Saturday, February 5, 2011

Hujung minggu Kami


Selamat Tahun Baru Cina!
Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina. Ya, kita turut merasakan kemeriahan perayaan itu kali ini.

Semalam, saya tidak pergi ke mana-mana selain bersantai bersama AQ di rumah. Malas mahu memasak, saya sediakan pasta untuk AQ dan nasi goreng kampung buat menu saya.
Sepanjang 4 hari cuti (termasuk sabtu dan ahad, saya masak simple saja). Tanpa daddy bersama, saya memang malas untuk masak betul-betul (ada ke istilah ni).

Tengahari semalam, saya masak nasi goreng kampung
.

Nasi goreng kampung - kangkung hasil kebun paknek..hihihi!


malam tadi pula, saya masak pasta untuk AQ. suka betul dia. hihihi!


Pasta yang mengandungi garam yang minimal, khas untuk AQ tersayang.


Aisyah mengamuk tak sabar nak makan ye nak?


tengok tu....berselera betul dia...suka ya mommy masak.


Hari ini pula, saya masak nasi goreng lagi. Cuma tukar selera masak nasi goreng ayam hehehehe...



Nasi goreng ayam ala AQ ....



Nasi goreng yang saya masak tak pedas walau ada cili, jadi AQ juga boleh makan..nyam....



Pagi tadi, mood mengemas agak baik. Lama dah rasanya tidak mengemop dan saya mulakan dengan membuang segala sawang dan debu yang bertandang selama 2 minggu ini.

Owh!
si kecil juga mahu menolong. Jadi saya berikan penyapu debu untuk AQ belajar mengemas.

Rajin AQ rajin, rajin la mengemas, bila besar nanti, rajin kemas rumah, tak malas dan serabai macam mommy...hihihi!

Maaflah, entri ini caca marba, sekadar mahu berkongsi cerita tentang aktiviti cuti dan hujung minggu saya bersama si kecil comel dan bijak AQ!

Cuti memang seronok...hm....lesu pula mahu ke pejabat setelah berlama di rumah...haih!

Salam sayang - Mommy AQ

No comments:

Post a Comment