Monday, September 23, 2013

ziarah

Lamanya saya tak jenguk blog. banyak sawang!!!

sepatutnya nak post entri masa birthday aisyah Qaireena dan aisyah Qaisara. Tapi dua2 terlepas. hadoi...

hari ulang tahun 2 beradik ni hari tu, macam2 nak tulis, tapi masa pula tak ada.

sayang,

mommy memang nak coretkan sesuatu untuk kalian...tapi masa tidak mengizinkan.

acapkali saya terfikir, masa kecil2..anak2 sentiasa nak kita dukung..kadang2 rasa tak larat..tapi bila fikir2..bukan lama pon mereka ngan kita..kalau panjang umur, ada rezeki, mereka akan merantau, jauh dari penglihatan dan pandangan mata..masa tu mesti rasa sunyi tapi demi kejayaan anak2..terpaksa juga direlakan...

tak mau ingat lagi..saya nak anak2 berada di samping saya.

saya masih mahu dakap erat mereka ketika tidur

saya mahu lihat wajah mereka lena disisi sepanjang malam

owh...kenapa jiwang sangat hari ni?

rindu la kat 2 beradik tu...nak balik la..hehehehehe...- mommy AIsyah.

Tuesday, August 13, 2013

Sambutan Hari Lahir yang tertunda

Bismillahir-Rahmanir-Rahim..

6 Syawal dah rupanya..cepat betul masa berlalu...siang-malam, pejam-celik, tidur-bangun, tup tup dah setengah dah bulan Ogos ni menjengah kita..dan taklama lagi semester baru bermula...

huargghh!!!

macam-macam rasa ada...banyak benda lagi belum siap, banyak perkara lagi masih tertangguh pelaksaannya, pelbagai urusan pula yang perlu diberi keutamaan sewajarnya..haihhh..

fokus fokus fokus!!!

OKEH!

Tukar mood!

Hari ni saya nak menulis tentang AQ lagi..lamaaa sangat rasanya saya tak cerita ceriti..bukan sekadar bersawang, kulat bagai pun dah blocked jalan masuk ke rumah ni..huhuhuhuhuh...

Oh..29 July lepas hari jadi Aisyah Qaireena..saya memang banyak nak tulis masa tu tapi asyik tak menyempat ajer..lagipula, hari lahir Qaireena tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan, jadi saya dan daddynya sepakat untuk menunda majlis ulangtahunnya ke 1 syawal, dan dapat meraikan bersama2 sepupu2 di kampung..lagi la si Qaireena suka ye tak? hihihihi..

Persiapan kami lakukan secara sederhana..tahun ini memang tahun untuk belajar berjimat cermat..yang lebih penting, ukhuwah yang terjalin, kegembiraan beramah mesra dengan saudara mara di hari raya juga lebih utama..kita 2 dalam satu la...kami tempah choc indulgence dari secret recepi, jenuh juga nak bawa balik ke kampung sebab perjalananan mengambil masa selama 5-6 jam..foohh! kena letak kek tu dalam chiller bag, kalau tak, hancoq la..sampai2 kat kampung confirm la kek tu dah tak rupa kek dah!

Tiba 1 Syawal, kami raikan ulangtahun Qaireena dengan penuh kesyukuran.

Wednesday, April 17, 2013

Hari ini...

hari ini saya rindukan anak-anak saya lebih daripada hari-hari sebelumnya...

hari ini saya rindukan hilai tawa dan gelak manja aisyah qaireena...

hari ini saya tak sabar untuk memeluk aisyah qaireena dan aisyah qaisara...

saya tak sabar mendukung aisyah qaisara dan merenung matanya yang bulat bundar itu...

tak sabar nak balik mendakap aisyah qaisara, mencium pipinya dan mengelus rambutnya...

tak sabar menjemput aisyah qaireena di sekolah, memeluk dan menciumnya, sambil mendengar coloteh tentang aktiviti bersama kawan di sekolah seharian...

kenapa ya?

oh...

saya rindukan anak-anak saya..setiap apa saya buat di pejabat, wajah-wajah mulus dan sunyi itu tetap setia dalam minda saya..

hari ni, rumah saya sunyi bila aisyah qaireena ke sekolah...

si adik pula macam takde mood, rindukan si kakak agaknya...

paknek pula asyik tanya jam berapa nak jemput aisyah qaireena..agaknya dia juga sunyi...

aduh...

cepatlah jemput Qaireena, saya sangat rindukan si mata bulat itu!

jm

*kenapa-mood-hari-ni-emo-sangat-tak-tau-kenapa*

jm




Thursday, April 11, 2013

Kasihnya Ibu...


Alhamdulillah...Terima Kasih Mak..

Salam semua, 

sangat tersentuh membaca coretan ini...walau tak dikenal pasti siapa pemiliknya, tapi ia memberi satu pengertian yang amat bermakna tentang betawa istimewanya seorang wanita. Subhanallah..sama-sama kita menginsafi diri...Wallahu'alam...

_________________________________________________________________________________

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.


Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?


Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? 


Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

_________________________________________________________________________________

Tiba-tiba rindu kat mak....oh...

salam sayang - Mommy Aisyah 

Wednesday, March 6, 2013

Entri Lama? OMG...

Saya pun tak ingat rupanya saya ada tulis entri entri ni...Lupa tekan button 'publish' la tu, huhuhuu...

__________________________________________________________________________________

 Salam hari Rabu!

Semenjak bellly saya semakin ketara bentuknya, Aisyah dah semakin menjadi attention seeker sejak itu. Tak boleh tinggi sikit suara, confirm dia akan merajuk. Kerap kali juga Aisyah seolah-olah sengaja berlagak seperti 'budak nakal tak dengar cakap'...hohoho...saya rasa demi menarik perhatian la tu. Agaknya, dia rasa insecured tentang kasih sayang saya pada dia kot...agaknya lah....

Hmm...apalah yang si Aisyah rasa sebenarnya ye....

Pendekatan saya terhadap perangai Aisyah yang rasa agak lain ialah cuba untuk membuatkan dia tidak merasa terasing walaupun bakal mempunyai adik. Walaupun kadang-kadang geram juga dengan perangainya yang 'terlebih manja' (yelah..tengah-tengah memboyot ni, Aisyah pula buat perangai macam-macam maunyer tak geram sekali sekali...huhuhuhu), saya sedaya upaya tidak menunjukkan emosi marah padanya. Mula-mula tu memang payah juga nak kawal emosi (ibu mengandung, faham-faham jela kadang-kadang emosi di luar kawalan, kan....). Bila saya tak tahan geram, saya tinggalkan Aisyah sekejap dan pergi ke tempat lain. Bila perasaan dah reda sikit, baru saya pergi kat Aisyah dan pujuk dia. Bila saya buat begitu, Aisyah akan hulur tangan, then says "Sorry, Mommy"..lepas tu dia pasti akan peluk saya dengan erat-takmo-lepas-dan-cium-pipi-takmo-

Sayu tau tengok wajah Aisyah nangis (yela kan, budak nangis namanya...memangla muka sayu hehehe). Pernah sekali saya rakam video Aisyah menangis semasa saya tegur dia sebut perkataan yang tak elok. Sekali saja saya preview klip tu, lepas tu takmo tengok dah. sayu sangat tengok wajahnya menangis sedih kena marah.


Tahun ini, nampak gaya kami sekeluarga tidak berkesempatan beraya di kampung. Terasa sedih juga tak dapat meraikan sambutan lebaran bersama ahli keluarga dan adik-beradik yang lain di kampung halaman tercinta. Maklumlah, bila dah sarat susah juga nak melakukan perjalanan jauh...ditambah pula dengan keadaan jalan yang tak mengizinkan...

Mengikut perkiraan saya sendiri, masa raya nanti belum lagi nak bersalin kot, tapi risau juga kalau dah ambik cuti dan balik kampung lebih dari seminggu. Mahunya terbersalin di kampung, banyak juga perkara yang memerlukan plan B. huhuhu...jadi saya pun akhirnya setuju dengan cadangan sang suami untuk beraya di sini saja...(dalam hati penuh redha gamaknya...huhuhuhu)

Mula-mula ketika suami mencadangkan agar kami menyambut Aidilfitri di Kuching saja tahun ini, terasa sebak juga. Inilah kali pertama kami tak balik beraya di kampung. Lebaran adalah masa terbaik yang kami sekeluarga pernah ada untuk berkumpul adik-beradik. Juga terfikirkan bahawa Aisyah semestinya akan kesunyian tanpa sepupu-sepupunya, ditambah pula sayunya bila memikirkan kesunyian menyambut Aidilfitri di kawasan perumahan yang masih baru dan pasti kosong semasa Lebaran.

Namun itulah 'pengorbanan' demi kehadiran ahli baru yang sangat dinantikan sebagai pelengkap kebahagiaan kami. Doa kami adalah untuk yang terbaik untuk si cilik yang bakal lahir nanti.

penat pula rasanya menulis..saya berhenti di sini dulu ya...

salam sayang - Mommy Aisyah

Rasa Bersalah

Semalam rasa bersalah sangat pada Qaireena. Tersentuh bila tengok air mata anak itu kerana kesilapan saya.

ceritanya begini..

petang semalam, selepas balik dari airport sebab ikut Daddy pergi hantar kawannya balik KL, Aisyah merengek minta mainan..tapi saya tegaskan kena minum air masak dulu sebab saya tau dia belum minum apa2 sebelum ke Airport. Aisyah ni kalau kita tak tegur dan suruh dia minum air masak, memang dia liat sikit nak minum sendiri.

Saya pun tuangkan air masak dalam gelas, tapi Aisyah pula berlari ke ruang tamu dan cakap sesuatu..saya tak dengar..badan pulak rasa penat, jadi saya terus biarkan air masak dalam mug (dalam hati rasa sebal sebab Aisyah 'larikan diri' sebelum minum air tu).

saya tutup pintu bilik air dan terus mandi. tak lama lepas tu terdengar suara Aisyah dan bunyi macam ada orang nak buka pintu bilik air. Taula kita mandi macam manakan, saya tak buka pintu sebab -keadaan-tak-mengizinkan (tambahan pula hati masih sebal). AIsyah tetiba nangis..Sayu sangat suaranya..rasa nak pujuk..tapi dalam hati kata, tunggula kejap, dah alang2 mandi, teruskan jer la. lepas mandi boleh pujuk dia..Aisyah masih juga nangis..huhuhu...

lepas siap mandi, saya buka pintu bilik air, tengok aisyah terjelepok dengan doormat sambil pegang sippy cup yang berisi air masak. dengan air mata yang mengalir, sambil tangan pegang dan unjukkan sippy cup pada saya, aisyah berkata...

"Aisyah ambik sippy cup ni....nak minum air masak"...uwa....sayu nya..huhuhuhu...

Astaghfirullah...

saya beristigfar...

Agaknya..itulah yang Aisyah cakap (tapi saya tak dengar) masa dia lari ke ruang tamu tadi...

Bersalah nya saya rasa..

saya peluk aisyah..

saya peluk erat...

saya pejam mata...

saya usap rambut Aisyah..

saya cium dia dan cakap 'mommy minta maaf ya, mommy buat salah, mommy tak tahu Aisyah pegi ambik sippy cup...

 saya tahu aisyah belum minum selagi saya tak buka pintu...

saya pegang tangan aisyah..

saya pegangg sippy cupnya...

saya ajak dia minum...

berdekot-dekot bunyi tegukannya...

haus sangat agaknya...

ahhh...


sedihnya sebab saya teruskan mandi abaikan perasaan Aisyah...

sedihnya sebab saya teruskan mandi sebab rasa sebal tak bertempat..

bertambah-tambah sedih sebab saya biarkan Aisyah menangis TANPA dia melakukan apa-apa kesalahann...huhuhuhu

ANAK itu sangat pintar..

Wahai anak...dirimu sangat pandai mengambil hati mommy....

hati mommy masih terkesan dengan kekhilafan semalam..

maafkan mommy, ya sayang...

emo sungguh hari ini...huuhuhu....