Wednesday, September 21, 2011

Happy Birthday, Daddy!

Wah!

Lama betul tak apdet apa-apa di blog ini. Kenapa ya? Macam banyak yang ingin diperkatakan tetapi bila berada di hadapan komputer, segala idea hilang entah ke mana (asyik-asyik alasan sama je huhuhu)..

hari ini adalah ulangtahun kelahiran suami saya. Saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada insan yang paling bermakna dalam hidup saya, insan yang tercinta, insan yang paling dikasihi, insan yang sangat memahami, insan yang sentiasa di hati...iaitu MR suami...semoga ulang tahun kali ini memberi makna yang lebih mendalam dan semoga cahaya kebahagiaan sentiasa menyinari hidup kita. Amin. Untuk suami yang tercinta, saya ingin tujukan coretan khas ini untuk beliau yang selama ini tidak pernah lelah untuk menyintai, menyayangi, mengasihi dan melindungi kami sekeluarga. Untuk sang suami, TERIMA KASIH, ABANG.

-terima kasih kerana memilih diri ini menjadi isterimu walau abang tahu kekurangan dan kelemahan mengatasi kelebihan serta kehebatan yang ada...
-terima kasih kerana menerima sayang seadanya walau acap kali hatimu dilukai...
-terima kasih kerana bersabar atas segala layanan yang kurang...
-terima kasih kerana sentiasa mengingatkan sayang supaya mendahulukan solat dari semua perkara
-terima kasih kerana tidak pernah merungut bila mana masakan kurang garam dan minuman yang terhidang tidak bergula...
-terima kasih atas bantuan mengeluarkan barang-barang dapur yang dibeli dari bonet kereta, sedangkan pada waktu yang sama, sayang hanya menghayun beg tangan, paling-paling pun jinjit plastik beg bawang... (tapi masuk je rumah terus kata penat huhuhu!)...
-terima kasih kerana cabut rumput dan bersihkan halaman walaupun abang masih penat, yelah baru balik dari pejabat tiap petang...
-terima kasih kerana sentiasa membuatkan hidup sayang ceria dengan senyuman abang walau sayang tahu jauh di lubuk hati abang, pasti ada gundah yang bersarang.
-terima kasih kerana ketabahan abang membuatkan sayang redha bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
terima kasih kerana menjadi perisai tatkala sayang gentar mengharung onak dan ranjau kehidupan
-terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang untuk jangan takut menegakkan kebenaran.
-terima kasih kerana meminjamkan lenganmu untuk menjadi bantal di kala lena...
-terima kasih kerana abang sentiasa memujuk, tiap kali sayang merajuk...
-terima kasih kerana belikan majalah Pa&Ma tiap bulan dan menghulurkannya dengan senyuman...
-terima kasih kerana abang sentiasa ada waktu untuk proof-read semua artikel sayang walaupun abang kena bangun tengah malam untuk siapkan kerja abang sendiri.
-terima kasih kerana bersengkang mata menjaga sayang tatkala demam dan selesema.
-terima kasih kerana mendodoi Aisyah bila sayang tiada bersama, waima ke bilik air untuk menyampaikan hajat hehehe...
-terima kasih kerana memasak nasi goreng yang sedap, sampai sekarang sayang masih tak boleh, dan tak pandai masak nasi goreng sesedap yang abang masak..hihi..
-and above all, terima kasih kerana sentiasa ada

Suami saya adalah orang yang paling tabah bagi saya. Tidak ada orang lain yang boleh bertahan dengan perangai saya yang kuat merajuk selain suami saya. Tiada yang lain selain suami saya yang boleh melenturkan sifat panas baran saya kecuali beliau. Saya adalah api, beliaulah air yang memadamkan semua kepanasan. Tutur kata yang lembut dan teguran yang berhikmah adalah penawar sikap saya yang mudah melenting.

suami saya sangat ringan tulang membantu saya melakukan kerja-kerja rumah, walaupun tidak diminta. Tolong cuci pinggan mangkuk, basuh dapur, basuh baju, tolong sidai, vacuum, mop rumah bagai....(tapi awal-awal beliau surrender tak mahu lipat baju sebab katanya, saya ada piawaian tahap pro bab-bab lipatbaju dan kemas wardrobe hahaha!)

Kadang-kadang saya jadi malu sendiri, kerana suami tak pernah cerewet tentang makanan. Beliau makan apa saja yang terhidang, tanpa apa-apa komen pun. Pernah saya hanya hidangkan beliau telur goreng dan kicap kerana tak sempat masak gara-gara sibuk berpindah rumah baru, beliau tetap makanan penuh berselera.

Semasa saya berkursus di luar daerah selama 9 hari, suami 'menjawat' 2 jawatan serentak di rumah. Dialah mommy, dialah daddy. Saya sangat arif tentang sifat manja Aisyah dan sangat faham kesukaran suami melayan Aisyah yang tidak pernah berenggang dengan saya walau seharipun sebelum ini. Tapi tiap kali saya sms atau telefon, jawapan suami saya adalah..."semuanya OK dan baik-baik saja"...

Memang tidak ada manusia yang sempurna, tetapi bagi saya, suami adalah lelaki TERHEBAT yang melengkapkan kekurangan saya. Adanya suami di sisi, membuatkan sangat merasa sangat berkeyakinan, sangat cantik dan sangat berharga! Aduhai suami, sangat bertuahnya diri ini kerana dianugerahkan suami sepertimu. Thank you, O Allah.

Last but not least, saya menyintai, mengasihi, menyayangi dan memerlukan suami saya selamanya, dunia dan akhirat. Semoga cinta kita, kasih sayang kita, dan ikatan antara kita sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan berkatnya. AMIN YA RABB - mommy Aisyah

No comments:

Post a Comment