Wednesday, March 6, 2013

Entri Lama? OMG...

Saya pun tak ingat rupanya saya ada tulis entri entri ni...Lupa tekan button 'publish' la tu, huhuhuu...

__________________________________________________________________________________

 Salam hari Rabu!

Semenjak bellly saya semakin ketara bentuknya, Aisyah dah semakin menjadi attention seeker sejak itu. Tak boleh tinggi sikit suara, confirm dia akan merajuk. Kerap kali juga Aisyah seolah-olah sengaja berlagak seperti 'budak nakal tak dengar cakap'...hohoho...saya rasa demi menarik perhatian la tu. Agaknya, dia rasa insecured tentang kasih sayang saya pada dia kot...agaknya lah....

Hmm...apalah yang si Aisyah rasa sebenarnya ye....

Pendekatan saya terhadap perangai Aisyah yang rasa agak lain ialah cuba untuk membuatkan dia tidak merasa terasing walaupun bakal mempunyai adik. Walaupun kadang-kadang geram juga dengan perangainya yang 'terlebih manja' (yelah..tengah-tengah memboyot ni, Aisyah pula buat perangai macam-macam maunyer tak geram sekali sekali...huhuhuhu), saya sedaya upaya tidak menunjukkan emosi marah padanya. Mula-mula tu memang payah juga nak kawal emosi (ibu mengandung, faham-faham jela kadang-kadang emosi di luar kawalan, kan....). Bila saya tak tahan geram, saya tinggalkan Aisyah sekejap dan pergi ke tempat lain. Bila perasaan dah reda sikit, baru saya pergi kat Aisyah dan pujuk dia. Bila saya buat begitu, Aisyah akan hulur tangan, then says "Sorry, Mommy"..lepas tu dia pasti akan peluk saya dengan erat-takmo-lepas-dan-cium-pipi-takmo-

Sayu tau tengok wajah Aisyah nangis (yela kan, budak nangis namanya...memangla muka sayu hehehe). Pernah sekali saya rakam video Aisyah menangis semasa saya tegur dia sebut perkataan yang tak elok. Sekali saja saya preview klip tu, lepas tu takmo tengok dah. sayu sangat tengok wajahnya menangis sedih kena marah.


Tahun ini, nampak gaya kami sekeluarga tidak berkesempatan beraya di kampung. Terasa sedih juga tak dapat meraikan sambutan lebaran bersama ahli keluarga dan adik-beradik yang lain di kampung halaman tercinta. Maklumlah, bila dah sarat susah juga nak melakukan perjalanan jauh...ditambah pula dengan keadaan jalan yang tak mengizinkan...

Mengikut perkiraan saya sendiri, masa raya nanti belum lagi nak bersalin kot, tapi risau juga kalau dah ambik cuti dan balik kampung lebih dari seminggu. Mahunya terbersalin di kampung, banyak juga perkara yang memerlukan plan B. huhuhu...jadi saya pun akhirnya setuju dengan cadangan sang suami untuk beraya di sini saja...(dalam hati penuh redha gamaknya...huhuhuhu)

Mula-mula ketika suami mencadangkan agar kami menyambut Aidilfitri di Kuching saja tahun ini, terasa sebak juga. Inilah kali pertama kami tak balik beraya di kampung. Lebaran adalah masa terbaik yang kami sekeluarga pernah ada untuk berkumpul adik-beradik. Juga terfikirkan bahawa Aisyah semestinya akan kesunyian tanpa sepupu-sepupunya, ditambah pula sayunya bila memikirkan kesunyian menyambut Aidilfitri di kawasan perumahan yang masih baru dan pasti kosong semasa Lebaran.

Namun itulah 'pengorbanan' demi kehadiran ahli baru yang sangat dinantikan sebagai pelengkap kebahagiaan kami. Doa kami adalah untuk yang terbaik untuk si cilik yang bakal lahir nanti.

penat pula rasanya menulis..saya berhenti di sini dulu ya...

salam sayang - Mommy Aisyah

No comments:

Post a Comment