Sunday, October 30, 2011

Bulan itu!


Salam mommies!

Hahaha...tajuk entri kali ini macam bunyi lagu dangdut. Speku sungguh...hihihi!

Bulan Oktober bakal berlalu hari ini. Saya rasa, bulan ini saya sangat sibuk. dengan bengkel penulisan berita(selesai 2 minggu lepas), dengan aktiviti planet radio (dah selesai 1 minggu lepas), dengan pertandingan memasak (walaupun jadi tukang potong dan tukang goreng jer hehehe), perlawangan bowling (sekadar mencukupkan ahli kihkihkih!), dan dengan paperwork yang masih separuh jalan (walaupun conference adalah pada minggu depan! ngeri~). Itu belum lagi dengan kesibukan latihan kayak..(erk...yang ini saya terpaksa tarik diri atas alasan yang tidak dapat dielakkan ~ asalan skema..waaaa~)


Semalam adalah hari terakhir perlawangan bowling piala dot.dot. Tamat saja perlawanan, saya terus balik. tak tunggu pun keputusan diumumkan (dah tau tak dapat jadi top 10 , sebab tu yang sampai hati balik awal...hiks!).

Sebenarnya, saya ada hati juga nak tunggu sampai perlawanan lelaki beregu dimulakan. Saja nak bagi sokongan pada pasukan sendiri. Tapi, saya tak boleh stay gamaknya. Ayah saya datang berziarah. Beliau mesti dah sampai dari kampung kot. pikir-pikir, hanya pembantu dan aisyah saja di rumah dan ayah mesti dah lapar sebab bertolak awal dari kampung (subuh-subuh sapi'ie lagi ayah dah bertolak ke rumah saya..jauh kan?). Saya memang dah suruh si Eda masak untuk ayah, tetapi mengenali ayah kesayangan saya tu, ayah mesti tak mahu makan tengahari kalau saya, atau daddy Aisyah belum balik rumah. Ayah mesti nak tunggu kami baru makan sama-sama.

Atas alasan itu, saya cepat-cepat mahu balik selepas game tamat. saya mahu jumpa ayah saya. Rindu ingin menatap wajah ayah, yelah sejak Raya lepas, saya tak sempat-sempat nak balik kampung. Ada waktu saya boleh, daddy pula tak boleh, ada waktu daddy dapat balik, saya pula ada hal...hhmm...macam-macam kan?

Sampai di pintu pagar, tengok rumah macam masih sunyi, kasut ayah pun belum nampak bayang. mulalah saya bermonolog - ***eh, ayah belum sampai ke? selalunya, time macam ni teksi memang dah ready nak buat second trip. mm...hari ni bertolak lambat kot...***-

Elok je saya buka pagar, Aisyah muncul dari sebalik tirai sliding door dan saya lihat pula kelibat ayah dibelakangnya. Hihi....bila dengan pula cerita dari Eda, Aisyah rupanya baru bangun tidur, dan bila terjaga, tengok paknek ada, terus mata terbuka luas dan asyik mengekor paknek sampai la masa saya balik tu. Aisyah..Aisyah...rindu kat paknek dia la tu...

Seronok betul Aisyah dapat main ngan paknek dia. Tak boleh hilang di mata paknek dia. mesti panggil dan cari. Paknek pegi laman belakang rumah pun dia jerit dan nak ikut sama. saya je yang tak kasi Aisyah keluar rumah sebab petang semalam cuaca sangat panas dan berbahang yang amat! Yang paling best bila tengok Aisyah ajak paknek main puzzle. word-by-word si Aisyah ajar paknek sebut perkataan dalam bahasa Inggeris berdasarkan puzzle yang berjaya di susun! haha! kelllllas anak mommy!

Saya sangat enjoy melihat kedua-atuk-dan-cucu-perempuan-itu bermain. Aisyah pula? hehhe...sudah tentulah teruja!

Teringat saya masa zaman saya kecik-kecik dulu. Saya tak sempat dan tak pernah berpeluang bermain dengan insan bernama atuk. Atuk saya meninggal masa saya belum lahir lagi. Saya selalu terbayang keseronokan ada datuk dan nenek sebab bila tengok kawan-kawan bermanja dengan nenek, saya cemburu (emo pun ada hihih!).

Pagi tadi, sebelum saya pergi ke pejabat, ayah saya tak terbongkok-bongkok 'mengerjakan' tanah di laman kami yang hanya beberapa depa itu. Begitulah ayah saya, tak pernah duduk diam dan tak pernah kenal jemu berbudi dengan tanah.

Semasa bersalam dan mencium tangan ayah sebelum masuk ke dalam kereta untuk ke pejabat, saya sempat melihat wajahnya. saya rasa ayah saya sangat gembira. saya harap, RASA saya itu tepat, saya sangat berharap ayah happy sebab dapat bermain dengan cucu kesayangan. - mungkin juga happy sebab masih berkemampuan melayan karenah anak saya. Saya juga sangat berharap, ayah saya happy sebab dapat berjumpa dengan anak-anaknya (saya dan abang merantau ke kuching). Tapi, apa yang lebih tepat yang ingin saya coretkan ialah, saya sangat berharap, SAYA MENGGEMBIRAKAN AYAH SAYA.

Sepanjang perjalangan ke pejabat yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit, saya sempat berfikir betapa dalam kehidupan ini, saya rasa lengkap kerana suami saya ada di sisi, saya rasa tenang kerana dapat melihat wajah ayah dan ibu serta mencium tangan mereka, saya rasa bahagia kerana Aisyah memanggil saya mommy, saya gembira kerana dapat panggilan dari adik-beradik saya...

Satu kesimpulan yang saya mampu buat pada masa singkat itu, saya bersyukur kerana walaupun saya tidak mempunyai harta melimpah ruah, tetapi Allah mengurniakan saya keluarga yang bahagia. Syukur, Ya Allah.


Ya Allah yang Maha Pengampun, ampuni dosa suamiku, ibu dan ayah ku.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan suamiku walau apa jua cabarannya.

Ya Rahman, Kurniakanlah kepada kedua ibu dan bapaku kesejahteraan sebagaimana mereka menjagaku dari sejak kecil.

Ya Allah yang Maha Pengasih dan Mengasihani, panjangkanlah usia suami, ayah dan ibu hamba Mu ini. Kurniakan kepada mereka kesihatan yang baik, usia yang berkat, hidup yang bahagia, hati yang tenang, jiwa yang lapang, limpahkan kepada kedua ibu dan ayahku limpah rahmatMu Ya Allah,

Ya Allah yang Maha Memelihara, limpahkan suami, ibu dan ayahku dengan cahaya kesenangan, sinari wajah keduanya dengan Nur kegembiraan, jauhkan mereka dari sedih dan dukacita. HambaMu ini bermohon Ya Allah, perkenankan doa-doa suami, ibu dan ayahku agar hamba sentiasa dapat melihat senyuman di bibir mereka. Amin, amin, Ya Rabbal Alamin.

Alamak, masa rehat dah tamat. Saya sambung sembang lain kali...(huuhu..baru nak emo tadi kihkihkih!).

Baiklah...saya perlu sambung semula kerja saya. jumpa lagi ya.

salam sayang - Mommy AQ

Thursday, October 27, 2011

Singgah Sat!

Salam,

Bulan Oktober hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Bulan ni, makin tak banyak entri baru dalam blog ini. huhuhu!

Saya sangat sibuk bulan ini, tak putus-putus urusan silih berganti. Ada masanya, saya sangat ingin menulis, tetapi sungguh! saya tidak ada kesempatan untuk duduk di hadapan laptop dan mencoret sesuatu.

Nantilah...

Ada masa nanti, saya tulis panjang-panjang ya. Sekarang saya mahu ke bowling centre untuk latihan sebelum perlawanan sabtu depan. Mari Gegarkan! Hiyarhkkk! hihiihihi...

saya kena stop dulu...

salam sayang - Mommy AQ

Monday, October 3, 2011

Happy Anniversary!

BismillahirRahmanirRahim,

Hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga. Aisyah pula telah menjangkau usia 2 tahun, 2 bulan dan 4 hari. Syukur ya Allah dan kurnia dan limpah RahmatMu.

Bengkak Payudara...apa nak buat ya?

saya mengalami kesakitan payudara membengkak sejak malam tadi. Baru sekejap tadi jumpa dengan Dr. Khatty dan beliau sajes saya cuba dulu tuam b****t dengan air suam, urut perlahan-lahan dari atas ke bawah. beliau tak mahu bagi antibiotik dulu sebab nanti tak boleh pula nak bresfeed Aisyah. Kalau dalam masa tiga hari masih tak ada perubahan, kena datang lagi untuk pemeriksaan....huhuhu..harap2lah tak ada apa-apa...

huhuhu...adakalanya, b****t rasa ngilu dan berdenyut-denyut. tak la kerap tapi terganggu juga emosi dibuatnya. Ish..saya dah start fikir macam-macam hal tapi kena pujuk diri sendiri supaya jangan stress dan emosi huhuhu!

Hari ni, saya kurang selera untuk makan dan kelancaran menjalankan urusan pejabat juga terganggu. Dah try urut-urut sikit kat ofis ni sambil-sambil buat kerja, tengahari tadi pun, sempat balik rumah macam biasa dan susukan Aisyah tapi b****t masih juga bengkak dan rasa nyilu itu tetap terasa. Apa nak buat ya?

Akibat rasa terganggu dan bimbang itu, saya godek-godek internet dan mencari info yang berkaitan. Info dari sini agak membantu meredakan kerisauan saya.

Saya kongsikan tips-tips yang saya petik dari babycenter.com untuk panduan dan rujukan mommies jika ada yang pernah mengalami masalah seperti saya:

*******************************************************************************************

• Pakai bra menyusu yang menyokongkan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ianya padan dengan sesuai dan tidak terlalu ketat.

• Menyusu dengan kerap, setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda dari tidur. Pastikan bayi anda diberi kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan - cuma pastikan sebelah yang pertama telah disalirkan dengan sempurna sebelum memberikan sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir disusukan.

• Ianya mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada buah dada anda apabila areola - kawasan kulit gelap disekeliling puting - adalah sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu itu sehingga areola itu menjadi lembut. Ia mungkin lebih senang untuk memerah susu selepas letakkan tuala panas pada dada atau selepas mandi; air suam mandian itu mungkin akan menyebabkan lelehan yang cukup untuk lembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

• Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Pengeluaran berlebihan susu hanya akan berlaku jika seorang ibu mengepam melebihi keperluan bayinya apabila dia sudah menyusu dengan baik.

• Semasa bayi sedang menyusu, sesetengah ibu mendapati ia membantu untuk mengurut buah dada yang sedang dihisap. Ini menggalakkan aliran susu dan akan tolong melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan.

• Sesetengah wanita dapati meletakkan daun hijau sayur kubis segar pada payudara mereka boleh membantu - walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan dari buah dada dengan efisien.

• Jika anda betul-betul kesakitan, ambil ubat penahan kesakitan seperti parasetamol.

• Pandang ke masa hadapan: Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang berkembang.


Berapa lamakah ia akan berlarutan?

Mujurnya, payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi.

Jika anda telah memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati buah dada anda akan menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanya ubat penahan sakit dan memakai bra sokongan yang baik. Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.

Bolehkan saya teruskan penyusuan badan?

Anda boleh serta patut. Jika boleh, menyusukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan dengan kerap bermula dari saat itu. Perhatikan bayi anda untuk tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah. Jika dia menangis, bermakna dia sudah membangkitkan seleranya.

Sebaik sahaja bengkak sudah reda, buah dada anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu.

Adakah ia akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak - kecuali anda mungkin mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

****************************************************************************************

balik rumah petang ni, nak tuam mengikut saranan lah...Ya Allah, hamba Mohon limpah rahmat dan perlindungan dariMu..permudahkan segala urusan hambaMu. Amin Ya Rabb...- mommy Aisyah