Tuesday, January 18, 2011

Rawan di hati Mommy...

Sejak semalam, AQ cirit-birit tetapi beliau masih aktif. Tidak nampak pula tanda-tanda beliau lemah dan muntah...saya sangat concern kalau-kalau AQ diserang cirit-cirit berlanjutan...Kalau hari ini tiada perubahan, saya nekad mahu membawa AQ ke klinik saja.

Kesian anak mommy...Saya pesan pada mak jangan bagi AQ minum FM yang telah diminum sebelumnya. Kalau tak habis, buang saja dan buatkan yang baru kalau AQ mahu menyusu lagi.

Waa....!

Saya juga seolah mahu meraung sama!

Jika diturutkan hati, saya tidak mahu meninggalkan AQ di rumah. Saya mahu memohon EL dan menemaninya saja seharian...


Di pejabat, saya mencari info berkaitan simptom yang AQ alami.

Beberapa info yang saya perolehi, tiada ubat yang akan diberikan oleh doktor kepada bayi, berbeza dengan orang dewasa. Ini kerana, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut.

Apa yang lebih penting untuk mengatasinya adalah menghalang daripada berlakunya dehidrasi dalam badan AQ. Cadangan rawatan adalah dengan meminum air garam yang boleh diperolehi daripada klinik, dan sekiranya kanak-kanak tidak gemarkan rasa air garam tersebut, air suam perlu diberikan untuk mengelakkan dehidrasi berlaku.

Satu lagi info yang saya perolehi menyarankan agar mencairkan sedikit susu formula daripada kebiasaan kerana susu formula boleh memburukkan cirit-birit (EBM telah pun habis dan AQ kini bergantung sepenuhnya kepada FM). Ini menyebabkan penggantungan keperluan kepada air suam dan air garam semakin bertambah (ingat ya mommy - air garam minum sedikit tetapi kerap).

Kesiannya anak mommy...

Setelah AQ tidak lagi BF kini, saya lebih concern dengan pemakanan dan penyusuannya. Banyak perkara yang berubah dan saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Saya jadi rindu untuk Breastfeeding semula!

Cepat sembuh ye nak...Mommy risau...

Salam sayang - Mommy AQ

No comments:

Post a Comment