__________________________________________________________________________________
Salam hari Rabu!
Semenjak bellly saya semakin ketara bentuknya, Aisyah dah semakin menjadi attention seeker
sejak itu. Tak boleh tinggi sikit suara, confirm dia akan merajuk.
Kerap kali juga Aisyah seolah-olah sengaja berlagak seperti 'budak nakal
tak dengar cakap'...hohoho...saya rasa demi menarik perhatian la tu.
Agaknya, dia rasa insecured tentang kasih sayang saya pada dia kot...agaknya lah....
Hmm...apalah yang si Aisyah rasa sebenarnya ye....
Pendekatan
saya terhadap perangai Aisyah yang rasa agak lain ialah cuba untuk
membuatkan dia tidak merasa terasing walaupun bakal mempunyai adik.
Walaupun kadang-kadang geram juga dengan perangainya yang 'terlebih
manja' (yelah..tengah-tengah memboyot ni, Aisyah pula buat perangai
macam-macam maunyer tak geram sekali sekali...huhuhuhu), saya sedaya
upaya tidak menunjukkan emosi marah padanya. Mula-mula tu memang payah
juga nak kawal emosi (ibu mengandung, faham-faham jela kadang-kadang
emosi di luar kawalan, kan....). Bila saya tak tahan geram, saya
tinggalkan Aisyah sekejap dan pergi ke tempat lain. Bila perasaan dah
reda sikit, baru saya pergi kat Aisyah dan pujuk dia. Bila saya buat
begitu, Aisyah akan hulur tangan, then says "Sorry, Mommy"..lepas tu dia
pasti akan peluk saya dengan erat-takmo-lepas-dan-cium-pipi-takmo-
Sayu
tau tengok wajah Aisyah nangis (yela kan, budak nangis
namanya...memangla muka sayu hehehe). Pernah sekali saya rakam video
Aisyah menangis semasa saya tegur dia sebut perkataan yang tak elok.
Sekali saja saya preview klip tu, lepas tu takmo tengok dah. sayu sangat
tengok wajahnya menangis sedih kena marah.
Tahun
ini, nampak gaya kami sekeluarga tidak berkesempatan beraya di kampung.
Terasa sedih juga tak dapat meraikan sambutan lebaran bersama ahli
keluarga dan adik-beradik yang lain di kampung halaman tercinta.
Maklumlah, bila dah sarat susah juga nak melakukan perjalanan
jauh...ditambah pula dengan keadaan jalan yang tak mengizinkan...
Mengikut perkiraan saya sendiri, masa raya nanti belum lagi nak bersalin
kot, tapi risau juga kalau dah ambik cuti dan balik kampung lebih dari
seminggu. Mahunya terbersalin di kampung, banyak juga perkara yang
memerlukan plan B. huhuhu...jadi saya pun akhirnya setuju dengan
cadangan sang suami untuk beraya di sini saja...(dalam hati penuh redha
gamaknya...huhuhuhu)
Mula-mula
ketika suami mencadangkan agar kami menyambut Aidilfitri di Kuching
saja tahun ini, terasa sebak juga. Inilah kali pertama kami tak balik
beraya di kampung. Lebaran adalah masa terbaik yang kami sekeluarga
pernah ada untuk berkumpul adik-beradik. Juga terfikirkan bahawa Aisyah
semestinya akan kesunyian tanpa sepupu-sepupunya, ditambah pula sayunya
bila memikirkan kesunyian menyambut Aidilfitri di kawasan perumahan yang
masih baru dan pasti kosong semasa Lebaran.
Namun
itulah 'pengorbanan' demi kehadiran ahli baru yang sangat dinantikan
sebagai pelengkap kebahagiaan kami. Doa kami adalah untuk yang terbaik
untuk si cilik yang bakal lahir nanti.
penat pula rasanya menulis..saya berhenti di sini dulu ya...
salam sayang - Mommy Aisyah
No comments:
Post a Comment