Wednesday, February 23, 2011

Doa Pagi

Salam Khamis!

sebenarnya, kalau boleh, hari-hari saya nak update blog ini. tetapi kekangan kerja dan komitmen lain lebih menuntut masa emas saya. Makanya, saya perlu tunda niat (suci) saya itu untuk masa-masa dan keadaan yang lebih sesuai dan membenarkan.

Pagi-pagi begini, seronok bila mendengar zikir munajat dialunkan dengan penuh syahdu dan mendayu. Seperti biasa sebelum ke kantor, saya akan masak untuk santapan si bijak Aisyah agar kasih-sayang saya sentiasa mengiri perjalanan aktiviti dan kehidupannya walau saya tiada di sisi sepanjang hari.

Bukankah air tangan ibu itu adalah sangat menyelerakan (walau saya bukan pakar masakan), malah boleh pula menjadi penawar segala kesakitan dan kesedihan si anak? Eh, merepek ke saya? Takpa, kaum ibu pasti faham apa yang saya maksudkan...kan? *mod angguk kepala*



Baiklah, masih banyak mahu ditulis, tapi saya perlu berhenti di sini .

Oh, mengapakah pendek benar entri kali ini?

Hohoho...saya perlu bersiap ke kantor ye mommies...entri ini ditulis sementara menunggu bubur si kecil masak (Aisyah pula masih dibuai mimpi hihihi!)


saya titipkan doa pagi kali ini untuk amalan dan doa kita bersama.

Ya Allah, Ya Tuhan ku,
hambaMu ini menyambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.
Sempurnakan nikmatMu untukku dan keluargaku pada hari ini
dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk hambaMu ini dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan ku,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya,
hamba memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur seberkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn ya Rabb


Sekian dahulu dan salam sayang - Mommy AQ

No comments:

Post a Comment