa 9/10 punca pendapatan adalah datang dari perniagaan. Jadi mana tahu?
saya pula?
Banyak yang saya rancangan untuk tahun ini. tapi yang paling penting, kena pandai letakkan prioriti pada yang perlu dan memerlukan.
Walau apapun yang dirancang, saya mohon Allah permudahkan urusan dan perancangan saya sekeluarga.
Amin Ya Rabbal Alamin.
salam - mommy Aisyah