Wednesday, February 2, 2011

Angry Mom...


Entri ini sungguh berbaur emosi, kan?

Ya!

Hari ini saya sangat emosi kerana baru sebentar tadi saya membaca info tentang kesan memarahi anak.

Hohoho..horlicks eh!

Kebelakangan ini saya kerap menulis perkara yang melibatkan emosi..tak emosi tak boleh kah? owh..emo lagi..hadeh!

Hm....Saya sebenarnya sedang mengumpul info berkaitan penyusuan ekslusif. Belek-punya-belek, terjumpa pula info yang indah dan penuh makna. Saya hanya simpulkan beberapa intipati penting (saya rasa):

***Memarahi anak di usia 1-3 tahun akan menyebabkan mereka mengalami kerapuhan emosi. Meninggikan suara dan membentak anak-anak akan menyebabkan mereka hilang percaya diri dan akhirnya mengakibatkan mereka kurang yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan kecil dan kurang bersosial.

***Lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) dan merasuah fikiran (corrupting).

Dalam menjalankan rutin dan tanggungjawab sebagai seorang ibu, saya secara jujurnya mengakui bahawa adakalanya saya gagal mengawal emosi. Panduan berguna ini akan saya praktikkan untuk amalan seharian. InsyaAllah....semoga niat suci saya diberkati Allah s.w.t:


***Bacakan Surah Toha ayat 1 hingga 5 untuk kelembutan hati anak-anak - nak baca surah sampai ayat terakhir lagi digalakkan.

***Surah Hasyr ayat 21 dan seterusnya. Bagi anak yang sukar solat baca surah Ibrahim ayat 40 bagi anak tak lupa solat.

***Sebelum tidur -Baca dan hembuskan di umbun-umbun anak dengan surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Insyirah - selama ni kalau sempat dan ingat je baca, lepas ni mesti amalkan...InsyaAllah.

***Beri Nasihat kepada anak sebelum tidur - dah lama dah amalkan.

***Waktu anak sedang tidur, bisikkan ke telinganya kata-kata nasihat - juga selalu diamalkan

***Maafkan semua orang sebelum tidur- kesan dari amalan ini (bagus!) Amalan ini menurut pembacaan saya, selain boleh memakbulkan doa dan mencucikan hati, ia juga boleh membuatkan fikiran menjadi tenang, hidayah, redha, tidak mudah patah semangat, menyembuhkan penyakit dan mencantikkan wajah (tak perlu mekap tebal-tebal bagai)

***Berdoa secara positif. Buangkan rasa risau, kerana risau itu adalah bisikan syaitan.

Hanya sebahagian saja yang saya mampu tulis setakat ini.Ada banyak lagi panduan yang saya perolehi, dan ingin saya kongsikan di sini...

Pembacaan yang sedikit ini menyedar, malah menginsafkan saya bahawa saya mesti sabar sebagai seorang ibu. Melayan karenah anak yang pelbagai perisa adalah kemanisan yang Allah kurniakan kepada saya. Anak adalah anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t, sebagai penyambung cita-cita dan garis keturunan. Indahnya membesar, mendidik dan menyempurnakan amanah itu hanya akan sempurna dengan sabar, iman dan taqwa.

Aisyah sayang,

Maafkan mommy andai ada (pasti ada) kekurangan mommy dalam membesarkan dirimu. Atas setiap titis air matamu yang mommy tidak sengaja terbitkan, mommy mohon maaf. Atas setiap ketidakhadiran mommy tiap kali kamu memerlukan, mommy mohon maaf kerana suatu hari nanti kamu akan faham bahawa ketidakhadiran mommy di sisimu bermakna mommy perlu mencari rezeki bagi membantu Daddy menyediakan kehidupan yang selesa untuk kita sekeluarga. Izin dan restu Daddy membenarkan mommy keluar rumah atas niat luhur itu, tidak akan mommy persiakan kerana kalianlah nyawa dan nadi hidup mommy.

Mommy masih lagi belajar dan tetap berusaha untuk yang terbaik buat kamu, nak. Mommy tidak akan mampu menjadi sempurna, namun mommy berazam mahu menjadi anak yang baik buat maknek paknek, isteri yang taat buat Daddy, serta ibu yang terbaik dan teristiwa buat aisyah serta bakal adik yang ada di dalam perut mommy kini. Kalianlah yang telah melakar laskar pelangi yang indah dalam setiap detik nadi mommy dan kalianlah yang telah mewarna kembara hidup mommy menjadi lebih bermakna, indah, sempurna dan menghiburkan.


...Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir (surah al-Baqarah: 250)...

Saya akan menulis lagi...

Salam sayang - Mommy AQ






No comments:

Post a Comment