Monday, January 31, 2011

Cloth Diaper...

Salam bahagia!

Hari ini hujan sangat lebat - waima sampai ke pagi ini pun, hujan kekal turun dan belum ada tanda-tanda mahu berhenti...

hihihi!

Apa kaitan hujan dengan tajuk entri kali ini ya?

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tentang penggunaan lampin kain moden (Cloth Diaper - CD). Mungkin ramai kalangan ibu-ibu muda masa kini yang semakin terdedah dengan penggunaan CD ini. Tapi mungkin juga yang masih ragu-ragu tentang penggunaannya, tambahan pula harga bagi sekeping CD bukan calang-calang juga harganya.

Saya sendiri sebelum mengambil keputusan menjadi pengguna tegar CD, turut beranggapan bahawa menggunakanan CD adalah sesuatu yang 'menyusahkan' (maaf kerana bahasa agak kasar). Betullah, sebagai wanita berkerjaya (wah...bunyi yang sangat ekslusif tapi sebenarnya saya kerja biasa-biasa saja..hohoho), saya ulangi, sebagai wanita berkerjaya, penggunaan CD adalah seperti keputusan mahu menyusukan anak secara ekslusif. Ia memerlukan komitmen yang bukan sedikit - nak membasuh, nak menguruskan CD, ia sangat remeh berbanding penggunaan lampin pakai buang, lepas pakai, tak perlu susah-susah sental..buang je dalam tong sampah.

Habis cerita!

Saya tidak marah jika ada kalangan rakan dan teman yang tidak setuju dengan penggunaan CD atas asalan di atas. Saya respek mereka. Masing-masing ada pandangan masing-masing kan? Sekurang-kurangnya mereka jujur, betul?

Keputusan saya untuk menggunakan CD adalah atas faktor; yang pertama kesihatan dan yang kedua' kewangan. Jujur saya katakan, saya menggunakan CD sebagai alternatif menggunakan DD (disposable diaper) yang super mahal (bagi saya ye, kerana poket saya tidak tebal..huhu). A Q hanya boleh memakai jenama m*m* pok@i. Purata penggunaan harian adalah bersamaan dengan 6 keping DD. Pengiraannya begini:

6 keping X RM0.80 = RM4.80 sehari
RM4.80 X 30 hari = RM144
RM144.00 X 12 bulan = RM1728

Kini AQ berusia 18 bulan. Bermakna penggunaan DD (jika saya kekal sebagai pengguna tegar) adalah = RM1728 + 864 = 2592

Berapa pula kos bagi CD yang saya telah beli? Ok kita lihat:

Lunatots = RM207 = 5 keping
Coolababy = RM130 = 5 keping
Sunny Baby = RM 150 = 5 keping
Babytots Bamboo = RM70 = 2 keping
Babyland = RM125 = 5 keping
JUMLAH 22 keping = RM682

Jadi, saya telah JIMAT [RM2592 - RM682] = RM1910.00 kini!

Berbaloi-baloi, kan?

Oh! Tetapi jumlah RM682 pula bukanlah angka yang sedikit, kan?

Saya SANGAT bersetuju!

Tetapi, cara saya, saya membeli dan mengumpul CD secara berdikit-dikit.

Buat permulaan, saya selang-selikan penggunaan CD dan DD sehinggalah stok CD saya mampu dikitar semula untuk penggunaan dan cucian. Iyalah, kering juga poket makcik kalau beli CD 10 keping sekali harung kan? Melainkan kalau encek hasben adalah salah seorang pemegang status '10 lelaki ternama dan terkaya di Malaysia' - Oh! saya sungguh tidak sanggup! Ia akan menyebabkan encek hasben menjadi buruan artis-artis yang seksi dan seksa, serta menjadi mangsa spekulasi dan paparazzi. Akhirnya, saya yang makan hati...eii...ngeriii~~eh merapu lagi..motif?

Baiklah..balik ke pangkal jalan, eh! balik ke pangkal penceritaan...

Ya, mengendalikan CD pada mulanya agak kekok dan sedikit sukar bagi saya. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa! Setelah 3 bulan menggunakan CD dan sehingga kini (umur AQ kini sudah menginjak ke 18 bulan dan saya mula menjadi pengguna tegar semenjak AQ berusia dalam lingkungan 3 bulan - exact date makcik dah lupa kak long..dah tua dah ni ingatan makin tak kuat...haih..), membasuh bukanlah sesukar dan sesusah yang saya bayang dan fikirkan. Kini, membasuh CD merupakan satu kegiatan harian yang menyeronokkan.

Kenapa saya katakan ia seronok?

Bukankah seronok kerana ia adalah cara kita menyampaikan kasih-sayang kepada anak!

Heheh!

Merepek ke apa saya ni..ada ke membasuh CD bersamaan dengan kita berkasih-sayang dengan anak.

OK...

Begini...

Bukankah membasuh pakaian anak-anak bermakna kita sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah?

Dan memastikan keperluan anak agar sentiasa sihat dan selamat juga kan satu amanah?

CD adalah pakaian anak kita...setuju?

Maknanya, membasuh/membilas CD adalah satu amanah!

Cik fahamkah?

Ah, tak faham tak mengapa..ini blog saya...

Hahahaha!

Saya merapu lagi...abaikan!



AQ ketika berumur 9 bulan sedang 'mengemas' stalker CD beliau.


Hai..bam-bam sungguh AQ masa ni...geramm!


Hm...hujan di luar pula masih belum mahu berhenti...

Semenjak musim hujan seawal pertengahan Disember dan berlarutan hingga ke hari ini, saya membasuh CD setiap hari kerana jangka masa kekeringannya amat berbeza - disidai tanpa sinar cahaya matahari pula menyebabkan CD nampak kusam dan sedikit berbau. Untuk itu saya sidai di bawah kipas yang berpusing laju supaya aliran udara dapat berjalan dengan baik (sekurang-kurangnya juga dapat mengeringkan CD walau tidak secemerlang sang sinar matahari!)

Esok, Daddy akan berangkat ke Istanbul...

Saya dan AQ akan kesunyian dan kerinduan lagi...

Daddy, jaga diri baik-baik. Jaga juga keselamatan, kesihatan dan pemakanan. Semoga perjalananmu sentiasa dalam perlindungan dan Rahmat Allah. Dan semoga segala urusanmu dipermudahkan oleh-Nya. Amin Ya Rabb. Mommy dan AQ sentiasa mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatanmu...selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair dengan kejayaan dalam setiap perjuangan dan urusanmu. Keluarga ini sempurna dengan adanya dirimu sebagai ketua dan pemimpin. Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita..Amin Ya Rabbal Alamin...

Sekian dahulu...

Salam sayang - Mommy AQ

Thursday, January 27, 2011

Monolog...

Salam,

Entri ini sepatutnya saya tulis lebih awal. Namun tugasan pejabat dan tugasan hakiki yang lain menuntut saya untuk menunda niat untuk menulis. Ia saya kopi pes dari catatan dalam sebuah buku nota - catatan tentang emosi saya sepanjang berjaga malam kerana AQ demam dan tidak lena tidur...

************************************************************************************

18 Jan 2011 (Selasa)
Balik dari klinik jam 9 suku, saya terus bagi AQ makan bubur nasi dan sup - walaupun AQ hanya makan sedikit. Beliau lebih berminat untuk menikmati cucur cempedak berbanding bubur nasi...mak kata, air liur nya pahit...tu sebab tak mahu makan bubur - entahlah..no comment (*jawapan play safe ni* sedangkan saya sangat particular bab makanan AQ. Waktu ini, hilang segala peraturan-fikiran hanya tertumpu pada AQ. Ah...tak kisahlah asal AQ-mahu makan supaya boleh saya bagi AQ panadol).

Cabaran getir pula menambah episod kelam-kabut --AQ tak mahu makan ubat. Puas dipujuk, tetapi AQ tetap meraung dan menangis macam kena rasuk!

Alahai AQ...mommy separuh nyawa nak melayang bila dapat tahu AQ demam, tau! Jadi pleasela..makan ubat ye nak...

Last-last, beliau makan juga..tapi...tu dia....tak sampai 2 saat..

brrueekkkkkkkk!!!!!

AQ muntah!

Semua makanan serta segala ubat yang dia telan terkeluar balik...bau muntah jangan cakap...saya ni masih lagi alahan dan bau itu menyebabkan saya rasa nak muntah sama!

Terkumat-kamit mulut saya menahan rasa nak muntah...takkan nak muntah bila anak muntah kan? Haishh!

AQ muntah sampai 3 kali malam itu.

Saya rasa nak menangis!

Semalaman saya tidak tidur; tidur-tidur ayam tak sampai 5 minit terjaga kerana hati sangat rawan melihat kondisi AQ. Dalam hati saya tidak putus berdoa moga-moga AQ cepat sembuh.

Sepanjang ingatan saya, inilah kali pertama AQ demam teruk! Suhu sangat panas sedangkan seluruh badannya sejuk macam baru keluar dari peti sejuk beku! Lama saya perhatikan AQ...pipinya kemerahan akibat suhu badan yang panas melampau. Begitu juga bibirnya. Tidur AQ tidak lena dan kerap kali terkejut.

Sungguh!

Sepanjang malam saya rawan...

Akhirnya saya menangis juga..emosi kan saya!

Jam 1 pagi, saya berwuduk, kemudian bersolat dan berdoa...saya berdoa dan memohon Allah menyembuhkan AQ.

'Ya Allah, hambaMu yang kerdil ini memohon perlindungan dan merayu padaMu...sembuhkanlah demam anakku Aisyah Qaireena dan pulihkanlah kesihatannya seperti sediakala. Amin Ya Rabb...'

Tuala di dahi AQ tidak henti saya tukar-lap-tuam.

Jam 2.57, AQ poo lagi. Atas nasihat Doktor, saya memberikannya iIomil untuk menggantikan susu kerana khuatir laktosa akan menyebabkan AQ semakin teruk.

sememangnya, malam ini adalah malam yang sangat panjang...

jam 4, saya nekad memberikan panadol lagi kerana suhu AQ naik ke 39.7! Jam 4.30, tempat tidur kami berdua beralih ke ruang tamu..tak terdaya lagi turun naik untuk menukar ais dalam bekas air bagi menuam kepalanya.

Saya menguap. Tapi mata enggan lelap. Saya kekal setia memantau AQ sehingga subuh menjelma.

Jam 6, AQ masih tak dapat tidur..dan AQ juga tak mahu berenggang dengan saya...mahu saya susukannya (walaupun susu telah kering) dan akhirnya kami sama-sama terlelap pada jam 6.20...zzz...AQ tidak menangis dan terus tidur...dia penat agaknya...

Jam 7.20, saya periksa semula suhunya..Alhamdulillah..dah turun ke 36.6. saya berhenti menuam tuala sebaliknya saya letakkan cooling pad sahaja kerana saya mahu naik ke bilik, mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Saya ada kelas pagi ini! huhu...

Pasti, saya ke kelas dengan hati dan jiwa kering....owh.....

************************************************************************************

Catatan saya terhenti di situ pagi itu kerana saya kelam-kabut mahu ke pejabat setelah AQ tidur. Selesai saja kelas, saya bergegas balik ke rumah untuk melihat keadaan AQ.

Alhamdulillah...demamnya sudah kebah...walaupun masih kurang berselera untuk makan, tapi mak kata AQ masih mahu menyusu dan makan biskut. Tak apa, sekurang-kurangnya perut AQ tidak kosong.

Benarlah, susu ibu adalah yang terbaik!

Berkat penyusuan ekslusif selama 1 tahun 3 bulan, AQ cepat sembuh dari demam. Walaupun saya tidak berjaya menyempurnakan 2 tahun penyusuan, tapi saya tahu saya masih berjaya - 7 bulan bukan saya tidak mahu menyambung penyusuan melainkan saya tidak dapat meneruskannya kerana adik AQ telah membesar dalam rahim saya...dan saya inginkannya!


Untuk kelahiran yang ke-2 ini, saya mahu memulakan perjuangan dengan lebih persediaan mental dan fizikal. Ilmu harus dikumpul mulai sekarang kerana saya tidak mahu pengalaman yang lepas berulang kembali.

Aisyah Qaireena...mommy sangat menyayangi kamu dan kamu perlu tahu hakikat itu, sampai bila-bila...!

Maaflah, entri kali ini sangat peribadi dan emosi...jangan marah ya...

salam sayang- mommy AQ


Tuesday, January 18, 2011

Rawan di hati Mommy...

Sejak semalam, AQ cirit-birit tetapi beliau masih aktif. Tidak nampak pula tanda-tanda beliau lemah dan muntah...saya sangat concern kalau-kalau AQ diserang cirit-cirit berlanjutan...Kalau hari ini tiada perubahan, saya nekad mahu membawa AQ ke klinik saja.

Kesian anak mommy...Saya pesan pada mak jangan bagi AQ minum FM yang telah diminum sebelumnya. Kalau tak habis, buang saja dan buatkan yang baru kalau AQ mahu menyusu lagi.

Waa....!

Saya juga seolah mahu meraung sama!

Jika diturutkan hati, saya tidak mahu meninggalkan AQ di rumah. Saya mahu memohon EL dan menemaninya saja seharian...


Di pejabat, saya mencari info berkaitan simptom yang AQ alami.

Beberapa info yang saya perolehi, tiada ubat yang akan diberikan oleh doktor kepada bayi, berbeza dengan orang dewasa. Ini kerana, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut.

Apa yang lebih penting untuk mengatasinya adalah menghalang daripada berlakunya dehidrasi dalam badan AQ. Cadangan rawatan adalah dengan meminum air garam yang boleh diperolehi daripada klinik, dan sekiranya kanak-kanak tidak gemarkan rasa air garam tersebut, air suam perlu diberikan untuk mengelakkan dehidrasi berlaku.

Satu lagi info yang saya perolehi menyarankan agar mencairkan sedikit susu formula daripada kebiasaan kerana susu formula boleh memburukkan cirit-birit (EBM telah pun habis dan AQ kini bergantung sepenuhnya kepada FM). Ini menyebabkan penggantungan keperluan kepada air suam dan air garam semakin bertambah (ingat ya mommy - air garam minum sedikit tetapi kerap).

Kesiannya anak mommy...

Setelah AQ tidak lagi BF kini, saya lebih concern dengan pemakanan dan penyusuannya. Banyak perkara yang berubah dan saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Saya jadi rindu untuk Breastfeeding semula!

Cepat sembuh ye nak...Mommy risau...

Salam sayang - Mommy AQ

Friday, January 14, 2011

Saya teruja lagi!

Pagi tadi semasa bersiap-siap untuk ke pejabat, saya tersedar bahawa belly saya sudah visible!
Kain yang saya pakai juga tidak boleh dizip seperti sebelumnya...

Dan tatkala saya melabuhkan baju kurung saya, belly saya ketara bentuknya!

Ahah!

Saya sangat seronok!

Rasa tidak sabar pula untuk ke pemeriksaan bulanan minggu depan. Mahu juga tahu berapakah penambahan berat badan saya bulan ini. Kalau bulan lepas, saya turun 1.2 kg daripada berat sebelumnya (sebelum itu juga saya kehilangan berat badan..hohoho sangat susah hati!)....

Saya harap kali ini berat badan saya bertambah (maknanya penambahan si comel harap-harap semakin meningkat). Sangat risau jika berat tidak menunjukkan sebarang penambahan di saat kehamilah telah menginjak ke trimester ke dua ini!

Kenapa saya risaukan berat badan yang tidak bertambah?

Saya telah membuat analisa sendiri. Pada kehamilan kali ini saya:

1) tiada stok coklat berbar-bar di pejabat, mahupun di rumah;
2) tidak stok biskut gula (ayat di hujung sama seperti di atas);
3) tidak merayau-rayau mencari jagung di merata tempat (propa sungguh ayat ini)
4) tidak 'mengidam' mahukan tat telur (semasa mengandungkan AQ, saya kepingin mahukan tat telur hampir setiap hari , dahsyat...)
5) Stok buahan-buahan di dalam peti sejuk berminggu-minggu baru habis. Itupun AQ yang tolong habiskan...sigh...

apa lagi ya..hm..nanti saya fikirkan semula dan akan diupdate pada entri akan datang...

Kehamilan kali ini, saya hanya ada stok kurma dan soya sahaja. Belum lagi mempunyai stok yang sebagaimana yang ada dalam senarai (perlukah?)

Benarlah, setiap kehamilan akan memberikan pengalaman yang berbeza.

Begitulah yang saya rasai pada kehamilan kali ini. Sangat berbeza dengan pengalaman semasa saya mengandungkan AQ dulu.

Apapun, saya tahu saya perlu dan saya SEDANG lakukan yang terbaik untuk kehamilan kali ini, sebagaimana saya laksanakan semasa mengandungkan AQ - mommy bukan insan sempurna sayang, tetapi mommy mahu menjadi ibu yang sempurna untuk kalian, kerana anak-anak mommy adalah harta mommy yang tidak ternilai harganya.

Saya juga bertekad mahu lebih bersedia untuk perjuangan penyusuan kali ini. Pengalaman dan segala yang saya tempuh sepanjang menyusukan AQ menjadi pedoman dan pengajaran yang sangat berguna (bila saya ingat balik pengalaman pertama kali menyusukan AQ, hati saya bagai disiat-siat kerana perasaan terkilan itu sentiasa terpahat jauh dalam lubuk hati saya).

Ya Allah, hambaMu ini mohon bantuan dan pertolonganMu dalam perjuangan ini. Bantulah hamba untuk menjadi ibu yang memberi hak yang sewajarnya kepada amanahMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sehingga ketemu lagi.

Salam sayang - Mommy AQ




Thursday, January 13, 2011

Banjir!

PERINGATAN!
Entri ini bukan apa-apa.
Sekadar coretan kosong tanpa makna.


Salam semua!

Hujan-hujan begini, saya terbayang makan ubi kayu dengan kopi panas. Nikmat sungguh!

Hujan di luar masih bersisa. Pagi semalam, laluan (simpang) masuk ke kawasan kejiranan saya dimasuki air. Walaupun tidak seteruk mana (masih boleh lalu lagi) tetapi ia tetap membimbangkan saya.

Hai...

Bilalah projek rumah kedai yang dekat depan trafik light itu mahu disiapkan? Longkang tersumbat, parit tak berjaga, rumput-rampai dan segala sampah sarap di situ sangat menyemakkan mata memandang.

Sungguh tidak indah!

Saya mengeluh di sini, pihak pemaju bukan tahu pun.

Huh!

Menyusahkan diri sendiri sajork!

Sudahnya labu tenggelam seorang!

Merepek lagi!

Aiyo...

tadi saya sudah memberi peringatan kan?

sapa suruh baca?
senyap..

Setakat ini dahulu...


__________________________________________________________________________

terjumpa entry yang saya tak publish..lama dah rupanya....

 

Gambar 4D AQ ketika berusia 28 minggu dalam kandungan masih elok dan dijaga rapi. Begitu juga dengan fotoscan yang lain. Biarlah ia menjadi memori buat tatapan AQ menjelang masa remaja dan ketika beliau telah meningkat dewasa.

Ini gambar label babycot AQ sewaktu dilahirkan. Sedih pula bila terkoyak - AQ si bijak yang buat taw! geram ai..

Sepatutnya tag tangan ada dalam simpanan, entah ke mana perginya gara-gara berpindah rumah semua hilang tanpa dapat dikesan. Adalah tu tersorok-sorok dalam mana-mana kotak yang belum sempat dikeluarkan isinya sejak berpindah hari tu...huhuhu...bila la nak selesai mengemas....Alahai...

impian kelahiran kali ini:

saya mahu rooming in bersama baby saya. Hasrat telah diajukan kepada gynae dan beliau menjelaskan bahawa pihak hospital tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan permohonan saya.

saya juga mahu mendakap bayi sejurus ia dilahirkan, yakni sebelum dibersihkan oleh midwife sebagaimana semasa melahirkan AQ dahulu. Berjayakah? AMin....

saya mahu sediakan keperluan mengepam seawal mungkin. Tidaklah kelam-kabut dan penuh emosi dan celaru berbanding semasa/setelah AQ dilahirkan...(sungguh! saya amat pilu setiap kali memori ini muncul dalam minda saya. Sungguh saya jahil tentang penyusuan susu ibu pada waktu itu. Saya hanya teruja untuk memikirkan keperluan pakaian, dekorasi bilik, serta keperluan-keperluan lain berbanding penyusuan secara ekslusif kerana pengetahuan yang cetek dan kurang persediaan awal sebelum bersalin. Menyesal...mungkin tidak tetapi perasaan terkilan tetap menebal di sanubari saya sehingga ke saat ini).


Wednesday, January 12, 2011

Blog Kedua!

Salam semua,

Saya ciptakan (betulkah pemilihan perkataan ini? hoho!) blog kedua ini untuk berkongsi cerita bersama anda (atau sesiapa sahaja yang berkenan melawat...atau tergerak hati menziarah...atau secara tidak sengaja menjengah blog ini).

Blog ini diilhamkan dari Blog AQ yang sebelum ini saya buka untuk bacaan umum. Atas beberapa situasi, saya perlu menutup blog tersebut untuk tatapan umum namun saya tetap merasakan bahawa saya perlu menulis sesuatu untuk dikongsikan bersama rakan-rakan maya saya yang setia mengunjungi blog AQ sebelum ini.

Saya akan setia berkongsi dengan apa tips-tips, pengalaman, keluhan serta apa sahaja yang perlu dikongsi dalam dunia keibuan ini...

Saya akan tetap di sisi anda mendengar dan bercerita (mungkin juga lebih banyak membebel dan merapu selain memberi idea yang sewajarnya..apakah? Oh?)

Walau apapun...

Saya mengharapkan agar sokongan kalian akan terus berkekalan bersama MommyAQ, dan semoga kita sama-sama berusaha memperbaiki diri untuk menjadi ibu, emak, mama, mommy, umi serta apa saja perkataan yang membawa tanggungjawab, pengertian, pengorbanan, kesetiaan yang sama.

Kerana apa?

Ya..

Kerana kita adalah insan terpilih yang dianugerahkan amanah yang tidak ternilai....

Semoga kita sentiasa tabah dan bersemangat untuk melaksanakan yang terbaik untuk anak-anak kita..

Jumpa lagi!

Salam sayang- Mommy AQ