Assalam,
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MOMMY & DADDY - AISYAH QAIREENA!
coretan
ini sepatutnya saya tulis pada hari lahir Aisyah iaitu pada hari Ahad
lepas - 29 Julai 2012. Tetapi masa itu kami semua bercuti di kampung.
tapi tak mengapa, balik kampung bermakna Aisyah berpeluang untuk
meraikan hari ulang tahun bersama sepupu-sepupu, kan? hehehehe..
Tahun
ini, hari jadi Aisyah jatuh pada bulan puasa. saya dan suami tidak
bercadang untuk mengadakan majlis dan menjemput ramai tetamu. Cukuplah
sekadar diraikan bersama sepupu-sepupu rapat sahaja (yang tidak datang
bukan bermakna mereka tidak rapat dengan Aisyah, tetapi jarak dan
keadaan tidak mengizinkan).
Malangnya
balik kampung kali ini saya terlupa membawa kamera bersama.
Mahu merakam menggunakan kamera di telefon bimbit juga tidak berhasil
sebab memori telah penuh. Aduhai, maaf ya, sayang mommy...tetapi tidak
mengapa, mommy sempat merakam sedikit klip ketika nyanyian selamat hari
jadi dialunkan menggunakan telefon bimbit daddy (walaupun visualnya
tersekat-sekat dek kerana memori hampir penuh...huhuhuhuhu).
ulang
tahun kali ini, saya dan suami sebenarnya ada surprise untuk aisyah.
Tapi malangnya, surprise kurang tidak menjadi kerana ia tidak disiapkan
seperti tarikh yang dijanjikan. Tunggu bila ia telah siap, saya letakkan
gambarnya di dalam blog ini ya. tunggu.....hehehhehehe..
Hm...saya agak emo menulis entri ini. Ia lebih kepada luahan hati saya kepada Aisyah, si cilik yang sentiasa di mata, di hati dan dirindu tiap saat dan waktu....
***********************************************************************************
***********************************************************************************
Sungguh masa itu sangat cepat berlalu...
Aisyah
kini sudah 3 tahun...terasa seperti baru semalam mommy mendengar
tangisan pertama aisyah saat dilahirkan. Masih terbayang-bayang di mata
mommy renungan aisyah tiap kali mommy menyusukan. Tak pernah lekang di
mata, kenangan detik pertama aisyah pandai meniarap, merangkak,
bertatih, berjalan sehingga pandai berlari...malah sentiasa
terngiang-ngiang di telinga mommy, saat kali pertama Aisyah pandai
menyebut 'mommy'..
Aisyah
kini sudah 3 tahun...sungguh banyak pengharapan mommy kepada anak mommy
ini. Demi pengharapan yang sedemikian, tak jemu mommy menadah tangan
berdoa kepada yang Esa agar memelihara Aisyah dari sebarang bahaya,
dipelihara kesihatan dan keselamatan, dipermudahkan segala urusan,
dihindari dari segala kesempitan dan perasaan dukacita, semoga Aisyah
membesar menjadi anak sihat sempurana, solehah, rajin solat serta rajin
beramal dan menghayati segala yang terkandung dalam Al-Quran yang
mempunyai seribu rahmat dan penawar. Amin Ya Rabb...
Aisyah
kini sudah 3 tahun...Syukur Alhamdulillah...anak mommy membesar dengan
ceria...walau mommy tidak punya harta berjuta, tetapi mommy dan daddy
cuba melengkapkan keperluan Aisyah apa adanya. Biar mommy dan daddy
tidak gantikan baju sendiri, asal Aisyah ceria bermain slide swing di rumah sendiri, tak perlu merajuk dan bersedih hati...(kes hari2 nak main kat taman la ni...huuhuhhuu)..
Aisyah
kini sudah 3 tahun...makin pandai ajak balik kampung. haha! Mommy tahu
Aisyah sangat happy kalau dapat berjumpa dan bermain dengan sepupu di
sana. Peluh lencun sampai rambut basah pun tak mengapa, pipi merah sebab
penat lari sana sini pun dah tak kisah..yang penting bagi Aisyah, masa
yang terluang di kampung dimanfaatkan sepenuhnya bermain keriangan
bersama sepupu-sepupu kesayangan. Subahanallah, walaupun jarang-jarang
dapat bersua muka, tetapi keakraban di antara Aisyah dan sepupu-sepupu
tetap membara...pagi-pagi subuh sapiee Aisyah dah riuh mengejutkan
sepupu-sepupu (kes tak sabar nak ajak bermain)...ada sekali satu pagi,
Aisyah dok desak mommy turun ke laman bagi itik sarapan. Apa lagi, riuh
rendah bunyinya bila Aisyah terlalu excited tatkala itik-itik dan ayam-ayam maknek lari mengeremuni kami yang sedang menatang makanan...hahahaha...!
Aisyah
kini sudah 3 tahun...rajin-rajin mengaji ya..Jangan menangis bila mommy
perlu kurangkan masa menonton Barney, Elmo & Zoe - kini Aisyah
perlu lebih Aisyah lebih banyak masa untuk mengaji dan belajar bahasa
Arab. Sekarang sudah boleh baca Aa-Baa-Taa, Aisyah juga sudah boleh
hafal surah Al-Ikhlas...Sikit lagi boleh hafal surah al-Insyirah...kalau
lebih banyak masa mengaji, InsyaAllah Aisyah boleh hafal surah-surah
lain juga..Ameen..
Aisyah kini sudah 3 tahun...Syukur...Mudah-mudahan Aisyah tidak lupa asal-usul dan warisan ayahbonda...
sekali lagi....
Selamat Hari Lahir Sayang - Mommy Aisyah
No comments:
Post a Comment