Monday, January 31, 2011

Cloth Diaper...

Salam bahagia!

Hari ini hujan sangat lebat - waima sampai ke pagi ini pun, hujan kekal turun dan belum ada tanda-tanda mahu berhenti...

hihihi!

Apa kaitan hujan dengan tajuk entri kali ini ya?

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tentang penggunaan lampin kain moden (Cloth Diaper - CD). Mungkin ramai kalangan ibu-ibu muda masa kini yang semakin terdedah dengan penggunaan CD ini. Tapi mungkin juga yang masih ragu-ragu tentang penggunaannya, tambahan pula harga bagi sekeping CD bukan calang-calang juga harganya.

Saya sendiri sebelum mengambil keputusan menjadi pengguna tegar CD, turut beranggapan bahawa menggunakanan CD adalah sesuatu yang 'menyusahkan' (maaf kerana bahasa agak kasar). Betullah, sebagai wanita berkerjaya (wah...bunyi yang sangat ekslusif tapi sebenarnya saya kerja biasa-biasa saja..hohoho), saya ulangi, sebagai wanita berkerjaya, penggunaan CD adalah seperti keputusan mahu menyusukan anak secara ekslusif. Ia memerlukan komitmen yang bukan sedikit - nak membasuh, nak menguruskan CD, ia sangat remeh berbanding penggunaan lampin pakai buang, lepas pakai, tak perlu susah-susah sental..buang je dalam tong sampah.

Habis cerita!

Saya tidak marah jika ada kalangan rakan dan teman yang tidak setuju dengan penggunaan CD atas asalan di atas. Saya respek mereka. Masing-masing ada pandangan masing-masing kan? Sekurang-kurangnya mereka jujur, betul?

Keputusan saya untuk menggunakan CD adalah atas faktor; yang pertama kesihatan dan yang kedua' kewangan. Jujur saya katakan, saya menggunakan CD sebagai alternatif menggunakan DD (disposable diaper) yang super mahal (bagi saya ye, kerana poket saya tidak tebal..huhu). A Q hanya boleh memakai jenama m*m* pok@i. Purata penggunaan harian adalah bersamaan dengan 6 keping DD. Pengiraannya begini:

6 keping X RM0.80 = RM4.80 sehari
RM4.80 X 30 hari = RM144
RM144.00 X 12 bulan = RM1728

Kini AQ berusia 18 bulan. Bermakna penggunaan DD (jika saya kekal sebagai pengguna tegar) adalah = RM1728 + 864 = 2592

Berapa pula kos bagi CD yang saya telah beli? Ok kita lihat:

Lunatots = RM207 = 5 keping
Coolababy = RM130 = 5 keping
Sunny Baby = RM 150 = 5 keping
Babytots Bamboo = RM70 = 2 keping
Babyland = RM125 = 5 keping
JUMLAH 22 keping = RM682

Jadi, saya telah JIMAT [RM2592 - RM682] = RM1910.00 kini!

Berbaloi-baloi, kan?

Oh! Tetapi jumlah RM682 pula bukanlah angka yang sedikit, kan?

Saya SANGAT bersetuju!

Tetapi, cara saya, saya membeli dan mengumpul CD secara berdikit-dikit.

Buat permulaan, saya selang-selikan penggunaan CD dan DD sehinggalah stok CD saya mampu dikitar semula untuk penggunaan dan cucian. Iyalah, kering juga poket makcik kalau beli CD 10 keping sekali harung kan? Melainkan kalau encek hasben adalah salah seorang pemegang status '10 lelaki ternama dan terkaya di Malaysia' - Oh! saya sungguh tidak sanggup! Ia akan menyebabkan encek hasben menjadi buruan artis-artis yang seksi dan seksa, serta menjadi mangsa spekulasi dan paparazzi. Akhirnya, saya yang makan hati...eii...ngeriii~~eh merapu lagi..motif?

Baiklah..balik ke pangkal jalan, eh! balik ke pangkal penceritaan...

Ya, mengendalikan CD pada mulanya agak kekok dan sedikit sukar bagi saya. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa! Setelah 3 bulan menggunakan CD dan sehingga kini (umur AQ kini sudah menginjak ke 18 bulan dan saya mula menjadi pengguna tegar semenjak AQ berusia dalam lingkungan 3 bulan - exact date makcik dah lupa kak long..dah tua dah ni ingatan makin tak kuat...haih..), membasuh bukanlah sesukar dan sesusah yang saya bayang dan fikirkan. Kini, membasuh CD merupakan satu kegiatan harian yang menyeronokkan.

Kenapa saya katakan ia seronok?

Bukankah seronok kerana ia adalah cara kita menyampaikan kasih-sayang kepada anak!

Heheh!

Merepek ke apa saya ni..ada ke membasuh CD bersamaan dengan kita berkasih-sayang dengan anak.

OK...

Begini...

Bukankah membasuh pakaian anak-anak bermakna kita sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah?

Dan memastikan keperluan anak agar sentiasa sihat dan selamat juga kan satu amanah?

CD adalah pakaian anak kita...setuju?

Maknanya, membasuh/membilas CD adalah satu amanah!

Cik fahamkah?

Ah, tak faham tak mengapa..ini blog saya...

Hahahaha!

Saya merapu lagi...abaikan!



AQ ketika berumur 9 bulan sedang 'mengemas' stalker CD beliau.


Hai..bam-bam sungguh AQ masa ni...geramm!


Hm...hujan di luar pula masih belum mahu berhenti...

Semenjak musim hujan seawal pertengahan Disember dan berlarutan hingga ke hari ini, saya membasuh CD setiap hari kerana jangka masa kekeringannya amat berbeza - disidai tanpa sinar cahaya matahari pula menyebabkan CD nampak kusam dan sedikit berbau. Untuk itu saya sidai di bawah kipas yang berpusing laju supaya aliran udara dapat berjalan dengan baik (sekurang-kurangnya juga dapat mengeringkan CD walau tidak secemerlang sang sinar matahari!)

Esok, Daddy akan berangkat ke Istanbul...

Saya dan AQ akan kesunyian dan kerinduan lagi...

Daddy, jaga diri baik-baik. Jaga juga keselamatan, kesihatan dan pemakanan. Semoga perjalananmu sentiasa dalam perlindungan dan Rahmat Allah. Dan semoga segala urusanmu dipermudahkan oleh-Nya. Amin Ya Rabb. Mommy dan AQ sentiasa mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatanmu...selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair dengan kejayaan dalam setiap perjuangan dan urusanmu. Keluarga ini sempurna dengan adanya dirimu sebagai ketua dan pemimpin. Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita..Amin Ya Rabbal Alamin...

Sekian dahulu...

Salam sayang - Mommy AQ

No comments:

Post a Comment