Monday, January 9, 2012

Breastfeeding feelings!

Salam Ukhuwwah...

Hehehe..propa sungguh mukadimah kali ini.

Semenjak menerima khabar gembira yang kami sekelaurga terima, saya terus memulakan gerak gempur bercerai susu dengan Aisyah. Projek yang sangat dramatik, penuh drama airmata, tangisan hiba, tak lupa juga aksi sedih yang meruntun jiwa raga saya.

Hari pertama, Aisyah mengamuk sakan. bermacam cara saya buat. Mula-mula dia OK, tapi bila dah malam, dia dah mula mengantuk, itulah waktu yang paling kritikal. tertonggeng-tonggeng budak comel tu try nak dapatkan cik B. Nangis jangan cakaplah.

Tapi kan, Aisyah ni, satu hal kalau dia menangis, tak tau la...tapi saya rasa dia sangat comel bila nangis. Ye, shomel sesangat! comel jer bila dia pandang kita dan buat muka sedih time nangis tu...Tapi tidakla sampai dok biar dia nangis tak reti-reti nak pujuk...( kihkihkih apa kerja mommy cakap anak sendiri comel bila nangis, suka dera anak ka?).

dah penat pujuk dan tukar-tukar strategi, saya kalah juga pada keinginan Aisyah yang tidak terbendung. Sapa tahan woooo..dengan renungan syahdunya yang meruntun kalbu...Pandangan mata bening bulat Aisyah jer dah buat saya lemah longlai...haih!

Harus! Saya menangis sama bila Aisyah seolah-olah meratap hiba bila saya terus-terusan mengelak takmo bagi dia menyusu. Saya menangis sama sebab saya dapat rasa apa yang Aisyah rasa. Saya akui bonding itu sangat kuat! MasyaAllah...

Hari-hari seterusnya, saya keringkan hati saya untuk berusaha memendekkan masa penyusuan tiap kali menyusukan Aisyah. Tiap kali itulah juga saya bisikkan di telinga Aisyah bahasa-bahasa pujukan dengan harapan Aisyah faham kenapa dia perlu bercerai susu. Terkebil-kebil matanya merenung saya tiap kali saya berinteraksi dengannya. Dan seperti biasa, renungan sang kenit comel itu meruntun naluri keibuan saya seperti selalu!

Namun jauh di sudut hati, saya yakin bahawa Aisyah sesungguhnya memahami dan menghayati bait kata yang saya ungkapkan padanya. Walaupun masih kecil, tetapi saya sangat yakin Aisyah bijak mencerap apa yang saya sampaikan. Doa saya tidak pernah putus mohon agar Allah mempermudahkan proses perceraian susu dengan Aisyah...dan juga doa agar Aisyah tetap sedar serta pasti bahawa kasih sayang saya padanya tetap sama, malah semakin menebal walaupun dia sudah tidak menyusu badan lagi.

Masuk hari ketiga, Aisyah mengejutkan saya dan daddy dengan sesuatu yang diluar jangkaan. Pagi itu, Aisyah bangun ketika saya masih di tingkat bawah menyediakan kelengkapan nurserynya. Selepas proses wee-wee (Aisyah masih kene train bawa pergi toi-toi pagi2 selepas bangun tidur untuk buang air kecil sebab saya masih pakaikannya CD waktu malam). Elok jer lepas wee-wee....

"Nenen?" macam biasala...muka menten kiut dan renungan tahap first class!

Kali ini saya tidak membalas permintaannya. Sebaliknya saya hanya pandang Aisyah, senyum dan tanpa kata...tetapi pandangan saya penuh makna tersirat...

"Aisyah dah besar...adek la nenen mommy..." Aisyah sambung balik kata-katanya...

Subhanallah!

saya tersentak!

Ayat itu adalah ayat-ayat yang saya ungkapkan pada Aisyah berulang-kali; tiap kali menyusu; waima waktu Aisyah dah nak tidur-tidur ayam!

Aisyah ingat tiap bait kata-kata saya!

Malah, dia boleh ulang dan ungkapkan balik kata-kata saya itu!

Saya betul tersentak, gembira dan bersyukur!

Saya peluk Aisyah kuat-kuat, cium pipinya, cium dahinya macam tak pernah puas...heheheheh...saya syukur sangat-sangat!


Alhamdulillah...Syukur pada-Mu ya Allah...

Doa saya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

sehingga hari ini, Aisyah dah jarang sebut kata keramat "nenen" itu lagi. Ada la juga kadang-kadang dia tersasul (lebih-lebih lagi kalau terjaga waktu tidur malam) tapi dia boleh pujuk diri sendiri. Bijak sungguh kan? kadang-kadang saya rasa Aisyah sungguh dewasa dalam usianya yang baru mencecah 2 tahun 6 bulan pada Januari ini. tetapi tingkah lakunya, kata-katanya, pengertiannya, membuatkan saya sedar bahawa Aisyah adalah rahmat Allah yang tidak ternilai buat saya. Barakallah...

Ada waktu-waktunya, Aisyah meminta saya berbaring bersamanya. saya agak-agak, Aisyah rindukan saat-saat penyusuan bersama...huhuhu...kalaulah Aisyah tahu betapa saya juga merindukan saat-saat itu..ahhh!

kerap kali juga Aisyah dakap erat dan cium saya dalam tempoh yang agak lama. Apa agaknya yang dia fikirkan kan? Agaknya, Aisyah tetap mahu berada dibawah ketiak saya walau masam manapun bau mommy nya ini. hikhik!

Sama juga tiap kali saya jemput dia di Nursery. Satu blok detached tu boleh dengar suara Aisyah menjerit happy. Sambil berlari2 dan kemudian mendakap saya erat, mulutnya bising asyik sebut mommy! mommy! mommy! hahahaha! Sampaikan budak-budak lain kat nursery tu pun ikut lari-lari sama dan turut mengerumuni saya. ada juga yang sebut mommy! mommy juga! kahkahkah! popular saya jadinya..ekekekekekekek!

Aisyah dakap erat dan peluk cium saya seolah-olah dah 1 tahun terpisah dari saya. Aduhai sayang, mommy juga saayaaaangggggggggggg bangeettttttt sama kamu.

Tapi Aisyah perlu belajar bercerai susu ya? Putus susu bukan bermakna mommy tak sayang Aisyah lagi tau sayang...

Mommy sentiasa sayang Aisyah, lebih daripada nyawa mommy sendiri.

I love you, my sweetheart Aisyah.

Mommy Aisyah

2 comments: