Sunday, May 13, 2012

Mengapa pendidikan awal penting?

salam mommies, 

Saya mahu share apa yang saya baca hari ini: 
___________________________________________________________

Sebenarnya ransangan minda yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat, adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak. Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:

“Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old.”

Maksudnya :
“Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. 
 Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun”.

Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun EMAS.
Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!

Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu… ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan? 

____________________________________________________________

Nota Mommy: saya mahu ukiran yang mengikut sunnnah, yang indah, bahagia  dan menyenangkan....hm...AMIN YA RABB.

salam sayang - Mommy Aisyah 

Monday, May 7, 2012

Entri yang tertunggak


 ini adalah gambar-gambar yang sepatutnya saya upload lebih awal. huhuhu....
sebenarnya Aisyah dan penat time ni, tapi bila jumpa swing, pitching tu mendadak naik! hahahahaha! seronok sakan...


jalan-jalan tak hengat, dengan rambut ketak yang menyedihkan. kesian anak mommy...huhuhu..

 sebelum gambar ni diambil, Aisyah sikit lagi nak tergolek, mommy leka snappy sampai lupa pimpin tangan Aisyah...whut? ...


 try amik aksi Aisyah yang sangat sporting, tapi mommy belum cukup terer jadi photographer...huhuhu!


 singgah makan di Nandos, si Aisyah sempat mendapat kenalan...sigh...


beraksi dan bercanda di tepian pantai sementara daddy bersengkang mata dalam dewan kursus..lalalala. ~ 

panca sitara bukan, model spek pun bukan, tapi...eh? gaya apa ya? 


  Aisyah yang sangat teruja dapat keluar rumah jalan-jalan...yay! 
 

 tak ingat sebab apa Aisyah eksaited sangat time ni...


tengok apa tu sayang?