Tuesday, September 27, 2011

Ayah dan Ibu....

sekejap tadi, saya mencari bahan visual untuk tujuan pengajaran. while going through the list, saya terpujuk jari untuk menekan satu klip yang sangat menyentuh naluri sebagai seorang anak.

penontonan klip itu membawa saya bermain dengan perasaan sendiri...


sedikit sinopsis....

klip berkenaan adalah tentang sepasang suami isteri yang mengherdik dan memaki hamun ibunya di khalayak ramai. tingkah laku sepasang suami isteri itu sangat menyakitkan hati.dahlah badan gemuk (maaf ya, saya sangat emo ketika menulis entri ini sampai bahasa pun jadi caca-marba), tak berbudi bahasa pula tu...hish!sungguh tergamak memperlakukan si ibu, mengherdik, siap dengan tuding-tuding jari lagi, dah la depan khalayak ramai (insiden berlaku di tempat letak kereta)...

saya perhatikan, sang ibu pula hanya diam membatu. Hanya jemarinya sahaja yang bersilih ganti menggenggam sesuatu..agaknya beg duit kot...entah apalah yang bermain dalam fikiran si ibu itu...mungkin juga fikirannya kosong, mungkin juga beliau sedang tersentak, yelah, ibu manalah yang pernah terlintas dalam fikirannya, anak yang dikandung selama 9 bulan dan 10 hari itu akan memperlakukan dirinya seperti orang tidak berguna di khalayak ramai.

Atau, mungkin juga fikirannya melayang terkenang saat-saat sewaktu si anak yang sekarang ini bulat macam guni beras, adalah suatu waktu dahulu merupakan seorang kanak-kanak yang sangat cengeng, yang asyik minta didukung, yang makan bersuap, yang kuat menangis, yang manja membuta-tuli, tapi bila dah besar tak kenang budi mak sendiri! Haih! Hangin aku!

last2, mereka (yang tak kenang budi mak bapak ni) tinggalkan ibu mereka terkontang-kanting di tempat letak kereta itu seorang diri. tinggallah makcik tu mundar-mandir tak tahu arah mana untuk di tuju. saya tak pasti apakah isu yang terjadi, tetapi hati saya sangat luluh apabila di akhir klip tersebut, si ibu mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurungnya. Saya juga turut mengesat air mata saya tatkala itu...

Astaghfirullah....saya beristighfar dalam hati...

terbayang segala kesalahan dan kekasaran yang pernah saya lakukan terhadap mak ngan bapak sendiri...hinanya diri saya bila tonton klip tadi...

tak nak!!!!!!!!

saya tak mahu jadi seperti perempuan %%@# yang dalam klip itu!!!!

tak nak!

Ya Allah..ampunkan dosa-dosa hambaMu ini Ya Rabb.

mak, bapak..ampuni dosa anakmu ini.

saya tidak mahu jadi anak derhaka..

tapi...

saya rasa saya dah banyak buat salah pada mak ngan bapak saya...

Sebagai manusia biasa, mampukah saya lari melakukan kesilapan?

mungkin dapat, kan?

tapi..( ahh!! tapi lagi..)

saya rasa saya masih belum mampu...acapkali jugak rasa saya, percakapan saya mencalar hati mak ngan bapak saya....

saya selalu fikir, saya dah lakukan yang terbaik untuk mak dan bapak, tapi saya masih belum yakin semua yang saya lakukan itu mampu menggembirakan hati mereka.

saya selalu rasa (rasa lagi...huhuhu), saya telah berusaha sehabis daya untuk menjaga hati mereka, tetapi saya masih belum konfiden bahawa semua yang saya lakukan, apa yang saya ucapkan, tidak mencalarkan perasaaan dan jiwa mereka!

Ya Allah...betapa diri ini kerdil dan penuh dengan dosa...


Astaghfirullahal'azim...

Untuk mak dan bapak , maafkan saya atas segala tutur kata yang mengguris hati, lemahnya iman saya sebagai anak hingga lalai dalam memilih ayat dan kata-kata yang lebih halus dan sejuk telinga mendengar, sedangkan masa kecik dulu, mak ngan bapaklah yang dodoikan tidur saya dengan dendangan lagu yang mendamaikan.

maafkan saya atas segala kelakuan yang mencalar perasaan mak ngan bapak, sedangkan waktu kecil dulu, bila-bila saja saya takut, mak ngan bapak lah yang mendakap saya sehingga saya rasa selamat dan tenteram...

ampunkan saya mak, bapak, betapa saya alpa dalam menjaga hati mak ngan bapak sehingga saya lupa bahawa kerana doa, restu dan didikan mak ngan bapaklah, saya menjadi insan berjaya hari ini.



ampunkan anak mak ngan anak bapak ni, bila-bila saya hangin tak bertempat (tak pasal-pasal moody, apalah..kan?)..sepatutnya saya perlu lebih peka dengan perasaan mak ngan bapak, orang tua-tua kan lebih sensitif..kan?

Mak ngan bapak tak pernah masam muka ngan saya, sebaliknya saya yang selalu merajuk, entah apa yang dirajuk pun tak tahu...maafkan saya mak, bapak...

ketika menyiapkan entri ini, saya sangat emo, dan saya tidak segan-silu lagi menangis di hadapan komputer, terisak-isak saya menangis, sedu-sedan saya dibuatnya...

dan saya insaf...

Saya terus menelefon mak saya...tiba-tiba pula saya rasa ingin memeluk mak, ingin mencium tangan bapak, dan ingin ucapkan pada mereka, saya sayang mak ngan bapak...saya rindu kalian....dan saya sangat menyayangi anda berdua....sob..sob..sob....

sekian, dari saya yang emo - Mommy AQ


Wednesday, September 21, 2011

Happy Birthday, Daddy!

Wah!

Lama betul tak apdet apa-apa di blog ini. Kenapa ya? Macam banyak yang ingin diperkatakan tetapi bila berada di hadapan komputer, segala idea hilang entah ke mana (asyik-asyik alasan sama je huhuhu)..

hari ini adalah ulangtahun kelahiran suami saya. Saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada insan yang paling bermakna dalam hidup saya, insan yang tercinta, insan yang paling dikasihi, insan yang sangat memahami, insan yang sentiasa di hati...iaitu MR suami...semoga ulang tahun kali ini memberi makna yang lebih mendalam dan semoga cahaya kebahagiaan sentiasa menyinari hidup kita. Amin. Untuk suami yang tercinta, saya ingin tujukan coretan khas ini untuk beliau yang selama ini tidak pernah lelah untuk menyintai, menyayangi, mengasihi dan melindungi kami sekeluarga. Untuk sang suami, TERIMA KASIH, ABANG.

-terima kasih kerana memilih diri ini menjadi isterimu walau abang tahu kekurangan dan kelemahan mengatasi kelebihan serta kehebatan yang ada...
-terima kasih kerana menerima sayang seadanya walau acap kali hatimu dilukai...
-terima kasih kerana bersabar atas segala layanan yang kurang...
-terima kasih kerana sentiasa mengingatkan sayang supaya mendahulukan solat dari semua perkara
-terima kasih kerana tidak pernah merungut bila mana masakan kurang garam dan minuman yang terhidang tidak bergula...
-terima kasih atas bantuan mengeluarkan barang-barang dapur yang dibeli dari bonet kereta, sedangkan pada waktu yang sama, sayang hanya menghayun beg tangan, paling-paling pun jinjit plastik beg bawang... (tapi masuk je rumah terus kata penat huhuhu!)...
-terima kasih kerana cabut rumput dan bersihkan halaman walaupun abang masih penat, yelah baru balik dari pejabat tiap petang...
-terima kasih kerana sentiasa membuatkan hidup sayang ceria dengan senyuman abang walau sayang tahu jauh di lubuk hati abang, pasti ada gundah yang bersarang.
-terima kasih kerana ketabahan abang membuatkan sayang redha bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
terima kasih kerana menjadi perisai tatkala sayang gentar mengharung onak dan ranjau kehidupan
-terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang untuk jangan takut menegakkan kebenaran.
-terima kasih kerana meminjamkan lenganmu untuk menjadi bantal di kala lena...
-terima kasih kerana abang sentiasa memujuk, tiap kali sayang merajuk...
-terima kasih kerana belikan majalah Pa&Ma tiap bulan dan menghulurkannya dengan senyuman...
-terima kasih kerana abang sentiasa ada waktu untuk proof-read semua artikel sayang walaupun abang kena bangun tengah malam untuk siapkan kerja abang sendiri.
-terima kasih kerana bersengkang mata menjaga sayang tatkala demam dan selesema.
-terima kasih kerana mendodoi Aisyah bila sayang tiada bersama, waima ke bilik air untuk menyampaikan hajat hehehe...
-terima kasih kerana memasak nasi goreng yang sedap, sampai sekarang sayang masih tak boleh, dan tak pandai masak nasi goreng sesedap yang abang masak..hihi..
-and above all, terima kasih kerana sentiasa ada

Suami saya adalah orang yang paling tabah bagi saya. Tidak ada orang lain yang boleh bertahan dengan perangai saya yang kuat merajuk selain suami saya. Tiada yang lain selain suami saya yang boleh melenturkan sifat panas baran saya kecuali beliau. Saya adalah api, beliaulah air yang memadamkan semua kepanasan. Tutur kata yang lembut dan teguran yang berhikmah adalah penawar sikap saya yang mudah melenting.

suami saya sangat ringan tulang membantu saya melakukan kerja-kerja rumah, walaupun tidak diminta. Tolong cuci pinggan mangkuk, basuh dapur, basuh baju, tolong sidai, vacuum, mop rumah bagai....(tapi awal-awal beliau surrender tak mahu lipat baju sebab katanya, saya ada piawaian tahap pro bab-bab lipatbaju dan kemas wardrobe hahaha!)

Kadang-kadang saya jadi malu sendiri, kerana suami tak pernah cerewet tentang makanan. Beliau makan apa saja yang terhidang, tanpa apa-apa komen pun. Pernah saya hanya hidangkan beliau telur goreng dan kicap kerana tak sempat masak gara-gara sibuk berpindah rumah baru, beliau tetap makanan penuh berselera.

Semasa saya berkursus di luar daerah selama 9 hari, suami 'menjawat' 2 jawatan serentak di rumah. Dialah mommy, dialah daddy. Saya sangat arif tentang sifat manja Aisyah dan sangat faham kesukaran suami melayan Aisyah yang tidak pernah berenggang dengan saya walau seharipun sebelum ini. Tapi tiap kali saya sms atau telefon, jawapan suami saya adalah..."semuanya OK dan baik-baik saja"...

Memang tidak ada manusia yang sempurna, tetapi bagi saya, suami adalah lelaki TERHEBAT yang melengkapkan kekurangan saya. Adanya suami di sisi, membuatkan sangat merasa sangat berkeyakinan, sangat cantik dan sangat berharga! Aduhai suami, sangat bertuahnya diri ini kerana dianugerahkan suami sepertimu. Thank you, O Allah.

Last but not least, saya menyintai, mengasihi, menyayangi dan memerlukan suami saya selamanya, dunia dan akhirat. Semoga cinta kita, kasih sayang kita, dan ikatan antara kita sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan berkatnya. AMIN YA RABB - mommy Aisyah