Thursday, December 22, 2011

Kampung Kampung, Yay!



Salam cuti-cuti Malaysia!

Ini gambar-gambar kenangan balik kampung sebelum kami bercuti panjang hujung tahun ini (2011). banyak lagi sebenarnya, tetapi server slow sangat.


seronok melihat wajah-wajah keceriaan aisyah bermain bersama sepupu-sepupu; kak abby, kak anne dan amanda. Kalau sepupu-sepupu dari saratok juga bertandang, pasti bertambah meriuh gamaknya...hahahahaha!


so nice dapat tangkap gambar budak-budak ni...


macam sorang kawan saya cakap, boleh pulak Aisyah sorang je pandang tempat lain...kihkihkih!


empat-empat ceria!



seronok!



lagi seronok! horray!


aisyah ni gayat sebenarnya bila mommy suruh lari sebab tak biasa dengan 'bridge' tu, tapi tetap seronok lari hahahahaha!


mana satu adik, mana satu kakak ni? hehehe


Banyak yang nak cerita, dan banyak juga gambar yang saya nak upload. tapi server ni sangaaattttlah membantu...huhuhuhu..

Hehehehe, Aisyah pula sangat seronok di kampung. nantilah sayang ya, bila kita ada masa lapang dan mommy serta daddy juga tidak berapa sibuk di pejabat, kita balik kampung lagi ya, sayang?

semasa saya menulis entri ini, kami sekeluarga sedang bercuti panjang. Tahun ini merupakan tahun yang 'penat' bagi kami sekeluarga. Walau apapun, segalanya kami terima dengan redha, dan yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang hanya Allah s.w.t saja yang mengetahui rahsianya.

setakat ini dahulu...saya ucapkan selamat bercuti dan selamat menikmati masa berkualiti bersama keluarga!


love - mommy Aisyah

Wednesday, December 14, 2011

Hari Baru Aisyah di Nursery

Salam,

Bulan Disember ini, saya telah mula menghantar Aisyah ke nursery. Macam-macam perasaan bermain dalam minda saya sebelum keputusan untuk menghantar Aisyah ke nursery diputuskan. Perkara utama yang saya bimbangkan kesukaran aisyah untuk mengikut jadual penyusuan. Al maklum, Aisyah memang tak suka minum susu segar. Banyak kali dah pujuk tapi semua jenis pujukan dan taktik tak berjaya menarik perhatian Aisyah. Pusing satu dunia saya cari minuman yang berasaskan tenusu supaya aisyah boleh dapat sumber kalsium, sehari dua, nak juga dia minum vitagen, solivite, bliss dan segala macam minuman seumpamanya, tapi saya pula yang risau tentang kandungan gula yang banyak dalam semua minuman itu. Tiap kali saya bagi aisyah minum, saya 'dilute'kan dengan air kosong - biar ada warna dan sedikit rasa, tapi dah tak manis sangat. Risau betul saya..

Tiap kali menghantar Aisyah, rasa nak tanggal jantung saya - betapa risau dan gelisah kerana terpaksa meninggalkan Aisyah di nursery. Tindakan itu pada saya bukan sesuatu yang mudah. Bagi saya, saya lebih selesa ada baby sitter di rumah, berbanding menghantar Aisyah ke nursery. Tetapi buat masa ini saya tidak mempunyai pilihan lain. Saya hanya mampu berdoa moga-moga keselamatan dan kesihatan Aisyah terjaga sepanjang di Nursery. banyak tempat juga saya survey, pelbagai perkara yang saya ambil kira dalam pemilihan nursery yang sesuai. Saya harap, pemilihan saya tepat, atau setidaknya yang terbaik dalam mempastikan keselamatan dan kesihatan Aisyah terjaga rapi.

Hujung minggu lepas, saya ke Sabah, seorang diri dan Aisyah ditinggalkan bersama daddy di rumah. Inilah kali kedua saya tinggalkan Aisyah selepas kursus bulan Julai lepas. Kali ini, Aisyah tidak berapa drama queen, Aisyah selamba jer lambai tangan bila saya nak masuk ke boarding romm, tak ngangis-nangis. Saya pun turut lambai tangan ke arah mereka dengan wajah dan hati kering.Tabah la konon...hikhik! Tetapi sedih di hati, Alllah saja yang tahu.

Bila selesai di kaunter imigresen dan dalam perjalanan ke balai berlepas, saya hubungi daddy. Maka terdengarlah suara tangisan Aisyah yang menyentap perasaaan dan sanubari saya. daddy cakap, Aisyah meraung bila masuk dalam kereta, dan dapat tahu mommy tak ikut sama.setiap kali saya telefon, terdengar suara aisyah "nak cakap ngan mommy" dengan nada yang sayu dan penuh rindu. Saya tahu aisyah rindukan saya, sebagaimana saya juga rindukan dia (dan daddy, of course hehehe).

hanya 2 hari di Sabah, tapi saya rasa cam lama sangat. tidur malam tak lena sebab asyik teringat Aisyah. Asal siang jer, saya terus kol daddy tanya kot-kot aisyah meragam ke tak malam-malam. Alhamdulillah, daddy kata, aisyah tidur agak lena berselimutkan baju mommy. hiks!

Minggu depan, kami sekeluarga akan bercuti panjang sehingga penghujung tahun. Rasanya, tahun ini adalah tahun yang penat, penuh cabaran yang menduga hati dan perasaan, bersama cerita duka yang mengguris sanubari. Apapun, saya memgambil semuanya sebagai iktibar dan menganggap ia adalah dugaan hidup yang pasti ada 1001 satu hikmah yang hanya Allah yang Maha mengetahui. Semoga keluarga saya sentiasa dalam limpah rahmat dan perlindungan Allah s.w.t.

Walaupun masih di awal Disember, saya tetap mahu mengucapkan....

Selamat tinggal 2011 selamat datang 2012!



-Mommy Aisyah-

Sunday, October 30, 2011

Bulan itu!


Salam mommies!

Hahaha...tajuk entri kali ini macam bunyi lagu dangdut. Speku sungguh...hihihi!

Bulan Oktober bakal berlalu hari ini. Saya rasa, bulan ini saya sangat sibuk. dengan bengkel penulisan berita(selesai 2 minggu lepas), dengan aktiviti planet radio (dah selesai 1 minggu lepas), dengan pertandingan memasak (walaupun jadi tukang potong dan tukang goreng jer hehehe), perlawangan bowling (sekadar mencukupkan ahli kihkihkih!), dan dengan paperwork yang masih separuh jalan (walaupun conference adalah pada minggu depan! ngeri~). Itu belum lagi dengan kesibukan latihan kayak..(erk...yang ini saya terpaksa tarik diri atas alasan yang tidak dapat dielakkan ~ asalan skema..waaaa~)


Semalam adalah hari terakhir perlawangan bowling piala dot.dot. Tamat saja perlawanan, saya terus balik. tak tunggu pun keputusan diumumkan (dah tau tak dapat jadi top 10 , sebab tu yang sampai hati balik awal...hiks!).

Sebenarnya, saya ada hati juga nak tunggu sampai perlawanan lelaki beregu dimulakan. Saja nak bagi sokongan pada pasukan sendiri. Tapi, saya tak boleh stay gamaknya. Ayah saya datang berziarah. Beliau mesti dah sampai dari kampung kot. pikir-pikir, hanya pembantu dan aisyah saja di rumah dan ayah mesti dah lapar sebab bertolak awal dari kampung (subuh-subuh sapi'ie lagi ayah dah bertolak ke rumah saya..jauh kan?). Saya memang dah suruh si Eda masak untuk ayah, tetapi mengenali ayah kesayangan saya tu, ayah mesti tak mahu makan tengahari kalau saya, atau daddy Aisyah belum balik rumah. Ayah mesti nak tunggu kami baru makan sama-sama.

Atas alasan itu, saya cepat-cepat mahu balik selepas game tamat. saya mahu jumpa ayah saya. Rindu ingin menatap wajah ayah, yelah sejak Raya lepas, saya tak sempat-sempat nak balik kampung. Ada waktu saya boleh, daddy pula tak boleh, ada waktu daddy dapat balik, saya pula ada hal...hhmm...macam-macam kan?

Sampai di pintu pagar, tengok rumah macam masih sunyi, kasut ayah pun belum nampak bayang. mulalah saya bermonolog - ***eh, ayah belum sampai ke? selalunya, time macam ni teksi memang dah ready nak buat second trip. mm...hari ni bertolak lambat kot...***-

Elok je saya buka pagar, Aisyah muncul dari sebalik tirai sliding door dan saya lihat pula kelibat ayah dibelakangnya. Hihi....bila dengan pula cerita dari Eda, Aisyah rupanya baru bangun tidur, dan bila terjaga, tengok paknek ada, terus mata terbuka luas dan asyik mengekor paknek sampai la masa saya balik tu. Aisyah..Aisyah...rindu kat paknek dia la tu...

Seronok betul Aisyah dapat main ngan paknek dia. Tak boleh hilang di mata paknek dia. mesti panggil dan cari. Paknek pegi laman belakang rumah pun dia jerit dan nak ikut sama. saya je yang tak kasi Aisyah keluar rumah sebab petang semalam cuaca sangat panas dan berbahang yang amat! Yang paling best bila tengok Aisyah ajak paknek main puzzle. word-by-word si Aisyah ajar paknek sebut perkataan dalam bahasa Inggeris berdasarkan puzzle yang berjaya di susun! haha! kelllllas anak mommy!

Saya sangat enjoy melihat kedua-atuk-dan-cucu-perempuan-itu bermain. Aisyah pula? hehhe...sudah tentulah teruja!

Teringat saya masa zaman saya kecik-kecik dulu. Saya tak sempat dan tak pernah berpeluang bermain dengan insan bernama atuk. Atuk saya meninggal masa saya belum lahir lagi. Saya selalu terbayang keseronokan ada datuk dan nenek sebab bila tengok kawan-kawan bermanja dengan nenek, saya cemburu (emo pun ada hihih!).

Pagi tadi, sebelum saya pergi ke pejabat, ayah saya tak terbongkok-bongkok 'mengerjakan' tanah di laman kami yang hanya beberapa depa itu. Begitulah ayah saya, tak pernah duduk diam dan tak pernah kenal jemu berbudi dengan tanah.

Semasa bersalam dan mencium tangan ayah sebelum masuk ke dalam kereta untuk ke pejabat, saya sempat melihat wajahnya. saya rasa ayah saya sangat gembira. saya harap, RASA saya itu tepat, saya sangat berharap ayah happy sebab dapat bermain dengan cucu kesayangan. - mungkin juga happy sebab masih berkemampuan melayan karenah anak saya. Saya juga sangat berharap, ayah saya happy sebab dapat berjumpa dengan anak-anaknya (saya dan abang merantau ke kuching). Tapi, apa yang lebih tepat yang ingin saya coretkan ialah, saya sangat berharap, SAYA MENGGEMBIRAKAN AYAH SAYA.

Sepanjang perjalangan ke pejabat yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit, saya sempat berfikir betapa dalam kehidupan ini, saya rasa lengkap kerana suami saya ada di sisi, saya rasa tenang kerana dapat melihat wajah ayah dan ibu serta mencium tangan mereka, saya rasa bahagia kerana Aisyah memanggil saya mommy, saya gembira kerana dapat panggilan dari adik-beradik saya...

Satu kesimpulan yang saya mampu buat pada masa singkat itu, saya bersyukur kerana walaupun saya tidak mempunyai harta melimpah ruah, tetapi Allah mengurniakan saya keluarga yang bahagia. Syukur, Ya Allah.


Ya Allah yang Maha Pengampun, ampuni dosa suamiku, ibu dan ayah ku.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan suamiku walau apa jua cabarannya.

Ya Rahman, Kurniakanlah kepada kedua ibu dan bapaku kesejahteraan sebagaimana mereka menjagaku dari sejak kecil.

Ya Allah yang Maha Pengasih dan Mengasihani, panjangkanlah usia suami, ayah dan ibu hamba Mu ini. Kurniakan kepada mereka kesihatan yang baik, usia yang berkat, hidup yang bahagia, hati yang tenang, jiwa yang lapang, limpahkan kepada kedua ibu dan ayahku limpah rahmatMu Ya Allah,

Ya Allah yang Maha Memelihara, limpahkan suami, ibu dan ayahku dengan cahaya kesenangan, sinari wajah keduanya dengan Nur kegembiraan, jauhkan mereka dari sedih dan dukacita. HambaMu ini bermohon Ya Allah, perkenankan doa-doa suami, ibu dan ayahku agar hamba sentiasa dapat melihat senyuman di bibir mereka. Amin, amin, Ya Rabbal Alamin.

Alamak, masa rehat dah tamat. Saya sambung sembang lain kali...(huuhu..baru nak emo tadi kihkihkih!).

Baiklah...saya perlu sambung semula kerja saya. jumpa lagi ya.

salam sayang - Mommy AQ

Thursday, October 27, 2011

Singgah Sat!

Salam,

Bulan Oktober hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Bulan ni, makin tak banyak entri baru dalam blog ini. huhuhu!

Saya sangat sibuk bulan ini, tak putus-putus urusan silih berganti. Ada masanya, saya sangat ingin menulis, tetapi sungguh! saya tidak ada kesempatan untuk duduk di hadapan laptop dan mencoret sesuatu.

Nantilah...

Ada masa nanti, saya tulis panjang-panjang ya. Sekarang saya mahu ke bowling centre untuk latihan sebelum perlawanan sabtu depan. Mari Gegarkan! Hiyarhkkk! hihiihihi...

saya kena stop dulu...

salam sayang - Mommy AQ

Monday, October 3, 2011

Happy Anniversary!

BismillahirRahmanirRahim,

Hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga. Aisyah pula telah menjangkau usia 2 tahun, 2 bulan dan 4 hari. Syukur ya Allah dan kurnia dan limpah RahmatMu.

Bengkak Payudara...apa nak buat ya?

saya mengalami kesakitan payudara membengkak sejak malam tadi. Baru sekejap tadi jumpa dengan Dr. Khatty dan beliau sajes saya cuba dulu tuam b****t dengan air suam, urut perlahan-lahan dari atas ke bawah. beliau tak mahu bagi antibiotik dulu sebab nanti tak boleh pula nak bresfeed Aisyah. Kalau dalam masa tiga hari masih tak ada perubahan, kena datang lagi untuk pemeriksaan....huhuhu..harap2lah tak ada apa-apa...

huhuhu...adakalanya, b****t rasa ngilu dan berdenyut-denyut. tak la kerap tapi terganggu juga emosi dibuatnya. Ish..saya dah start fikir macam-macam hal tapi kena pujuk diri sendiri supaya jangan stress dan emosi huhuhu!

Hari ni, saya kurang selera untuk makan dan kelancaran menjalankan urusan pejabat juga terganggu. Dah try urut-urut sikit kat ofis ni sambil-sambil buat kerja, tengahari tadi pun, sempat balik rumah macam biasa dan susukan Aisyah tapi b****t masih juga bengkak dan rasa nyilu itu tetap terasa. Apa nak buat ya?

Akibat rasa terganggu dan bimbang itu, saya godek-godek internet dan mencari info yang berkaitan. Info dari sini agak membantu meredakan kerisauan saya.

Saya kongsikan tips-tips yang saya petik dari babycenter.com untuk panduan dan rujukan mommies jika ada yang pernah mengalami masalah seperti saya:

*******************************************************************************************

• Pakai bra menyusu yang menyokongkan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ianya padan dengan sesuai dan tidak terlalu ketat.

• Menyusu dengan kerap, setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda dari tidur. Pastikan bayi anda diberi kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan - cuma pastikan sebelah yang pertama telah disalirkan dengan sempurna sebelum memberikan sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir disusukan.

• Ianya mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada buah dada anda apabila areola - kawasan kulit gelap disekeliling puting - adalah sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu itu sehingga areola itu menjadi lembut. Ia mungkin lebih senang untuk memerah susu selepas letakkan tuala panas pada dada atau selepas mandi; air suam mandian itu mungkin akan menyebabkan lelehan yang cukup untuk lembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

• Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Pengeluaran berlebihan susu hanya akan berlaku jika seorang ibu mengepam melebihi keperluan bayinya apabila dia sudah menyusu dengan baik.

• Semasa bayi sedang menyusu, sesetengah ibu mendapati ia membantu untuk mengurut buah dada yang sedang dihisap. Ini menggalakkan aliran susu dan akan tolong melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan.

• Sesetengah wanita dapati meletakkan daun hijau sayur kubis segar pada payudara mereka boleh membantu - walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan dari buah dada dengan efisien.

• Jika anda betul-betul kesakitan, ambil ubat penahan kesakitan seperti parasetamol.

• Pandang ke masa hadapan: Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang berkembang.


Berapa lamakah ia akan berlarutan?

Mujurnya, payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi.

Jika anda telah memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati buah dada anda akan menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanya ubat penahan sakit dan memakai bra sokongan yang baik. Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.

Bolehkan saya teruskan penyusuan badan?

Anda boleh serta patut. Jika boleh, menyusukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan dengan kerap bermula dari saat itu. Perhatikan bayi anda untuk tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah. Jika dia menangis, bermakna dia sudah membangkitkan seleranya.

Sebaik sahaja bengkak sudah reda, buah dada anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu.

Adakah ia akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak - kecuali anda mungkin mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

****************************************************************************************

balik rumah petang ni, nak tuam mengikut saranan lah...Ya Allah, hamba Mohon limpah rahmat dan perlindungan dariMu..permudahkan segala urusan hambaMu. Amin Ya Rabb...- mommy Aisyah

Tuesday, September 27, 2011

Ayah dan Ibu....

sekejap tadi, saya mencari bahan visual untuk tujuan pengajaran. while going through the list, saya terpujuk jari untuk menekan satu klip yang sangat menyentuh naluri sebagai seorang anak.

penontonan klip itu membawa saya bermain dengan perasaan sendiri...


sedikit sinopsis....

klip berkenaan adalah tentang sepasang suami isteri yang mengherdik dan memaki hamun ibunya di khalayak ramai. tingkah laku sepasang suami isteri itu sangat menyakitkan hati.dahlah badan gemuk (maaf ya, saya sangat emo ketika menulis entri ini sampai bahasa pun jadi caca-marba), tak berbudi bahasa pula tu...hish!sungguh tergamak memperlakukan si ibu, mengherdik, siap dengan tuding-tuding jari lagi, dah la depan khalayak ramai (insiden berlaku di tempat letak kereta)...

saya perhatikan, sang ibu pula hanya diam membatu. Hanya jemarinya sahaja yang bersilih ganti menggenggam sesuatu..agaknya beg duit kot...entah apalah yang bermain dalam fikiran si ibu itu...mungkin juga fikirannya kosong, mungkin juga beliau sedang tersentak, yelah, ibu manalah yang pernah terlintas dalam fikirannya, anak yang dikandung selama 9 bulan dan 10 hari itu akan memperlakukan dirinya seperti orang tidak berguna di khalayak ramai.

Atau, mungkin juga fikirannya melayang terkenang saat-saat sewaktu si anak yang sekarang ini bulat macam guni beras, adalah suatu waktu dahulu merupakan seorang kanak-kanak yang sangat cengeng, yang asyik minta didukung, yang makan bersuap, yang kuat menangis, yang manja membuta-tuli, tapi bila dah besar tak kenang budi mak sendiri! Haih! Hangin aku!

last2, mereka (yang tak kenang budi mak bapak ni) tinggalkan ibu mereka terkontang-kanting di tempat letak kereta itu seorang diri. tinggallah makcik tu mundar-mandir tak tahu arah mana untuk di tuju. saya tak pasti apakah isu yang terjadi, tetapi hati saya sangat luluh apabila di akhir klip tersebut, si ibu mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurungnya. Saya juga turut mengesat air mata saya tatkala itu...

Astaghfirullah....saya beristighfar dalam hati...

terbayang segala kesalahan dan kekasaran yang pernah saya lakukan terhadap mak ngan bapak sendiri...hinanya diri saya bila tonton klip tadi...

tak nak!!!!!!!!

saya tak mahu jadi seperti perempuan %%@# yang dalam klip itu!!!!

tak nak!

Ya Allah..ampunkan dosa-dosa hambaMu ini Ya Rabb.

mak, bapak..ampuni dosa anakmu ini.

saya tidak mahu jadi anak derhaka..

tapi...

saya rasa saya dah banyak buat salah pada mak ngan bapak saya...

Sebagai manusia biasa, mampukah saya lari melakukan kesilapan?

mungkin dapat, kan?

tapi..( ahh!! tapi lagi..)

saya rasa saya masih belum mampu...acapkali jugak rasa saya, percakapan saya mencalar hati mak ngan bapak saya....

saya selalu fikir, saya dah lakukan yang terbaik untuk mak dan bapak, tapi saya masih belum yakin semua yang saya lakukan itu mampu menggembirakan hati mereka.

saya selalu rasa (rasa lagi...huhuhu), saya telah berusaha sehabis daya untuk menjaga hati mereka, tetapi saya masih belum konfiden bahawa semua yang saya lakukan, apa yang saya ucapkan, tidak mencalarkan perasaaan dan jiwa mereka!

Ya Allah...betapa diri ini kerdil dan penuh dengan dosa...


Astaghfirullahal'azim...

Untuk mak dan bapak , maafkan saya atas segala tutur kata yang mengguris hati, lemahnya iman saya sebagai anak hingga lalai dalam memilih ayat dan kata-kata yang lebih halus dan sejuk telinga mendengar, sedangkan masa kecik dulu, mak ngan bapaklah yang dodoikan tidur saya dengan dendangan lagu yang mendamaikan.

maafkan saya atas segala kelakuan yang mencalar perasaan mak ngan bapak, sedangkan waktu kecil dulu, bila-bila saja saya takut, mak ngan bapak lah yang mendakap saya sehingga saya rasa selamat dan tenteram...

ampunkan saya mak, bapak, betapa saya alpa dalam menjaga hati mak ngan bapak sehingga saya lupa bahawa kerana doa, restu dan didikan mak ngan bapaklah, saya menjadi insan berjaya hari ini.



ampunkan anak mak ngan anak bapak ni, bila-bila saya hangin tak bertempat (tak pasal-pasal moody, apalah..kan?)..sepatutnya saya perlu lebih peka dengan perasaan mak ngan bapak, orang tua-tua kan lebih sensitif..kan?

Mak ngan bapak tak pernah masam muka ngan saya, sebaliknya saya yang selalu merajuk, entah apa yang dirajuk pun tak tahu...maafkan saya mak, bapak...

ketika menyiapkan entri ini, saya sangat emo, dan saya tidak segan-silu lagi menangis di hadapan komputer, terisak-isak saya menangis, sedu-sedan saya dibuatnya...

dan saya insaf...

Saya terus menelefon mak saya...tiba-tiba pula saya rasa ingin memeluk mak, ingin mencium tangan bapak, dan ingin ucapkan pada mereka, saya sayang mak ngan bapak...saya rindu kalian....dan saya sangat menyayangi anda berdua....sob..sob..sob....

sekian, dari saya yang emo - Mommy AQ


Wednesday, September 21, 2011

Happy Birthday, Daddy!

Wah!

Lama betul tak apdet apa-apa di blog ini. Kenapa ya? Macam banyak yang ingin diperkatakan tetapi bila berada di hadapan komputer, segala idea hilang entah ke mana (asyik-asyik alasan sama je huhuhu)..

hari ini adalah ulangtahun kelahiran suami saya. Saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada insan yang paling bermakna dalam hidup saya, insan yang tercinta, insan yang paling dikasihi, insan yang sangat memahami, insan yang sentiasa di hati...iaitu MR suami...semoga ulang tahun kali ini memberi makna yang lebih mendalam dan semoga cahaya kebahagiaan sentiasa menyinari hidup kita. Amin. Untuk suami yang tercinta, saya ingin tujukan coretan khas ini untuk beliau yang selama ini tidak pernah lelah untuk menyintai, menyayangi, mengasihi dan melindungi kami sekeluarga. Untuk sang suami, TERIMA KASIH, ABANG.

-terima kasih kerana memilih diri ini menjadi isterimu walau abang tahu kekurangan dan kelemahan mengatasi kelebihan serta kehebatan yang ada...
-terima kasih kerana menerima sayang seadanya walau acap kali hatimu dilukai...
-terima kasih kerana bersabar atas segala layanan yang kurang...
-terima kasih kerana sentiasa mengingatkan sayang supaya mendahulukan solat dari semua perkara
-terima kasih kerana tidak pernah merungut bila mana masakan kurang garam dan minuman yang terhidang tidak bergula...
-terima kasih atas bantuan mengeluarkan barang-barang dapur yang dibeli dari bonet kereta, sedangkan pada waktu yang sama, sayang hanya menghayun beg tangan, paling-paling pun jinjit plastik beg bawang... (tapi masuk je rumah terus kata penat huhuhu!)...
-terima kasih kerana cabut rumput dan bersihkan halaman walaupun abang masih penat, yelah baru balik dari pejabat tiap petang...
-terima kasih kerana sentiasa membuatkan hidup sayang ceria dengan senyuman abang walau sayang tahu jauh di lubuk hati abang, pasti ada gundah yang bersarang.
-terima kasih kerana ketabahan abang membuatkan sayang redha bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
terima kasih kerana menjadi perisai tatkala sayang gentar mengharung onak dan ranjau kehidupan
-terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang untuk jangan takut menegakkan kebenaran.
-terima kasih kerana meminjamkan lenganmu untuk menjadi bantal di kala lena...
-terima kasih kerana abang sentiasa memujuk, tiap kali sayang merajuk...
-terima kasih kerana belikan majalah Pa&Ma tiap bulan dan menghulurkannya dengan senyuman...
-terima kasih kerana abang sentiasa ada waktu untuk proof-read semua artikel sayang walaupun abang kena bangun tengah malam untuk siapkan kerja abang sendiri.
-terima kasih kerana bersengkang mata menjaga sayang tatkala demam dan selesema.
-terima kasih kerana mendodoi Aisyah bila sayang tiada bersama, waima ke bilik air untuk menyampaikan hajat hehehe...
-terima kasih kerana memasak nasi goreng yang sedap, sampai sekarang sayang masih tak boleh, dan tak pandai masak nasi goreng sesedap yang abang masak..hihi..
-and above all, terima kasih kerana sentiasa ada

Suami saya adalah orang yang paling tabah bagi saya. Tidak ada orang lain yang boleh bertahan dengan perangai saya yang kuat merajuk selain suami saya. Tiada yang lain selain suami saya yang boleh melenturkan sifat panas baran saya kecuali beliau. Saya adalah api, beliaulah air yang memadamkan semua kepanasan. Tutur kata yang lembut dan teguran yang berhikmah adalah penawar sikap saya yang mudah melenting.

suami saya sangat ringan tulang membantu saya melakukan kerja-kerja rumah, walaupun tidak diminta. Tolong cuci pinggan mangkuk, basuh dapur, basuh baju, tolong sidai, vacuum, mop rumah bagai....(tapi awal-awal beliau surrender tak mahu lipat baju sebab katanya, saya ada piawaian tahap pro bab-bab lipatbaju dan kemas wardrobe hahaha!)

Kadang-kadang saya jadi malu sendiri, kerana suami tak pernah cerewet tentang makanan. Beliau makan apa saja yang terhidang, tanpa apa-apa komen pun. Pernah saya hanya hidangkan beliau telur goreng dan kicap kerana tak sempat masak gara-gara sibuk berpindah rumah baru, beliau tetap makanan penuh berselera.

Semasa saya berkursus di luar daerah selama 9 hari, suami 'menjawat' 2 jawatan serentak di rumah. Dialah mommy, dialah daddy. Saya sangat arif tentang sifat manja Aisyah dan sangat faham kesukaran suami melayan Aisyah yang tidak pernah berenggang dengan saya walau seharipun sebelum ini. Tapi tiap kali saya sms atau telefon, jawapan suami saya adalah..."semuanya OK dan baik-baik saja"...

Memang tidak ada manusia yang sempurna, tetapi bagi saya, suami adalah lelaki TERHEBAT yang melengkapkan kekurangan saya. Adanya suami di sisi, membuatkan sangat merasa sangat berkeyakinan, sangat cantik dan sangat berharga! Aduhai suami, sangat bertuahnya diri ini kerana dianugerahkan suami sepertimu. Thank you, O Allah.

Last but not least, saya menyintai, mengasihi, menyayangi dan memerlukan suami saya selamanya, dunia dan akhirat. Semoga cinta kita, kasih sayang kita, dan ikatan antara kita sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan berkatnya. AMIN YA RABB - mommy Aisyah

Monday, August 15, 2011

Bila mommy jadi tukang kebun...



Salam Hari Selasa!

Kali ini saya nak cerita tentang aktiviti berkebun pulak...

Wah!

hebat jer bunyi berkebun...

Kehkehkeh!

Saya bukan berkebun sampai 3-4 ekar tanah pun, cuma tanam sikit2 kat belakang rumah yang tanahnyer tak sampai se*%$#^* kera tu (tak sanggup nak tulis perumpamaan tu dengan ayat lengkap di bulan mulia ni...hihih).

macam biasa, Aisyah jadi pembantu setia saya. Apa saya buat, mesti si kecik ni nak menyelit sama. Bila saya tak benarkan dia pegang baja ayam, mulalah nyanyian soprano menusuk gegendang telinga...

Last-last, saya kasi dia pakai sarung tangan saya masa study dulu. Daripada disimpan je, baikla saya kasi di tenet ni pakai kan? (sarung tangan bajet lawa kunun nye la...)


ada yang berani nak pakai glove macam ni jugak untuk jenjalan? ngehngehngeh...


tu dia....beriya je dia kan? Ada bakat jadi petani moden tak?


Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke 16 Ramadhan. pejam-celik sekejap je Ramadhan dah nak abes...terasa sangat cepat masa berlalu kan. Ramadhan kali ini, saya jarang ke bazaar. Saya lebih gemar memasak sendiri juadah berbuka. Saya tak masak beria, cukup ala kadar sahaja. Di usia yang semakin meningkat ni (walla..terasa diri saya tua bebenor bila tulis ayat nie) saya selalu mengingatkan diri agar selalu bersederhana dalam segala hal duniawi. Payah sebenarnya nak berubah...kadang-kadang tu saya tersasar juga sebab nafsu nak beli itu-ini memang menggugat sanubari...huhuhu.

Eh!

Lari topikk kan saya!

Kahkahkah!

Mengarut betul kan?

Baiklah...betul la saya ni terlalu banyak yang nak ditulis sampai caca marba jadinya.

Aktiviti berkebun bukanlah aktiviti hakiki kami anak-beranak. Saya pula, suka sangat berkebun, tetapi yang sedihnya pokok yang saya tanam lebih banyak yang malu-malu kucing untuk hidup segar berbanding yang tumbuh merimbun...sedih kan?

Well, itu bukan alasan. nak seribu daya...tak nak, macam-macam la alasan betul tak? Heheh..saya tidak beralasan ye sedara-sedari...saja jer...

Petang ni, balik opis ingat nak cabut rumput liar celah-celah pearlgrass sekejap sebelum masak..tengok rumput liar tu dah macam lebih lebat dari pearlgrass hohoho..sempat tak aarr? - Mommy AQ


Sunday, August 14, 2011

Laporan Bulanan Saya!


Salam,

Tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya untuk entri kali ini...

Ish...

tadi macam banyak nak tulis, tapi bila dah di depan komputer ni, nak habiskan satu ayat pun bunyinyer macam payah...haih!

entri ini seperti biasa, hanyalah sekadar coretan peribadi tentang aktiviti kami anak beranak..

Bulan lepas (see...lama betul saya tak hapdet blog saya kan?), rakan2 ketika sama2 menuntut di Brisbane dahulu datang berziarah ke kuching.

keluarga Nia turun dari Bangi, sementara keluarga huda pula menyerang dari Johor.

sangat seronok! raya macam kenduri pula rumah saya hahaha...

selepas 3 tahun balik dari Ausie...inilah perubahannya...ibu-ibu di apit oleh anak-anak dara...wahahahaha!


Dah lama tak jumpa mereka. Sejak balik dari Brisbane tahun 2008, last saya jumpa nia ialah semasa Aisyah baru berumur 4 bulan. Nia masa tu baru je kawen. saya tak dapat pergi ke majlis perkahwinannya sebab tarikh betul2 sama ngan hari daddy balik dari Mekah. kami berjumpa selepas majlis tu je...si huda pula, memang saya tak jumpa langsung dari tarikh saya balik ke malaysia sehinggalah hari huda datang ke kuching hari tu.

Aisyah pula berganda seronok nyer bila dapat kawan (untuk di bulikah? atau dipicit2 kah? oh nooooo). Takbanyak aktiviti yang dapat dijalankan memandangkan babynya yang baru berusia 9 bulan baru sembuh dari demam dan batuk teruk. Kami hanya membawa mereka bersiar2 sekitar kuching sahaja. Takpe, lain kali bila baby dah besar kita round pula satu sarawak ya geng?


Malam ketika di KIA (Kuching International Airport) menghantar keluarga nia berangkat ke KL, singgah di KFC untuk makan malam. Aisyah bertemu rakan baru. Seperti biasalah, Aisyah yang sangat mesra alam main sampai tak mahu balik..payah payah!

Pandai betul layan si Aisyah yang memang peramah tu hihihi!

Sebenarnya, adik si Luqman (gegel yang pakai baju merah tu) takmo main dengan aisyah. Muka pun monyok dan tak mo senyum tengok aisyah main ngan abang dia. Tapi si abang ni pandai pujuk, last2 adik dia nak main sama2 ngan dorang...pandai la dia tackle adik dia...agaknye kan, bila besar nanti, mesti dia pandai tackle dan ambik hati perempuan..eh!


Hari minggu, kami sekeluarga mengambil peluang untuk bersiar2 di taman rimba Stutong. saja jalan2 kesiankan si Aisyah yang asyik terperap di rumah semenjak beberapa menjak ni (abaikan ayat saya yang tunggang langgang ye). Kemain seronok lagi Aisyah dapat lari-larian dan ketawa sakan dia bila saya main kejar2 (opsss2 kena sound ngan daddy sebab saya belum boleh lari2 sangat hohoho)..
mantain cute tiap kali perasan mommy tengah snappy dia..anak dara den...

Agaknya time ni Aisyah pelik tengok mommy dok snappy sana sini sinun sampai tak berganjak dari tempat berdiri kan..hahahaha!

Oh ya!

saya menulis dari pejabat baru saya...boleh la tahan...apa-apa kekurangan, diamkan diri ajelah kan...mesti tahu jadi hamba Allah yang bersyukur...Wallahu'alam..

kalam saya berhenti di sini dahulu...

lain waktu saya coret-coret lagi..

Ramadhan Mubarak - Mommy AQ

Monday, August 1, 2011

Happy Birthday Aisyah!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan!

sepatutnya entri ini saya tulis pada hari kelahiran Aisyah, 29 JULAI lalu. tetapi saya tidak berkesempatan. apapun alasannya, saya mahu mengganggapkan bahawa hari ini adalah hari tersebut..aci tak? (ala..tak jauh beza mana pun..hanya 2 hari, kan? hihihih)

kerana apa?

kerana...

saya mahu, teruja, dan sangat ingin mengucapkan ini kepada Aisyah....


saya tak pandai bersajak, tapi mahu juga sampaikan luahan hati saya sempena hari kelahiran aisyah dalam nada yang puitis..maaf ye kalau tak menarik...ini ler namanya sajak siyok senirik...ekekekeke...


SELAMAT HARI LAHIR ANAK KESAYANGAN MOMMY!

hari ini,
aisyah telah melonjak ke usia 2 tahun
aisyah bukan lagi menangis minta dikendong,

tetapi aisyah merengek mahu minta didukung


hari ini,
aisyah tidak lagi merangkak..
sebaliknya berjalan, berlari
malah aisyah dah pandai menari
menyanyi mengikut rentak lagu elmo dan twinkle-twinkle little star,
tidak ketinggalan juga si barney


hari ini,

aisyah semakin petah dan lincah
kawan-kawan semakin bertambah
keinginan juga sukar dibantah

hari ini

aisyah semakin besar

banyak baju yang dah tak muat

almari pula yang makin sarat

membesarlah sayang dengan sempurna
sihatlah dan cerialah duhai anak...

jadilah insan yang taat perintah Allah
tanpa rasa ragu dan gentar dengan ancaman musuh agama


jadilah anak yang baik, dan patuh ibu bapa
jadilah kakak yang bijaksana, disayangi dan disegani kakak kepada adik-adik
jadilah contoh kepada mereka
agar sayangkan kedamaian dan sarat dengan kasih sayang


jangan gentar dilanda dugaan, Allah ada untuk aisyah mohon perlindungan

jangan takut berhadapan cabaran, Allah ada untuk aisyah mohon kekuatan
jangan gelisah ditimpa kesusahan, Allah ada untuk aisyah mohon kelapangan


jangan gundah jangan gulana
mommy sentiasa ada

selagi hayat mommy dikandungan badan

siang dan malam

tiap kali selepas solat

mommy menyembah syukur dan berdoa

syukur ke Hadrat Ilahi kerana dikurnia aisyah yang comel dan ceria

berdoa agar aisyah sentiasa sihat sejahtera
bijaksana,
cemerlang, berjaya dan dipanjangkan usia

serta bahagia di dunia dan lebih-lebih lagi diakhirat.

sekali lagi, selamat hari lahir sayang...

dan mommy sesungguhnya sangat yakin dan percaya, daddy juga berkongsi perasaan yang sama seperti mommy.
we love you so much!


saya masih bekerja keras mengemas pejabat baru. toleh kiri nampak kotak, toleh kanan nampak kotak, toleh belakang....

alamak...tingkap sangat transparent! tingkap kaca neh tak ber'tinted' lagi nampak gaya...tak boleh ler saya nak projek seksi meksi dalam opis...opsss!! apakah?

huhuhu opis saya sekarang ini sangatlah semak, bersepah, berhabuk dan kelam kelibut! tongkang pecah pun tak macam opis saya woh....hm...entah bila akan settle nampak gaya hohoho!

nak lap lagi...hmm posa-posa gini mengelap, menyapu dan mengemas bagai...memang dugaan....sabar je la...

aiyohhhh!! saya mahu mengemas lagi neh...cincau saya cau dulu ya...

salam ramadhan.. Mommy Aisyah





Sunday, July 3, 2011

rindu!

salam kursus!

kita tinggalkan kesedihan agar hidup berputik ceria...hehehe...

saya sedang berkursus sekarang. sebenarnya baru sahaja tadi sesi malam tamat, dan semua peserta telah naik ke bilik masing-masing (termasuk saya le hihih). saya belum mahu tidur kerana sedang menunggu pam yang disteril. semasa keluar bilik tadi saya terlupa untuk sterilkan sebelum masuk ke sesi kursus. aduhai...tapi tak mengapa, ada juga alasan untuk saya mengapdet blog di tengah malam nan sunyi dan sepi ini...kononnya...hehehehe

hari ini masuk hari ketiga. tinggal 6 hari malam. sangat lama saya rasa! tiap-tiap malam sebelum tidur saya peluk cium bantal masyem si aisyah qaireena. bau masyam itu sungguh membuatkan kerinduan saya pada si cilik itu membuak-buak dan tidak dapat dibendung!

ahhh!!!

rindunya!

lapar pula rasanya....

saya berhenti dahulu sebab chipsmore sedang menggoda dan melambai mesra.

selamat malam dan salam sayang - mommy aisyah

Friday, June 24, 2011

hambaMu yang kerdil


BismillahirRahmanirRahim

ketika entri ini di tulis, sticker kehamilan masih lagi comel menghiasi blog ini. Terasa sangat sayu dan segala kenangan itu berlumba-lumba menerpa minda.

tak semena-mena saya membuka akaun facebook dan membaca semula nota yang saya titipkan di situ...nota yang saya tulis untuk menjelaskan keadaan dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas segala pengertian dan sokongan saudara, sahabat dan rakan taulan...

******************************************

Salam All,

Some of you may have already heard that we have had the amniocentesis test done to check on the health of our baby after finding out that there is some missing parts of her brain and the doctor was unable to see all four chambers of the heart.

Unfortunately, the results did not turn out as we had hoped.

Our little girl has Trisomy 18 which is a defect that affects only 1 in 3,000 to 4,000 babies and there is no known cause. It's a chromosomal defect. If you wish to know in greater details, please look it up on the net. What it does mean is that she is unlikely to survive. We may be blessed enough to carry her full term, but it's likely than she would not survive more than a few days. 90% of babies with Trisomy 18 will not make it to their first birthday.

Please don't feel bad for us. Daddy and I feel incredibly privileged to have her in our lives even if only for a very short time. We love her dearly and would never regret a moment of this. While she's still here, bouncing about inside, we are determined to make her time inside of me and, hopefully, in this world, the best ever for her. This means we're not going to sit about and mope.

This also means that we need your help in cheering us up at times because there will be times when we get a little sad (although we'll try hard not to inflict this on any of you). Our first request is that you don't greet us with "Sorry to hear". We're not sorry and you shouldn't be either. Be happy for us that we were given the opportunity to experience this love, this joy.

We are ready to carry on. Yes, we're a little scared about a lot of things right now (e.g: will it happen again? Can we have a healthy child?, etc.) but we are optimistic. Allah will help us through this. And, we have each other and you, our dear friends and family. We are truly blessed.

Please keep our little girl in your prayers. Please keep us in your prayers too. Thank you for your kind support.

Love,

Mommy & Daddy Aisyah

****************************************************************

Ahhh!

Emosi itu datang lagi!

Astaghfirullah...

KEHILANGAN

satu perkataan yang sehingga kini masih berlegar menjadi satu perasaan dalam kotak minda dan sejujurnya, saya masih dibelenggu segala macam rasa, yang mana pastinya membuatkan jiwa dan naluri saya sayu dan hiba.

Lama saya termenung, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis sesuatu di sini ...

Sebenarnya selepas mengetahui keputusan ujian, doktor mencadangkan agar saya melahirkan bayi kami lebih awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya, kerana bayi semakin lemah dan kemungkinan meninggal sebelum dilahirkan. sungguhpun bakal dilahirkan awal dari sepatutnya, doktor menasihatkan saya dan daddy bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana peluang si kecil amat tipis. Jauh di lubuk hati saya, saya masih berbelah bahagi terhadap cadangan tersebut. Hati ibu mana yang sanggup bila mendengar peluang bayi untuk melihat dunia masih tetap tipis walaupun si kecil dilahirkan awal seperti yang dicadangkan. Justeru, saya berdoa pada Allah untuk yang terbaik buat si kecil tersayang.

ALLAH Maha Mengetahui, saya melahirkan si kecil lebih awal dari yang dicadangkan oleh doktor.

1 mei 2011, kontraksi mula dirasakan menjelang Maghrib walaupun sebelum itu Braxton hicks melanda sekitar jam 2 petang. saya mengira-ngira dalam hati, sangat awal...sebulan awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya 2 jun nanti. malah awal seminggu dari cadangan doktor minggu lepas. saya teringat perbincangan bersama doktor 3 hari sebelum ini bahawa bayi semakin lemah kerana kondisi jantungnya tidak dapat mengepam darah dengan sempurna...dan saya mula gementar..paras adrenalin serta-merta meningkat ...cepat-cepat saya beristighfar menenangkan hati. saya mengambil keputusan untuk berkemas ke hospital. hanya berkemas apa yang patut sahaja. daddy keluar sebentar membeli keperluan bersalin sementara saya berkemas di rumah. tak sampai 15 minit, daddy dah balik. tak dapat saya bayangkan bagaimana daddy memandu, pergi kedai, pilih barang, bayar dan balik...Ya Allah lindungilah keselamatan suamiku dan anak-anakku...amin...

sebenarnya saya sangat risaukan aisyah yang kami tinggalkan di rumah, apa jadi padanya kalau saya terpaksa bermalam di hospital kerana aisyah masih nursing malam walaupun susu saya telah kering? mesti aisyah menangis mencari saya untuk dodoikan tidurnya kerana beliau tak pernah berpisah malam dengan saya...tetapi saya juga risaukan kehamilan saya. maka, selepas isyak, kami bergegas ke hospital kerana kontraksi makin kerap. daddy menggenggam erat tangan saya... kami sama-sama membaca istighfar, solawat dan doa sehinggalah kereta berhenti di hadapan hospital. sesampai di hospital, bukaan telah 10 cm tetapi saya diminta untuk bertahan sehingga doktor sampai. Khabar awal yang di sampaikan oleh nurses membuatkan jantung berhenti berdegup. mereka gagal mengesan denyutan jantung bayi..dan kami sebenarnya telah bersedia untuk situasi itu. perbincangan bersama doktor mingggu-minggu kebelakangan ini memberikan pengertian kepada kami bahawa kompilasi yang dihadapi oleh bayi memberikannya peluang yang tipis untuk melihat dunia.. Subhanallah...minda saya terawang, kesakitan ingin bersalin hilang, seperti mana jiwa saya melayang. tidak lama selepas itu, doktor sampai dan melakukan beberapa prosedur biasa. penerangan doktor berselang seli dengan kata-kata semangat darinya dan daddy bercampur dalam minda saya. segalanya tiba-tiba kosong bagi saya...lantas dalam kesedihan dan kepiluan yang mula bersarang di dada, saya pejam mata dan lahirkan si dia...

Wajahnya mulus, comel dan saling tak tumpah seperti kakaknya Aisyah Qaireena. walaupun sangat kecil dan hanya seberat 1.3 kg, namun bentuk tubuh dan jari jemarinya seperti kakaknya...saya tersenyum..bahagia dalam kekosongan, bersyukur dalam kesedihan...Saya peluk, cium dan belai si kecil walaupun telah tidak bernyawa. Airmata saya tidak menitis..saya tidak mahu menangis...saya mahu menatap bayi saya sepuasnya. saya mahu membelai dan mengusap setiap lekuk tubuhnya sebelum masa jasadnya dipisahkan dari saya itu tiba...

dan bayi kami namakan Aisyah Quzayra.

namun, ternyata saya tidak setabah yang saya harapkan...sepanjang perjalanan pulang ke rumah, air mata saya tumpah juga. menatap Aisyah Quzayra dalam dakapan mengundang kepiluan yang amat hebat. tiada kata-kata yang terucap...hanya istigfar dan doa...Astaghfirullah...saya menangis lagi...

YA Allah, ampuni dosa hambaMu ini yang banyak berbuat dosa dan selalu lalai dalam mengigatiMu...berikan kami kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujianMu..sesungguhnya kami lemah dan tidak berdaya. hamba Mu ini mohon hidayah dan rahmatMu lindungilah kami dari kesesatan dan jauhi kami dari sifat riak dan takbur...limpahkanlah rahmatMu ya Allah, ke atas anakku Aisyah Quzayra yang telah kembali menemuiMu. temukan kami di Masyar dengan membawa berita gembira. amin...

malam itu, saya dan daddy tidur bersama aisyah quzayra sementara kakaknya aisyah qaireena tidur dalam buaian. itulah kali pertama aisyah qaireena tidur malam tanpa menyusu badan.
Allah maha besar, aisyah qaireena tidak menangis dan merengek mahukan saya, seolah-olah memahami situasi dan kesedihan mommy dan daddynya. anakku aisyah qaireena, benarkan mommy memeluk adikmu untuk malam ini ya, sebelum kita berpisah jasad dengan adikmu di dunia ini. apapun, hati dan ikatan kita tetap kekal bersamanya di akhirat nanti...wallahu'alam....

keesokkannya, bila aisyah qaireena bangun tidur, saya dan daddy bawakan dia untuk mendekati adiknya...luluh hati saya bila saja dia menyebut perkataan 'adik'...kami letakkannya di sebelah aisyah quzayra dan menikmati masa-masa bersama adiknya untuk seketika...Ya Allah..berikanlah kami kekuatan hati dan perasaan...

sekitar jam 3.30 petang, aisyah quzayra selamat disemadikan...

habis sahaja saya menulis kali ini,saya padamkan sticker kehamilan Aisyah Quzayra untuk selamanya...sungguhpun demikian, kasih sayang, cinta, perasaan, ingatan dan kenangan tetap selamanya milik Aisyah Quzayra, sama seperti kakaknya aisyah qaireena kerana merekalah permata hati saya dan penghibur duka lara. wajah mulusnya tetap segar di ingatan dan selamanya kekal diminda. semoga Allah merahmati roh anak kami Aisyah Quzayra tercinta...amin... - mommy aisyah qaireena & aisyah quzayra.

Tuesday, April 26, 2011

Ya Allah, limpahkan RahmatMU...

Salam,

Nota ini saya tulis untuk anak-anak saya...saya post kan di sini sekadar ingin berkongsi perasaan.

Doakan semoga saya dan daddy tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.

***************************************************************************************

Salam sayang anak mommy yang comel, solehah,baik, menawan, berjaya dan bahagia;

Hujan di luar sana menggambarkan jiwa dan hati mommy waktu ini. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan mommy saat mommy menaip tika ini. Untuk waktu ini, mommy hanya mampu coretkan catatan yang ringkas cuma. Mommy yakin, mommy dan daddy orang yang tabah, yang terpilih dan Allah uji kerana Allah sayangkan mommy dan daddy, begitu juga dengan Aisyah dan adik yang sedang berada dalam rahim mommy sekarang. Kita doa ya, semoga adik pulih dan sihat, serta lahir cergas dan sempurna. mommy sayang Aisyah, sebagaimana juga mommy menyayangi Adik dan daddy. Semoga mommy dan daddy tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.

Dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 286:


Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Makanya, dugaaan hidup, hanya DIA yang Maha mengetahui rahsia dan hikmah disebaliknya...

mampukah mommy, sayang?

mampukah mommy menahan emosi ini?

tabahkah mommy?

owh, mommy mahu menangis!

menangislah...

menangislah dan merataplah di depan Allah...

Mommy tidak mampu meneruskan penulisan ini buat masa ini, bimbang emosi semakin menguasai...

Maaf sayang, mommy berhenti setakat ini dahulu...

salam penuh perasaan yang bercampur baur - Mommy

***Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan, dan tabahkanlah hati hambaMU ini...AMIN YA RABB. ***Mommy