Wednesday, December 14, 2011

Hari Baru Aisyah di Nursery

Salam,

Bulan Disember ini, saya telah mula menghantar Aisyah ke nursery. Macam-macam perasaan bermain dalam minda saya sebelum keputusan untuk menghantar Aisyah ke nursery diputuskan. Perkara utama yang saya bimbangkan kesukaran aisyah untuk mengikut jadual penyusuan. Al maklum, Aisyah memang tak suka minum susu segar. Banyak kali dah pujuk tapi semua jenis pujukan dan taktik tak berjaya menarik perhatian Aisyah. Pusing satu dunia saya cari minuman yang berasaskan tenusu supaya aisyah boleh dapat sumber kalsium, sehari dua, nak juga dia minum vitagen, solivite, bliss dan segala macam minuman seumpamanya, tapi saya pula yang risau tentang kandungan gula yang banyak dalam semua minuman itu. Tiap kali saya bagi aisyah minum, saya 'dilute'kan dengan air kosong - biar ada warna dan sedikit rasa, tapi dah tak manis sangat. Risau betul saya..

Tiap kali menghantar Aisyah, rasa nak tanggal jantung saya - betapa risau dan gelisah kerana terpaksa meninggalkan Aisyah di nursery. Tindakan itu pada saya bukan sesuatu yang mudah. Bagi saya, saya lebih selesa ada baby sitter di rumah, berbanding menghantar Aisyah ke nursery. Tetapi buat masa ini saya tidak mempunyai pilihan lain. Saya hanya mampu berdoa moga-moga keselamatan dan kesihatan Aisyah terjaga sepanjang di Nursery. banyak tempat juga saya survey, pelbagai perkara yang saya ambil kira dalam pemilihan nursery yang sesuai. Saya harap, pemilihan saya tepat, atau setidaknya yang terbaik dalam mempastikan keselamatan dan kesihatan Aisyah terjaga rapi.

Hujung minggu lepas, saya ke Sabah, seorang diri dan Aisyah ditinggalkan bersama daddy di rumah. Inilah kali kedua saya tinggalkan Aisyah selepas kursus bulan Julai lepas. Kali ini, Aisyah tidak berapa drama queen, Aisyah selamba jer lambai tangan bila saya nak masuk ke boarding romm, tak ngangis-nangis. Saya pun turut lambai tangan ke arah mereka dengan wajah dan hati kering.Tabah la konon...hikhik! Tetapi sedih di hati, Alllah saja yang tahu.

Bila selesai di kaunter imigresen dan dalam perjalanan ke balai berlepas, saya hubungi daddy. Maka terdengarlah suara tangisan Aisyah yang menyentap perasaaan dan sanubari saya. daddy cakap, Aisyah meraung bila masuk dalam kereta, dan dapat tahu mommy tak ikut sama.setiap kali saya telefon, terdengar suara aisyah "nak cakap ngan mommy" dengan nada yang sayu dan penuh rindu. Saya tahu aisyah rindukan saya, sebagaimana saya juga rindukan dia (dan daddy, of course hehehe).

hanya 2 hari di Sabah, tapi saya rasa cam lama sangat. tidur malam tak lena sebab asyik teringat Aisyah. Asal siang jer, saya terus kol daddy tanya kot-kot aisyah meragam ke tak malam-malam. Alhamdulillah, daddy kata, aisyah tidur agak lena berselimutkan baju mommy. hiks!

Minggu depan, kami sekeluarga akan bercuti panjang sehingga penghujung tahun. Rasanya, tahun ini adalah tahun yang penat, penuh cabaran yang menduga hati dan perasaan, bersama cerita duka yang mengguris sanubari. Apapun, saya memgambil semuanya sebagai iktibar dan menganggap ia adalah dugaan hidup yang pasti ada 1001 satu hikmah yang hanya Allah yang Maha mengetahui. Semoga keluarga saya sentiasa dalam limpah rahmat dan perlindungan Allah s.w.t.

Walaupun masih di awal Disember, saya tetap mahu mengucapkan....

Selamat tinggal 2011 selamat datang 2012!



-Mommy Aisyah-

No comments:

Post a Comment