Sunday, March 27, 2011

Kualiti air dan kesihatan kita


Salam hari bahagia!
-
tiap hari juga adalah hari bahagia..kan?...owh!

Apa halnya saya bubuh gambar penapis air di atas?

Entri kali ini bukan untuk mempromosi penapis air ye. Tetapi saya ingin berkongsi tentang kepentingan kesedaran pengambilan air yang bersih dan selamat demi kesihatan kehidupan kita.

Sejak 2 minggu kebelakangan ini, indeks kualiti air di kawasan perumahan kami sangatlah tidak menggembirakan. Agaknya disebabkan oleh aktiviti pembinaan perumahan di kawasan yang berhampiran. Bila la nak siap agaknya. Tak tahan rasanya dengan air yang berkeladak dan berbau itu..habis gatal-gatal badan den bila mandi...

Kot tak mandi lak... lagila gatal...haih! -

Tiap hari, tugas hakiki saya ialah membersihkan penapis air. Pagi kena basuh, balik dari opis petang pun kena basuh sekali lagi. Kalau tidak, penapis akan tersumbat.

Sebabnya?

Ia sangat berkeladak dengan kotoran dan memang hari-hari kena sental!


Melihat penapis yang kotor ini, tak sanggup pula saya bayangkan air yang tidak ditapis digunakan untuk minum, masak nasi, masak bubur Aisyah, bancuh teh-kopi-milo-bagai...eiwwww!


'Wajah' penapis setelah disental.


sejak 2 minggu ini juga, saya mandikan Aisyah dengan air yang ditapis sebab risaukan kebersihan air tu. Maklum saja Aisyah sangat sensitif kulitnya, kebersihan air yang diragui akan menyebabkan kulitnya gatal-gatal dan menimbulkan ruam...sigh...

Huh!

Menyeramkan!

Jika berbincang dari sudut kesihatan, bekalan air yang selamat dan sanitasi amat penting bagi pemuliharaan alam sekitar, dan meningkatkan tahap kesihatan. Bekalan air bersih dan selamat amat penting kepada semua aktiviti kehidupan kita.

"Dan Kami jadikan padanya gunung-gunung yang tinggi, dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar." (Surah al Mursalaat : 27)

Sedarkah kita bahawa dianggarkan 80 peratus dari semua penyakit dan lebih dari satu pertiga kematian di dunia ini disebabkan oleh pengambilan air tercemar? Tetapi bila diselidiki,kualiti air zaman kini memang sungguh berbeza dari zaman saya kecik-kecik dulu.

Saya membesar di kampung...telaga adalah sumber air utama. ila mandi dengan air telaga, sungguh sejuk dan bersih. Kalau kulit kurap, berkudis dan sebagainya, ramai yang sarankan mandi dengan air telaga, sebabnya diceritakan bahawa air telaga yang datangnya dari sumber akar kayu itu boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.


Sekarang? mandi air paip pun belum tentu lagi bersih. Silap-silap, itulah yang menyebabkan kulit gatal-gatal atau lebih teruk lagi ruam, merah-merah dan berkudis...Na'uzubillah...

Atas kesedaran tentang kemerosotan kualiti air zaman kini, saya sangat merasakan bahawa penapis air sangat penting demi kesihatan kami sekeluarga. Mungkin ada yang memandang remeh - saya hormati setiap pandangan. Namun, apa yang penting, semoga kita semua sedar bahawa air yang bersih itu amat penting untuk kesihatan tubuh badan - ginjal nak pakai lama, hati nak pakai lama..kalau asyik minum air kotor, macam mana nak kekalkan kebersihan hati, ginjal serta mana-mana organ dalaman daripada diselaputi bendasing yang tidak menyihatkan?

Fikirkan....

salam sayang - MommyAQ

No comments:

Post a Comment