Thursday, January 27, 2011

Monolog...

Salam,

Entri ini sepatutnya saya tulis lebih awal. Namun tugasan pejabat dan tugasan hakiki yang lain menuntut saya untuk menunda niat untuk menulis. Ia saya kopi pes dari catatan dalam sebuah buku nota - catatan tentang emosi saya sepanjang berjaga malam kerana AQ demam dan tidak lena tidur...

************************************************************************************

18 Jan 2011 (Selasa)
Balik dari klinik jam 9 suku, saya terus bagi AQ makan bubur nasi dan sup - walaupun AQ hanya makan sedikit. Beliau lebih berminat untuk menikmati cucur cempedak berbanding bubur nasi...mak kata, air liur nya pahit...tu sebab tak mahu makan bubur - entahlah..no comment (*jawapan play safe ni* sedangkan saya sangat particular bab makanan AQ. Waktu ini, hilang segala peraturan-fikiran hanya tertumpu pada AQ. Ah...tak kisahlah asal AQ-mahu makan supaya boleh saya bagi AQ panadol).

Cabaran getir pula menambah episod kelam-kabut --AQ tak mahu makan ubat. Puas dipujuk, tetapi AQ tetap meraung dan menangis macam kena rasuk!

Alahai AQ...mommy separuh nyawa nak melayang bila dapat tahu AQ demam, tau! Jadi pleasela..makan ubat ye nak...

Last-last, beliau makan juga..tapi...tu dia....tak sampai 2 saat..

brrueekkkkkkkk!!!!!

AQ muntah!

Semua makanan serta segala ubat yang dia telan terkeluar balik...bau muntah jangan cakap...saya ni masih lagi alahan dan bau itu menyebabkan saya rasa nak muntah sama!

Terkumat-kamit mulut saya menahan rasa nak muntah...takkan nak muntah bila anak muntah kan? Haishh!

AQ muntah sampai 3 kali malam itu.

Saya rasa nak menangis!

Semalaman saya tidak tidur; tidur-tidur ayam tak sampai 5 minit terjaga kerana hati sangat rawan melihat kondisi AQ. Dalam hati saya tidak putus berdoa moga-moga AQ cepat sembuh.

Sepanjang ingatan saya, inilah kali pertama AQ demam teruk! Suhu sangat panas sedangkan seluruh badannya sejuk macam baru keluar dari peti sejuk beku! Lama saya perhatikan AQ...pipinya kemerahan akibat suhu badan yang panas melampau. Begitu juga bibirnya. Tidur AQ tidak lena dan kerap kali terkejut.

Sungguh!

Sepanjang malam saya rawan...

Akhirnya saya menangis juga..emosi kan saya!

Jam 1 pagi, saya berwuduk, kemudian bersolat dan berdoa...saya berdoa dan memohon Allah menyembuhkan AQ.

'Ya Allah, hambaMu yang kerdil ini memohon perlindungan dan merayu padaMu...sembuhkanlah demam anakku Aisyah Qaireena dan pulihkanlah kesihatannya seperti sediakala. Amin Ya Rabb...'

Tuala di dahi AQ tidak henti saya tukar-lap-tuam.

Jam 2.57, AQ poo lagi. Atas nasihat Doktor, saya memberikannya iIomil untuk menggantikan susu kerana khuatir laktosa akan menyebabkan AQ semakin teruk.

sememangnya, malam ini adalah malam yang sangat panjang...

jam 4, saya nekad memberikan panadol lagi kerana suhu AQ naik ke 39.7! Jam 4.30, tempat tidur kami berdua beralih ke ruang tamu..tak terdaya lagi turun naik untuk menukar ais dalam bekas air bagi menuam kepalanya.

Saya menguap. Tapi mata enggan lelap. Saya kekal setia memantau AQ sehingga subuh menjelma.

Jam 6, AQ masih tak dapat tidur..dan AQ juga tak mahu berenggang dengan saya...mahu saya susukannya (walaupun susu telah kering) dan akhirnya kami sama-sama terlelap pada jam 6.20...zzz...AQ tidak menangis dan terus tidur...dia penat agaknya...

Jam 7.20, saya periksa semula suhunya..Alhamdulillah..dah turun ke 36.6. saya berhenti menuam tuala sebaliknya saya letakkan cooling pad sahaja kerana saya mahu naik ke bilik, mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Saya ada kelas pagi ini! huhu...

Pasti, saya ke kelas dengan hati dan jiwa kering....owh.....

************************************************************************************

Catatan saya terhenti di situ pagi itu kerana saya kelam-kabut mahu ke pejabat setelah AQ tidur. Selesai saja kelas, saya bergegas balik ke rumah untuk melihat keadaan AQ.

Alhamdulillah...demamnya sudah kebah...walaupun masih kurang berselera untuk makan, tapi mak kata AQ masih mahu menyusu dan makan biskut. Tak apa, sekurang-kurangnya perut AQ tidak kosong.

Benarlah, susu ibu adalah yang terbaik!

Berkat penyusuan ekslusif selama 1 tahun 3 bulan, AQ cepat sembuh dari demam. Walaupun saya tidak berjaya menyempurnakan 2 tahun penyusuan, tapi saya tahu saya masih berjaya - 7 bulan bukan saya tidak mahu menyambung penyusuan melainkan saya tidak dapat meneruskannya kerana adik AQ telah membesar dalam rahim saya...dan saya inginkannya!


Untuk kelahiran yang ke-2 ini, saya mahu memulakan perjuangan dengan lebih persediaan mental dan fizikal. Ilmu harus dikumpul mulai sekarang kerana saya tidak mahu pengalaman yang lepas berulang kembali.

Aisyah Qaireena...mommy sangat menyayangi kamu dan kamu perlu tahu hakikat itu, sampai bila-bila...!

Maaflah, entri kali ini sangat peribadi dan emosi...jangan marah ya...

salam sayang- mommy AQ


No comments:

Post a Comment