Friday, January 14, 2011

Saya teruja lagi!

Pagi tadi semasa bersiap-siap untuk ke pejabat, saya tersedar bahawa belly saya sudah visible!
Kain yang saya pakai juga tidak boleh dizip seperti sebelumnya...

Dan tatkala saya melabuhkan baju kurung saya, belly saya ketara bentuknya!

Ahah!

Saya sangat seronok!

Rasa tidak sabar pula untuk ke pemeriksaan bulanan minggu depan. Mahu juga tahu berapakah penambahan berat badan saya bulan ini. Kalau bulan lepas, saya turun 1.2 kg daripada berat sebelumnya (sebelum itu juga saya kehilangan berat badan..hohoho sangat susah hati!)....

Saya harap kali ini berat badan saya bertambah (maknanya penambahan si comel harap-harap semakin meningkat). Sangat risau jika berat tidak menunjukkan sebarang penambahan di saat kehamilah telah menginjak ke trimester ke dua ini!

Kenapa saya risaukan berat badan yang tidak bertambah?

Saya telah membuat analisa sendiri. Pada kehamilan kali ini saya:

1) tiada stok coklat berbar-bar di pejabat, mahupun di rumah;
2) tidak stok biskut gula (ayat di hujung sama seperti di atas);
3) tidak merayau-rayau mencari jagung di merata tempat (propa sungguh ayat ini)
4) tidak 'mengidam' mahukan tat telur (semasa mengandungkan AQ, saya kepingin mahukan tat telur hampir setiap hari , dahsyat...)
5) Stok buahan-buahan di dalam peti sejuk berminggu-minggu baru habis. Itupun AQ yang tolong habiskan...sigh...

apa lagi ya..hm..nanti saya fikirkan semula dan akan diupdate pada entri akan datang...

Kehamilan kali ini, saya hanya ada stok kurma dan soya sahaja. Belum lagi mempunyai stok yang sebagaimana yang ada dalam senarai (perlukah?)

Benarlah, setiap kehamilan akan memberikan pengalaman yang berbeza.

Begitulah yang saya rasai pada kehamilan kali ini. Sangat berbeza dengan pengalaman semasa saya mengandungkan AQ dulu.

Apapun, saya tahu saya perlu dan saya SEDANG lakukan yang terbaik untuk kehamilan kali ini, sebagaimana saya laksanakan semasa mengandungkan AQ - mommy bukan insan sempurna sayang, tetapi mommy mahu menjadi ibu yang sempurna untuk kalian, kerana anak-anak mommy adalah harta mommy yang tidak ternilai harganya.

Saya juga bertekad mahu lebih bersedia untuk perjuangan penyusuan kali ini. Pengalaman dan segala yang saya tempuh sepanjang menyusukan AQ menjadi pedoman dan pengajaran yang sangat berguna (bila saya ingat balik pengalaman pertama kali menyusukan AQ, hati saya bagai disiat-siat kerana perasaan terkilan itu sentiasa terpahat jauh dalam lubuk hati saya).

Ya Allah, hambaMu ini mohon bantuan dan pertolonganMu dalam perjuangan ini. Bantulah hamba untuk menjadi ibu yang memberi hak yang sewajarnya kepada amanahMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sehingga ketemu lagi.

Salam sayang - Mommy AQ




No comments:

Post a Comment