Thursday, February 10, 2011

Rawatan Fisioterapi untuk Batuk Berkahak

Salam mommies!

Saya ingin berkongsi kaedah merawat batuk yang berkesan untuk panduan mommies. Daripada pengalaman mengaplikasikannya, saya dapati ia amat berkesan dan tidak memudaratkan. Ia bermula dengan 1 niat untuk mencari rawatan / kaedah lain bagi meredakan batuk yang AQ alami selain memberinya ubat batuk.

Merawat bayi dan kanak-kanak tidak sama seperti merawat orang dewasa. Orang dewasa bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri dan akan mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor apabila jatuh sakit. Bayi dan kanak-kanak? Tak boleh bagi ubat sebarang – akan mendatangkan kesan sampingan dan boleh memberi kesan kepada perkembangan serta pertumbuhan bayi…ngeri kan?

Habis tu, takkan tak boleh makan ubat? Boleh…dengan syarat (pandai-pandai je saya cipta syarat sendiri...adoyai...) mommies jangan asal anak demam terus bagi ubat, selidik dahulu apa yang menyebabkan bayi demam, batuk, selesema dan sebagainya. Sebab itu, kalau kita jumpa doktor, beliau akan tanya symptom yang kita alami sebelum bagi prescription – bab ni kadang-kadang kita salah tafsir yang doktor nak ambil jalan mudah, tanya pesakit lepas tu bagi ubat, walhal, beliau perlu mendapatkan info yang betul dari pesakit agar ubat yang diberikan betul dan tidak memudaratkan. Ia penting untuk menyelaraskan rawatan yang sesuai bagi symptom yang dihadapi. Begitu juga kalau kita bawa anak, bagitau doktor semua symptom, dari A sampai Z. panjang berjela pun tak apa. saya kalau anak demam, batuk or selesema, saya pantau, kalau boleh setiap saat (kecuali masa saya pegi wash room hihihi) agar senang nak bagitau doktor. Remeh kan? Tidak bagi saya…kerana saya sangat particular dengan ubatan yang diberikan kepada anak saya. Penat, kan? juga TIDAK bagi saya. Saya tidak akan pernah lelah dan penat untuk memberi yang terbaik untuk anak saya kerana saya tidak ada harta berharga dan wang ringgit berjuta untuk AQ selain dari kesungguhan membesar dan mendidiknya…

Saya dah mula melalut. OK, cerita tentang rawatan yang saya maksudkan di awal entri ini. Kerap kali kita mendengar dan membaca tentang keburukan memberikan ubat kepada bayi di bawah usia 2 tahun kan? Dalam akhbar juga pernah diulaskan isu yang sama. Atas alasan itu jugalah maka saya berusaha mencari alternatif lain.

Saya pernah mendengar tentang rawatan sedut kahak yang ditawarkan di pusat perubatan. Sayangnya, di kawasan saya amat sukar untuk mendapatkan rawatan sedemikian. Lantas saya cuba mencari info berkaitan rawatan itu di internet dan akhirnya menjumpai artikel yang mengulas tentang kaedah fisioterapi bagi merawat batuk.

Caranya begini:

1) Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

2) Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

3) Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

4) Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.baca lanjut di sini.

Teruja untuk mencuba, demi anak tersayang (saya mulanya nekad mahu menyedut kahak AQ secara manual – maknanya saya nak sedut melalui kaedah mulut ke mulut).

Percubaan pertama saya, hanya sempat dilakukan selama kurang dari 20 minit (10 minit setiap belah kiri-kanan) sebab saya dah lenguh memegang kaki AQ dengan mengurut dengan perut memboyot sehingga belakang saya juga turut rasa sakit. Itupun ada mak yang tolong pegangkan kaki AQ semasa saya menepuk belakangnya…Ahh…postur duduk tak betul barangkali kan.

Percubaan kedua, selepas isyak, saya cuba lagi. Kali ini tanpa bantuan. Saya alaskan AQ dengan bantal dari perut hingga ke kaki. Bahagian perut saya letak satu bantal, bahagian kaki pula saya guna bantal yang lebih tinggi as if AQ terjongket dengan kepada berada di bawah dan kaki di atas sedikit (macam bentuk jongkang-jongket, bukan nye terbalik kaki ke atas kepala ke bawah). Posisi lain, saya kekalkan mengikut cara yang diberikan.

Saya mulakan tepukan di sebelah kiri selama 15 minit kemudian beralih ke sebelah kanan then stop. Jika pada percubaan pertama, AQ merengek agaknya tak selesa, kali ini dia senyap dan yang bestnya, Aq sampai nak tertido! Sedap kot mommy tepuk belakang, kot AQ no?

Selesai sesi, saya tunggu jugak kot-kot kahak keluar tapi, takde. Saya hati saya: “ takpe, prektis lagi”. Ketika mahu menidurkan AQ, saya tiarapkan beliau, urut-urut dan akhirnya AQ tertido tanpa ‘menyusu’ (biasanya AQ cari saya untuk men*t*k tetapi tidak malam tadi).

Tidak sampai sejam beliau tido, AQ terjaga dan menangis. Kuat pulak tu! Nak tercabut jantung saya.

Tak lama lepas tu, beliau batuk. Beriya sungguh batuk sampai saya pula naik risau – yelah, dah menangis, tambah pula batuk, makin menjadi-jadila batuknya kan…and then…

Uwekkkk!!!

AQ muntah! Muntahnya pekat, likat dan berlendir- mommies, saya bukan bertujuan untuk membuatkan anda sekali geli ye, tetapi mahu menegaskan bahawa muntah AQ adalah muntah bercampur kahak. Alhamdulillah, kaedah fisioterapi yang saya lakukan berjaya membantunya mengeluarkan kahak. Syukur padaMu, Ya Allah.

AQ menangis sekejap tapi lepas saya pujuk, then dia diam. Saya buatkan dia susu – susu segar yang dicairkan sedikit. Lepas menyusu, AQ kembali tidur…batuk berkurang, tak meragam dan lena sampai pagi.

Mommies,

kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Jangan takut untuk mencuba, ia tidak menyakitkan dan membahayakan. Bukan kita tidak percaya pada doktor yang memberi ubat, tetapi apa salahnya mencuba jika ia memberikan pulangan yang positif untuk anak-anak kita? Namun sebelum itu, lakukan pembacaan dan penyelidikan agar ilmu itu dipraktikkan dengan kaedah yang tepat dan betul. Jadilah ibu yang rajin membaca dan bertanya – sekarang ni banyak majalah keibu-bapaan malah di internet pun sangat mudah memperolehi ilmu yang diinginkan.

Andai percubaan pertama tidak berhasil, jangan mudah putus asa. Cuba lagi dan yakin Allah membantu orang-orang yang sabar dalam berusaha. Kitalah doctor terbaik untuk keluarga, yakni suami dan anak-anak. Berbanggalah wahai mommies, kerana kitalah srikandi terbilang, walau bukan untuk Negara, tetapi lebih daripada itu kita berjuang untuk kesihatan, kebahagiaan, kesejahteraan dan keselamatan kita dan keluarga. Ucapkan syabas dan tahniah untuk diri kita sendiri, wahai srikandi sejati!

Salam sayang – Mommy AQ

No comments:

Post a Comment