Wednesday, August 1, 2012

 Salam hari Rabu!

Semenjak bellly saya semakin ketara bentuknya, Aisyah dah semakin menjadi attention seeker sejak itu. Tak boleh tinggi sikit suara, confirm dia akan merajuk. Kerap kali juga Aisyah seolah-olah sengaja berlagak seperti 'budak nakal tak dengar cakap'...hohoho...saya rasa demi menarik perhatian la tu. Agaknya, dia rasa insecured tentang kasih sayang saya pada dia kot...agaknya lah....

Hmm...apalah yang si Aisyah rasa sebenarnya ye....

Pendekatan saya terhadap perangai Aisyah yang rasa agak lain ialah cuba untuk membuatkan dia tidak merasa terasing walaupun bakal mempunyai adik. Walaupun kadang-kadang geram juga dengan perangainya yang 'terlebih manja' (yelah..tengah-tengah memboyot ni, Aisyah pula buat perangai macam-macam maunyer tak geram sekali sekali...huhuhuhu), saya sedaya upaya tidak menunjukkan emosi marah padanya. Mula-mula tu memang payah juga nak kawal emosi (ibu mengandung, faham-faham jela kadang-kadang emosi di luar kawalan, kan....). Bila saya tak tahan geram, saya tinggalkan Aisyah sekejap dan pergi ke tempat lain. Bila perasaan dah reda sikit, baru saya pergi kat Aisyah dan pujuk dia. Bila saya buat begitu, Aisyah akan hulur tangan, then says "Sorry, Mommy"..lepas tu dia pasti akan peluk saya dengan erat-takmo-lepas-dan-cium-pipi-takmo-

Sayu tau tengok wajah Aisyah nangis (yela kan, budak nangis namanya...memangla muka sayu hehehe). Pernah sekali saya rakam video Aisyah menangis semasa saya tegur dia sebut perkataan yang tak elok. Sekali saja saya preview klip tu, lepas tu takmo tengok dah. sayu sangat tengok wajahnya menangis sedih kena marah.


Tahun ini, nampak gaya kami sekeluarga tidak berkesempatan beraya di kampung. Terasa sedih juga tak dapat meraikan sambutan lebaran bersama ahli keluarga dan adik-beradik yang lain di kampung halaman tercinta. Maklumlah, bila dah sarat susah juga nak melakukan perjalanan jauh...ditambah pula dengan keadaan jalan yang tak mengizinkan...

Mengikut perkiraan saya sendiri, masa raya nanti belum lagi nak bersalin kot, tapi risau juga kalau dah ambik cuti dan balik kampung lebih dari seminggu. Mahunya terbersalin di kampung, banyak juga perkara yang memerlukan plan B. huhuhu...jadi saya pun akhirnya setuju dengan cadangan sang suami untuk beraya di sini saja...(dalam hati penuh redha gamaknya...huhuhuhu)

Mula-mula ketika suami mencadangkan agar kami menyambut Aidilfitri di Kuching saja tahun ini, terasa sebak juga. Inilah kali pertama kami tak balik beraya di kampung. Lebaran adalah masa terbaik yang kami sekeluarga pernah ada untuk berkumpul adik-beradik. Juga terfikirkan bahawa Aisyah semestinya akan kesunyian tanpa sepupu-sepupunya, ditambah pula sayunya bila memikirkan kesunyian menyambut Aidilfitri di kawasan perumahan yang masih baru dan pasti kosong semasa Lebaran.

Namun itulah 'pengorbanan' demi kehadiran ahli baru yang sangat dinantikan sebagai pelengkap kebahagiaan kami. Doa kami adalah untuk yang terbaik untuk si cilik yang bakal lahir nanti.

penat pula rasanya menulis..saya berhenti di sini dulu ya...

salam sayang - Mommy Aisyah

Selamat Hari Lahir Sayang...!

Assalam, 

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MOMMY & DADDY - AISYAH QAIREENA! 

coretan ini sepatutnya saya tulis pada hari lahir Aisyah iaitu pada hari Ahad lepas - 29 Julai 2012. Tetapi masa itu kami semua bercuti di kampung. tapi tak mengapa, balik kampung bermakna Aisyah berpeluang untuk meraikan hari ulang tahun bersama sepupu-sepupu, kan? hehehehe..

Tahun ini, hari jadi Aisyah jatuh pada bulan puasa. saya dan suami tidak bercadang untuk mengadakan majlis dan menjemput ramai tetamu. Cukuplah sekadar diraikan bersama sepupu-sepupu rapat sahaja (yang tidak datang bukan bermakna mereka tidak rapat dengan Aisyah, tetapi jarak dan keadaan tidak mengizinkan).

Malangnya balik kampung kali ini saya terlupa membawa kamera bersama. Mahu merakam menggunakan kamera di telefon bimbit juga tidak berhasil sebab memori telah penuh. Aduhai, maaf ya, sayang mommy...tetapi tidak mengapa, mommy sempat merakam sedikit klip ketika nyanyian selamat hari jadi dialunkan menggunakan telefon bimbit daddy (walaupun visualnya tersekat-sekat dek kerana memori hampir penuh...huhuhuhuhu). 

ulang tahun kali ini, saya dan suami sebenarnya ada surprise untuk aisyah. Tapi malangnya, surprise kurang tidak menjadi kerana ia tidak disiapkan seperti tarikh yang dijanjikan. Tunggu bila ia telah siap, saya letakkan gambarnya di dalam blog ini ya. tunggu.....hehehhehehe..

Hm...saya agak emo menulis entri ini. Ia lebih kepada luahan hati saya kepada Aisyah, si cilik yang sentiasa di mata, di hati dan dirindu tiap saat dan waktu....

***********************************************************************************

Sungguh masa itu sangat cepat berlalu...

Aisyah kini sudah 3 tahun...terasa seperti baru semalam mommy mendengar tangisan pertama aisyah saat dilahirkan. Masih terbayang-bayang di mata mommy renungan aisyah tiap kali mommy menyusukan. Tak pernah lekang di mata, kenangan detik pertama aisyah pandai meniarap, merangkak, bertatih, berjalan sehingga pandai berlari...malah sentiasa terngiang-ngiang di telinga mommy, saat kali pertama Aisyah pandai menyebut  'mommy'..

Aisyah kini sudah 3 tahun...sungguh banyak pengharapan mommy kepada anak mommy ini. Demi pengharapan yang sedemikian, tak jemu mommy menadah tangan berdoa kepada yang Esa agar memelihara Aisyah dari sebarang bahaya, dipelihara kesihatan dan keselamatan, dipermudahkan segala urusan, dihindari dari segala kesempitan dan perasaan dukacita, semoga Aisyah membesar menjadi anak sihat sempurana, solehah, rajin solat serta rajin beramal dan menghayati segala yang terkandung dalam Al-Quran yang mempunyai seribu rahmat dan penawar. Amin Ya Rabb...

Aisyah kini sudah 3 tahun...Syukur Alhamdulillah...anak mommy membesar dengan ceria...walau mommy tidak punya harta berjuta, tetapi mommy dan daddy cuba melengkapkan keperluan Aisyah apa adanya. Biar mommy dan daddy tidak gantikan baju sendiri, asal Aisyah ceria bermain slide  swing di rumah sendiri, tak perlu merajuk dan bersedih hati...(kes hari2 nak main kat taman la ni...huuhuhhuu)..

Aisyah kini sudah 3 tahun...makin pandai ajak balik kampung. haha! Mommy tahu Aisyah sangat happy kalau dapat berjumpa dan bermain dengan sepupu di sana. Peluh lencun sampai rambut basah pun tak mengapa, pipi merah sebab penat lari sana sini pun dah tak kisah..yang penting bagi Aisyah, masa yang terluang di kampung dimanfaatkan sepenuhnya bermain keriangan bersama sepupu-sepupu kesayangan. Subahanallah, walaupun jarang-jarang dapat bersua muka, tetapi keakraban di antara Aisyah dan sepupu-sepupu tetap membara...pagi-pagi subuh sapiee Aisyah dah riuh mengejutkan sepupu-sepupu (kes tak sabar nak ajak bermain)...ada sekali satu pagi, Aisyah dok desak mommy turun ke laman bagi itik sarapan. Apa lagi, riuh rendah bunyinya bila Aisyah terlalu excited tatkala itik-itik dan ayam-ayam maknek lari mengeremuni kami yang sedang menatang makanan...hahahaha...!

Aisyah kini sudah 3 tahun...rajin-rajin mengaji ya..Jangan menangis bila mommy perlu kurangkan masa menonton Barney, Elmo & Zoe - kini Aisyah perlu lebih Aisyah lebih banyak masa untuk mengaji dan belajar bahasa Arab. Sekarang sudah boleh baca Aa-Baa-Taa, Aisyah juga sudah boleh hafal surah Al-Ikhlas...Sikit lagi boleh hafal surah al-Insyirah...kalau lebih banyak masa mengaji, InsyaAllah Aisyah boleh hafal surah-surah lain juga..Ameen..

Aisyah kini sudah 3 tahun...Syukur...Mudah-mudahan Aisyah tidak lupa asal-usul dan warisan ayahbonda...

sekali lagi....

Selamat Hari Lahir Sayang - Mommy Aisyah